Bilangan Pengunjung:

Monday, September 2, 2013

KL Gangster 2 Menjadi Mangsa Gangster Cetak Rompak

KL Gangster 2 Menjadi Mangsa Gangster Cetak Rompak
Oleh: yieMEGA

MENGEJUTKAN mungkin itu yang penulis boleh gambarkan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini, mungkin isu ini boleh diklasifikasikan sebagai isu hiburan ataupun isu perfileman tanah air kita. Penulis percaya ramai yang sudah mengetahui mengenai berita filem KL Gangster 2 yang disabotaj pihak tidak bertanggungjawab dengan memuat naik filem tersebut ke laman internet walaupun filem tersebut masih belum ditayangkan di pawagam tempatan. 

Wah hebat betul industri cetak rompak di negara kita hari ini, kalau sebelum ini biasanya cetak rompak hanya akan keluar selepas sesebuah filem itu ditayangkan di pawagam. Pada kali ini lain pula jadinya apabila cetak rompak keluar terlebih dahulu sebelum filem tersebut ditayangkan di pawagam. 

Isu ini meletakkan 'industri perfileman' negara kita dalam keadaan berbahaya dan ia sudah tentunya akan menyumbang sesuatu perkara yang negatif ke atas negara kita, malah nama baik negara kita juga akan tercemar. Cuba bayangkan oleh kerana isu ini berkemungkinan penerbit-penerbit filem antarabangsa akan mempertimbangkan semula penyiaran filem-filem mereka di pawagam-pawagam negara kita. 

Penulis melihat cetak rompak telah mengundang 'malapetaka besar' terhadap industri perfileman negara kita. Sebagai contoh apabila berlakunya kejadian seumpama ini, ia akan memberikan kerugian besar kepada penerbit filem tempatan. Apatah lagi jika filem yang dikeluarkan menelan kos jutaan ringgit. Oleh kerana adanya cetak rompak berkemungkinan besar kutipan filem KL Gangster 2 akan terjejas dan mungkin juga akan menyebabkan sesebuah syarikat penerbitan mengalami kerugian besar sehingga boleh menjadi muflis.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin