Bilangan Pengunjung:

Saturday, November 20, 2010

Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO

Zaid recumbent.Image by treviño via Flickr
Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO
Oleh: yieMEGA

ISU ZAID IBRAHIM masih hangat diperkatakan kini ia termasuklah daripada penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sepertimana yang sudah mengetahu bahawa Zaid Ibrahim telah mengesahkan bahawa beliau akan keluar PKR pada 16 Disember kelak. Seperti biasa kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, hari ini pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.

Begitulah rencah hidup bagi seorang politikus. Apabila ia mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu ia akan disambut dengan penuh puji-pujian. Apabila ianya memberikan kerugian kepada pihak tertentu ianya akan disambut dengan penuh penghinaan, sudah menjadi adat resam dalam politik begitulah suratanya.

Begitulah dengan Zaid semasa di awal kehadiranya di dalam PKR tidak lama dahulu mendapat pujian melambung daripada sekalian pihak yang menyokong Pakatan Rakyat dan juga PKR termasuklah blogger, tidak terkecuali blogger terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar semasa di awal kemasukkan Zaid pujian yang melambung diberikan beliau terhadap Zaid, namun setelah Zaid menyuarakan niatnya hendak keluar PKR MSO mula mencaci Zaid. Zaid kena terima kerana ini sudah menjadi ketentuan Ilahi apa jua orang kata terhadapnya.

MSO di dalam posting terbaru blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Meibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

Mengapa sampai begitu sekali MSO meibaratkan Zaid itu mungkin hanya MSO yang ada jawapanya. Namun, mungkin juga selama ini kalau diperhatikan tulisan-tulisan MSO kita boleh mengandaikan bahawa MSO adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim kerana kebanyakkan tulisanya mengenai Anwar Ibrahim penuh dengan pujian melambung yang diberikan kepada Anwar oleh MSO, jadi kesimpulanya beliau adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, diwaktu MSO memuji melambung Zaid Ibrahim semasa mula-mula menyertai PKR dahulu penulis telah jelaskan di sini bahawa kemasukkan Zaid akan memberi liabiliti kepada PKR dan penulis sendiri telah meibaratkan Zaid sebagai sampah yang dibuang UMNO dan cuba dikitar semula oleh PKR.

Sampai sekarang pun penulis berpegang kepada kenyataan itu, walaupun MSO 'bengang' dengan kebanyakkan media massa yang 'mempopularkan' Zaid dengan pujian demi pujian. Jangan cepat lupa MSO dulu pun MSO sendiri di dalam blog MSO memuji melangit Zaid Ibrahim, sekarang ini perkara sama yang cuba dilakukan oleh Media Arus Perdana, adakah tindakan tuan dianggap suci sekiranya tuan menganggap perangai media massa tempatan tidak suci?

MSO kena ingat, kini Politik Bela Diri sudah tidak sesuai, politik zaman sekarang memerlukan pemikiran yang lebih matang. Kalau orang lain buat tak boleh, kalau sendiri buat boleh itu tidak adil namanya, bukankah begitu?
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin