Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label calon pas manek urai. Show all posts
Showing posts with label calon pas manek urai. Show all posts

Wednesday, October 28, 2009

Bicara Politik PAS

Kebebasan Media Memberi Impak Negatif Pada PAS?
Oleh: yieMEGA

KEBEBASAN media pula dikatakan menjadi punca kepada berlakunya 'ribut' di dalam PAS beberapa hari yang lalu. Ribut yang boleh dikategorikan sebagai ribut taufan mini itu bermula atau 'kepala ribut' yang telah berjaya membuat keadaan di dalam PAS 'tunggang langang' buat seketika ialah artikel atau kenyataan yang dibuat oleh sarjana dari UIAM Dr. Aziz Bari, dari sinilah 'kepala ribut' berasal namun ribut itu bertukar semakin kencang apabila ianya turut diulas oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam blognya.

Kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan sekarang ini, memungkin banyak perkara yang berlaku, perubahan demi perubahan berlaku, begitu juga dengan iklim politik negara. Sentiasa berubah jika dahulu kebanyakkan rakyat Malaysia bergantung kepada berita-berita arus perdana kini mereka sudah beralih arah kepada media-media alternatif terutamanya yang menggunakan 'medium' internet atau kita boleh istilahkan sebagai media dalam talian.

Pilihan Raya Umum Ke 12 menyaksikan satu perubahan dalam fenomena politik tanah air apabila media alternatif dalam talian menjadi rujukan utama rakyat Malaysia dan bertitik-tolak daripada itulah berlakunya perubahan dalam landskap politik negara dan tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia menjadi 'senjata utama' Pakatan Rakyat dapat menguasai beberapa buah negeri yang dahulunya diterajui oleh Barisan Nasional.

Kini apabila Media tanpa tapisan ini pula dijadikan 'alasan' kenapa berlakunya kecelaruan di dalam PAS, adakah ini bermakna 'senjata makan tuan' ataupun ia hanya sekadar alasan seperti mana orang tak tahu menari disalahkan tanah tu tinggi ke rendah. Jawapanya hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu....

Baca Lagi!

Sunday, October 11, 2009

Hari Penentuan Bagan Pinang...

Hari Penentuan Bagan Pinang...
Oleh: yieMEGA

HARI INI Ahad 11 Oktober 2009 merupakan hari penentuan mengenai siapakah yang bakal menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Prosese pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sudahpun bermula.

Proses pembuangan undi dikatakan berjalan dengan lancar. Di pihak Barisan Nasional mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang ini yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, manakala PAS pula ingin cuba merampas kerusi ini daripada tangan BN.

Presiden BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata apa yang BN mahukan ialah menang di Bagan Pinang dan bukan majoriti menjadi perkiraan, pendek kata asalkan menang sahaja.

Mengikut ramalan awal Pilihan Raya ini mungkin dimenangi oleh Barisan Nasional, namun majoriti mereka mungkin berkurangan sekiranya pengundi Cina dan India beralih arah undianya.

Begitu juga dengan PAS, walaupun agak sukar parti ini untuk memenangi DUN Bagan Pinang tetapi peluangnya untuk memenanginya tetap ada, sekiranya undian cina dan india beralih arah kepada mereka berdasarkan slogan "PAS For All". Sekiranya PAS tidak menang pun berkemungkinan ia mampu mengurangkan majoriti BN.

Mungkin orang Bagan Pinang mempunyai cara penilaian mereka sendiri yang hanya orang Bagan Pinang sahaja yang tahu, kita tidak tahu. Diharap pilihan raya hari berlangsung dalam keadaan aman sehingga ke akhirnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, October 10, 2009

PAS Turut Bersandiwara di Bagan Pinang?



PAS Turut Bersandiwara di Bagan Pinang?
Oleh: yieMEGA

SERANGAN terhadap markas PAS di Bagan Pinang mendapat liputan luas di kalangan media-media pro PAS/Pembangkang, gambar mangsa yang tercedera kerana terkena libasan 'pedang samurai' juga menjadi sensasi.

Namun, beberapa pihak mendakwa bahawa kesahihan foto mangsa selepas mengalami kecederaan itu wajar diragui, kerana disebabkan beberapa faktor, seperti warna darah, kesan hirisan di bahagian belakang baju, di mana badanya tidak luka dan bermacam-macam lagi. Dr Novandri pun meragui kesahihan gambar yang disiarkan secara meluas di media-media pro pembangkang seperti mana artikel yang dimuatkan di blognya.

Selain itu, seorang penulis politik terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar, turut meragui kesahihan gambar tersebut sepertimana artikel yang dimuatkan di dalam blognya iaitu Merah Tinta MSO. Perkara yang sama juga turut dibincangkan di forum MyKmu.net.

Penulis percaya insiden Ketua Putera UMNO yang ditumbuk semasa Penamaan Calon baru-baru ini masih diingati oleh rakyat Malaysia amnya dan Bagan Pinang khasnya. Pada waktu itu, pihak pembangkang menuduh bahawa ianya satu sandiwara.

Namun, apabila perkara yang sama terjadi di atas mereka, apa pula mereka nak panggil? Malah paling memeranjatkan mereka terlalu 'over acting' hinggakan menjadikan gambar mangsa mereka diragui mengenai luka yang di alaminya.

Seorang forummer MyKmu juga mendedahkan gambar mangsa tersebut telah melalui satu proses menggunakan Photoshop (atau dengan kata lain gambar tersebut telah diedit). Ianya dapat dikesan apabila gambar asal itu dizoom 300% mendapati ada kesan tampalan bada bahagian baju yang terkoyak itu.

Sementara itu MSO juga turut mempersoalkan tindakan ini, ia seolah-olah satu fitnah yang sengaja dibuat bagi meraih simpati pengundi Bagan Pinang. Malah mendakwa mungkin persahabatan PAS dengan PKR dan DAP menjadikan PAS terikut-ikut dengan rentak mereka.

Insiden ini mengingatkan penulis mengenai satu kisah di bulan puasa, di mana ada seorang hamba Allah tu, letihnya memang bukan kepalang lagi kita setiap hari di bulan puasa, namun jarang sekali bertemu orang yang berpuasa seletih hamba Allah itu, satu perkara yang meragukan. Mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran akhirnya Hamba Allah itu tertangkap makan di siang hari pada bulan puasa. Jadi ianya boleh disamakan dengan apa yang terjadi pada PAS hari ini.

Akhirkalam penulis ingin memberikan satu ungkapan untuk renungan bersama "Yang Benar Perlu Dikatakan Benar, Yang Batil Perlu Dikatakan Batil walaupun ia tidak menguntungkan kita" Fikir-fikirkanlah.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, October 2, 2009

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...
Oleh: yieMEGA

ESOK 'mood' Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang akan bermula apabila penamaan calon dilakukan untuk menentukan siapakah calon-calon yang disahkan SPR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Buat masa ini diwar-warkan bahawa Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Isa Samad sebagai Calon BN, manakala Zulkefli Omar pula mewakili PAS. Petang tadi disebut-sebut pula Bekas Ketua Penaja PKR DUN Lukut dan juga merupakan AJK PKR Teluk Kemang yang baru sahaja mengisytiharkan keluar parti turut menyatakan kesediaanya untuk bertanding sebagai calon BEBAS di Bagan Pinang.

Berdasarkan keadaan ini penulis meramalkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Bagan Pinang, menyaksikan BN Vs PAS Vs BEBAS. Kehadiran calon bebas menyebabkan undi mungkin berpecah tiga sekaligus mengurangkan sedikit undian terhadap BN dan PAS, kelazimanya BEBAS sukar untuk menang ia hanyalah sekadar pemecah undi sahaja atau dengan kata lain 'pengacau' kerana mungkin kerana PAS atau BN hilang satu undi pun boleh tewas dek kerana pengacau ini.

Ramai yang meramalkan BN mempunyai peluang cerah di Bagan Pinang ini berdasarkan Bagan Pinang dikatakan Kubu Kuat BN dan juga wujudnya banyak kem tentera di Kawasan ini. Namun penulis kurang bersetuju dengan ramalan ini.

Pertamanya jika dikatakan Bagan Pinang 'Kubu Kuat BN' tidak semestinya ia tak dapat ditembusi oleh Skuad Kempen PAS atau Pakatan Rakyat. Cuba kita lihat Selangor yang dahulunya dikatakan Kubu Kuat BN akhirnya tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu, jadi dalam politik tiada yang mustahil, dan tidak mustahil kerusi DUN Bagan Pinang terlepas kepada PAS.

Keduanya faktor Kem Tentera yang banyak terdapat di kawasan DUN ini juga tidak menjamin ia akan menjana kemenangan mudah buat BN. Ini adalah kerana kebanyakkan Tentera berani bersuara kerana sifirnya amat mudah, ditukar ke kawasan hulu mana pun mereka boleh hidup, ye lah, tentera dengan hutan sudah sinonim jadi tak ada masalah bagi mereka. Tidak mustahil mereka mengundi PAS sebagai tanda protes terutamanya ramai anggota tentera yang terkilan kerana Pendapatan Mereka lebih rendah daripada Polis, seolah-olah kerajaan menganggap tentera ni tidak begitu penting...itulah apa yang penulis dengari dari salah seorang anggota tentera. Jadi tugas kerajaan memperbaiki situasi ini jangan wujudkan jurang yang amat jauh antara tentera dengan Polis.

Penulis teringat dengan satu ayat pembakar semangat yang berbunyi "Berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang ada adalah lebih mudah daripada berjuang untuk mempertahankan sesuatu yang ada". Dengan kata lain mempertahankan kemenangan adalah lebih susah daripada untuk mendapatkan kemenangan. Ini bermakna petugas-petugas BN perlukan usaha yang berganda-ganda bagi memastikan kerusi ini tidak terjatuh ke tangan Pembangkang.

Akhir kalam penulis akhiri dengan mutiara kata yang berbunyi "Setiap benda yang naik ke atas pasti akan turun ke bawah contohnya kapal terbang setinggi mana kapal terbang itu terbang tetapi ia tetap akan turun ke bawah". Jadi dengan mutiara kata ini fikir-fikirkanlah dan mungkin Bagan Pinang bukan Milik BN lagi.


Baca Lagi!

Thursday, July 2, 2009

Peluang Calon PAS Dan BN di Manek Urai...


Peluang Calon PAS dan BN di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Sejak akhir-akhir ini kita dapati banyak juga rencana mengenai peluang calon-calon Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada bulan ini. Macam-macam cerita yang kita dengar mengenainya sehingga sukar untuk kita membezakan yang mana berita yang benar dan yang mana berita yang palsu.

Itulah yang dinamakan 'politik' sukar mencari kebenaran senang mencari kepalsuan. Sejak akhir-akhir ini nama Manek Urai seringkali di sebut tidak kira di media-media berarus perdana ataupun media yang berarus alternatif.

Peluang untuk kedua-dua calon memenangi Pilihan Raya Kecil tersebut terus di bincangkan tidak kira di media arus perdana mahupun media alternatif. MalaysiaKini juga tidak terlepas di dalam membincangkan peluang kedua-dua calon untuk memenangi Pilihan Raya tumpuan ini. Mengikur Malaysiakini, peluang kedua-dua calon untuk pilihan raya ini adalah seimbang.

Penulis tidak bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini ini kerana pada pandangan penulis peluang untuk memenangi pilihan raya ini PAS ada kelebihanya sendiri jika nak dibandingkan dengan BN. Kalau mengikut ratio ia bernisbah 60:40 di mana 60% peluang PAS untuk memenanginya dan BN hanya mempunyai peluang 40% berdasarkan penilaian penulis dengan beberapa faktor.

Artikel itu mungkin dikeluarkan Malaysiakini sebagai salah satu 'strategi psikologi' untuk menjana kemenangan kepada PAS. Ya lah kenyataan seumpama ini akan menyebabkan petugas-petugas BN akan memperlahankan 'gear' kempen kerana menjangka mereka akan menang mudah, jadi adalah lebih baik BN Kelantan tidak terleka dengan hal yang ini.

Dalam zaman yang begitu moden ini, sudah tentu banyak 'Political Strategy' yang berentak 'psikologi' digunakan untuk memikat pengundi yang kini di lihata semakin matang di dalam membuat keputusan. Penggunaan strategi 'psikologi' di lihat dapat memberi kesan yang mendalam ke atas pengundi.

Penulis bukanya ingin memperlekehkan kemampuan BN Kelantan, mereka juga perlu tahu hal ini agar ianya tidak akan membuat mereka leka dan terpesona. Memang benar BN Kelantan ada kelebihanya sendiri itu memang tidak dinafikan tambahan pula ianya diketuai oleh seseorang yang pernah memberikan kejayaan kepada BN Kelantan.

Penulis menerbitkan artikel ini adalah untuk memberi peringatan yang berguna buat BN Kelantan, di samping artikel ini mampu menjadi satu 'kelebihan' buat BN Kelantan dan secara tidak langsung ia akan menampakkan BN Kelantan lebih merendah diri berbanding lawanya.

Calon PAS Manek Urai




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin