tag:blogger.com,1999:blog-4695518519164092736.post2607832412409977614..comments2023-10-20T00:05:06.537+08:00Comments on Suara Generasi Muda Malaysia: Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorbanyiemegahttp://www.blogger.com/profile/15656433092210150172noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4695518519164092736.post-91604554480641393632008-06-05T07:59:00.000+08:002008-06-05T07:59:00.000+08:00Salam.Isu ini sekurang-kurangnya membawa kepada du...Salam.

Isu ini sekurang-kurangnya membawa kepada dua kemungkinan yang dapat diramalkan...

1. Pak Lah makin popular. Walaupun terbeban dengan kenaikan harga minyak yang mendadak ini ( 40% ), rakyat dapat memahami kenapa tindakan ini diambil dan menerimanya sebagai "tidak dapat dielakkan". Dengar khabar, India juga telah mengambil tindakanyang sama. Tambahan pula, isu ini bukan sahaja berkaitan dengan kenaikan harga di pasaranduni, tetapi juga dikaitkan dengan subsidi kerajaan yang dinikmati oleh warga asing. Tambahan pula kerajaan juga telah memperuntukkan sedikit 'bonus' apabila pemilik kenderaan memperbaharui roadtax masing-masing.

2. Pak Lah makin tak popular.

2.1. Kenaikan ini yang diwar-warkan pada Ogos nanti, tetapi telah diistiharkan secara tiba-tiba. Saya kira semua orang terkejut besar. Akibatnya, orang ramai telah meyerbu ke semua stesyen minyak di seluruh negara untuk menikmati minyak pada harga murah buat kali terakhir. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan yang teruk. Ramai yang terpaksa beratur panjang. Jalan satu hala dah jadi 4lorong. Laluan masuk dan keluar di stesyen minyak dah tak tentu hala. Ada yang tak dapat keluar setelah minyak diisi, tersepit, tersekat. Malangnya, setelah lama beratur ( saya sendiri 45 minit ), minyak habis pulak. Malah, ada yang masih beratur apabila steyen telah tamat tempoh masa berniaga mereka, iaitu jam 11 malam. Minyak naik kecoh satu Malaya. Walaupun kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan, sepatutnya kerajaan memberi tempoh 2 atau 3 hari, bukannya secara mengejut.

2.2. Kenaikan minyak yang begitu tinggi, pastinya menyebabkan barang-barang lain juga naik. Bukan sahaja barang makanan tetapi juga keperluan pejabat, alat ganti kenderaan, perabot dan alatan rumah dan banyak lagilah. Minyak naik 78 sen, tetapi tanggungan rakyat mungkin mencapai RM7.80 atau mungkin lebih lagi (40% juga?).

2.3. Pemberian tunai oleh kerajaan sangat dialu-alukan. Tetapi sangat-sangat tidak memadai terutamanya jika nak dibandingkan dengan kenaikan barangan keperluan yang lain. Tentunya kita terpaksa sebut, walaupun klise, kesannya paling dirasai oleh mereka yang berpendapatan kecil, di kampung dan luar bandar. Harga barangan keperluan dikampung adalah lebih tinggi daripada di kawasan bandar pada masa ini. Lepas ni, pastilah lebih teruk kesannya. Tetapi, orang kampung selalunya tidak akan mengubah sokongan mereka kepada kerajaan, walau apapun yang mereka alami. Maknanya populariti Pak Lah di kawasan pedalaman mungkin tak terjejas.TRALAYANhttps://www.blogger.com/profile/12653909486458710875noreply@blogger.com