Bilangan Pengunjung:

Friday, December 4, 2009

Al-Kisah Subsidi Gula dan Subsidi Beras....

Al-Kisah Subsidi Gula dan Subsidi Beras....
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya sudah hampir kesemua rakyat Malaysia mengetahui bahawa kerajaan mungkin akan menghapuskan subsidi gula mulai tahun depan, mungkin yang tidak tahu tu tidak membaca akhbar malah tidak menonton berita tv ataupun juga tidak mendengar berita radio kerana mereka lebih suka jadi katak bawah tempurung agaknya.

Apabila subsidi dihapuskan ini bermakna akan berlakulah kenaikkan terhadap barangan yang dihapuskan subsidinya dan harganya mungkin agak melampau tambahan pula di Malaysia bukanya banyak pengeluar gula bertambahlah bermaharajalela pengeluar gula berkenaan meletakkan harga masing-masing.

Gula sudah menjadi satu keperluan. Kalau ini keputusan kerajaan untuk mengurangkan bilangan pengidap Diabetes Melitus penulis merasakan ia satu langkah yang silap, mungkin juga ia mampu mengurangkan pengidap Diabetes Melitus tetapi dalam masa yang sama juga akan meningkatkan bilangan pengidap tekanan mental dan juga sakit jantung.

Di Malaysia terdapat banyak pengusaha kedai makan yang kesemuanya bergantung kepada gula, cuba bayangkan jika subsidi gula dihapuskan maka dengan ini harga gula meningkat sekaligus meningkatkan kos pengurusan kedai makan, mereka tidak ada pilihan lain selain memindahkan peningkatan kos mereka kepada pengguna atau pelanggan mereka. Di mana pelanggan mereka adalah rakyat. Ini bermakna Kerajaan dapat menjimatkan duit tetapi rakyat pula terpaksa keluarkan duit lebih. Ini ada unsur penganiayaan terhadap rakyat.

Mengikut Bekas MB Selangor Datuk Seri Khir Toyo peruntukkan subsidi ini diletakkan di bawah perbelanjaan pengurusan. Tidak kah Kerajaan boleh meletakkan peruntukkan subsidi dalam pembelanjaan pembangunan, di mana sekiranya kantung kewangan Kerajaan mengalami kemerosotan kurangkan sahaja projek pembangunan dan lebihkan untuk subsidi negara maju seperti Amerika Syarikat pun memberi subsidi kepada rakyatnya.

Kerajaan perlulah mengkaji semula cadangan untuk memansuhkan subsidi gula tersebut kerana ia benar-benar menyusahkan rakyat, di saat kerajaan sekarang sudah mulai diterima semula rakyat adalah lebih kerajaan sekarang ini tidak membebankan rakyat dengan pengurangan subsidi ini.

Subsidi Beras

Berkenaan subsidi beras, selepas solat Jumaat petang tadi penulis terdengar perbualan seorang rakyat marhaen di sebuah kedai kopi. Beliau nampaknya kurang senang dengan pemberian subsidi beras kerana bimbang kumpulan sasar yang sepatut dapat subsidi tersebut tidak dapat kerana ada kemungkinan akan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian subsidi beras tersebut nanti ada yang berhak tidak dapat, yang tidak berhak pula dapat.

Mendegar kata-kata hamba Allah ini ada juga betulnya. Maklum sahaja pemilihan untuk pemberian subsidi itu dibuat oleh orang yang bernama manusia dan bukan robot yang diprogram untuk menerima orang yang berhak sahaja.

Kerajaan juga perlu mencari mekanisme baru dalam pengagihan subsidi beras agar yang benar-benar berhak sahaja yang dapat menikmati subsidi tersebut. Apa yang penulis hairan di sini ialah kenapa subsidi gula nak dihapuskan tetapi subsidi beras pula dikekalkan dalam nak mencegah peningkatan pengidap Diabetes Melitus.

Setahu penulis mengikut fakta yang Doktor bagi kepada pesakit Diabetes ialah mereka perlu kurangkan makan nasi, bukan sahaja gula. Ini bermakna nasi juga menjadi punca kepada Diabetes jadi alasan untuk mengurangkan pengidap Diabetes tidak boleh diterima di sini.

Penulis berharap bukan setakat membuat kajian jangka pendek untuk membuat keputusan menghapuskan subsidi gula ini, kajian jangka panjang juga hendaklah digunakan bagi menjamin kebahagiaan rakyat marhaen. Ingat 1Rakyat 1Undi.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin