Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 10, 2011

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Flag of Malaysian state of Sarawak.Image via Wikipedia
PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
Oleh: yieMEGA

LAMA juga penulis tidak mengemaskini blog ini disebabkan terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan, secara kebetulan hari ini penulis ada masa terluang jadi penulis tidak mensia-siakan masa keemasan ini untuk mengemaskini blog ini.

SEPERTIMANA yang umum sudah mengetahui bahawa ketika ini, kebanyakkan rakyat Malaysia berada di dalam "mood" Pilihan Raya Negeri Sarawak. Penulis merasakan masih belum terlambat untuk kita meramalkan keputusan PRN Sarawak.

Mengikut firasat penulis, Barisan Nasional bukan mudah juga untuk mengekalkan penguasaan terhadap Sarawak walaupun negeri ini dilabel sebagai 'simpanan tetap' BN oleh kebanyakkan orang. Label ini bukanlah berkekalan lama dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur oleh BN untuk menghadapi pilihan raya.

Ada banyak faktor yang memungkinkan BN akan mempertahankan Sarawak dari terjatuh ke tangan pembangkang. Faktor paling utama ialah Ketua Menteri Sarawak itu sendiri, walaupun beliau sudah memberi jaminan akan berundur selepas PRN, namun jaminan itu bukanya dipercayai semua rakyat Sarawak dan penulis percaya ada rakyat Sarawak masih samar dengan jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak itu.

Sekiranya ini gagal diambil perhatian dan ditangani oleh BN, penulis percaya kemungkinan sarawak akan terlepas ke tangan pembangkang. Jika BN tidak mahu Sarawak yang selama ini menjadi simpanan tetap BN terlepas ke tangan pembangkang, BN perlu meyakinkan rakyat yang Ketua Menteri Sarawak sekarang akan berundur selepas Pilihan Raya Negeri.

Sekiranya BN gagal meyakinkan rakyat Sarawak nescaya padah akan menimpa BN dan keputusan PRN Sarawak tidak akan berpihak kepada BN. Selain itu jentera-jentera BN tidak boleh berkempen secara melepas batuk di tangga semata-mata , kerana tindakan ini akan membahayakan kedudukan BN di sarawak.

Penulis memberi peringatan ini adalah untuk panduan BN di Sarawak terpulanglah kepada BN Sarawak untuk menerima atau tidak peringatan ini. Kalau mereka merasakan panduan ini berguna buat mereka jadi jangan abaikanya, kalau tidak abaikan saja.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin