Bilangan Pengunjung:

Sunday, October 4, 2015

Malaysia Berada di Zaman Bimbang

Malaysia Berada di Zaman Bimbang
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA kini berada di Zaman Bimbang itulah yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir Mohd. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ayahnda Tun.

Memang benar sekarang ini kita berada di zaman bimbang apabila pada masa ini berlaku kebimbangan ekonomi ekoran daripada kedudukan mata wang Ringgit Malaysia yang terus menjunam dari hari ke sehari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia terburuk dalam sejarah.

Penulis pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1998 semasa era Ayahnda Tun Mahathir Perdana Menteri tak lama dulu. Perlu ditegaskan kegawatan ekonomi pada masa itu tidaklah seburuk pada hari ini. Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan bijak apabila mengikat kedudukan Ringgit Malaysia pada RM3.80 untuk setiap United States Dollar.

Tindakan bijak Ayahnda Tun Mahathir telah mempercepatkan proses pemulihan Ekonomi Malaysia. Hasilnya rakyat tidak 'menderita' lama kerana kegawatan ekonomi. Kata orang "lain hulu, lain parang, lain dulu, lain sekarang". Sememanngya kegawatan ekonomi hari ini memang benar-benar membimbangkan. Hari-hari kegawatan ekonomi terus terkesan terhadap rakyat jelata yang benar-benar membimbangkan rakyat. 


Benar kata Ayahnda Tun bahawa Ringgit Malaysia tak akan pulih selagi DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Penulis meletakkan bahawa DS Najib merupakan punca utama matawang kita merudum teruk. Jadi pemulihan ekonomi hanya akan berlaku apabila DS Najib mengumumkan perletakkan jawatan.

Ahli-ahli UMNO akar umbi perlu berani bersuara bagi memastikan kesinambungan Legasi UMNO terus menjadi Parti Pemerintah di Malaysia. Jangan biarkan diri kita dibeli dengan wang ringgit. Ahli-ahli UMNO akar umbi perlu bersatu untuk menuntut DS Najib berundur dengan kadar segera.

Mungkin juga ahli-ahli UMNO boleh melakukan 'keluar parti beramai-ramai' dan jangan sertai semula UMNO selagi Presidenya bernama DS Najib Tun  Razak. Dah keluar UMNO tu jangan sertai mana-mana parti politik lain sebaliknya hanya berada di luar UMNO untuk memberi tekanan terhadap DS Najib agar beliau tidak 'syok sendiri' dengan sokongan palsu yang kononya datang daripada ahli UMNO.

Ahli UMNO perlu buktikan kepada Malaysia bahawa tidak semua ahli UMNO boleh dibeli dengan RM200. Berbaloikan RM200 jika dibandingkan maruah anda tercalar dan adakah anda hanya bernilai RM200 jawapanya ada pada diri anda sendiri.

TUN MAHATHIR MUNGKIN DITANGKAP

Penulis hendak tegaskan di sini semasa artikel ini ditulis Ayahnda Tun Mahathir masih bebas dan penulis mengandaikan tidak mustahil satu masa nanti Ayahnda Tun akan ditangkap. Sekiranya Ayahnda Tun Mahathir ditangkap penulis memohon kepada semua bersatu menuntut pembebasan Ayanda Tun. 

Penulis juga percaya tiada alasan konkrit untuk Polis menangkap Ayahnda Tun. Apa yang dilakukan oleh Ayahnda Tun cuma kritikan terhadap Pemimpin perkara sama yang Ayahnda Buat semasa era pemerintahan Pak Lah adakah ini dikira salah.

Di mana kebebasan bersuara sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tiada lagi kebebasan di Malaysia ini apabila asbab kita mengkritik pemimpin kita ditangkap. Kritikan terhadap pemimpin bukanya boleh menjatuhkan negara kita kita cuma mahu pemimpin berundur dan bukanya untuk menjatuhkan kerajaan.

Mungkin ada yang mengatakan Ayahnda Tun Mahathir cuba 'menjatuhkan kerajaan'. Penulis tidak bersetuju dengan dakwaan ini. Meminta Pemimpin berundur dan menjatuhkan kerajaan ialah satu perkara yang berbeza. Apa yang dilakukan oleh Ayahnda Tun Mahathir hanyalah untuk memperkasakan lagi kerajaan dan bukanya untuk menjatuhkan kerajaan. Penulis percaya budak tadika pun pandai membezakanya tapi tak tahulah kalau ada orang lebih bodoh daripada budak tadika.

Akhir kalam, ahli UMNO tidak boleh bacul dan mudah dibeli demi memastikan kesinambungan pemerintahan UMNO di Malaysia. Ayuh bangkitlah menentang dan bersama-samalah kita menuntut Najib berundur segera. Bersama-sama kita bersatu melaungkang "Undur Najib, Undur Najib, Undur Najib" Fikir-fikirkanlah.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin