Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

DUN Sarawak Bubar Isnin


DUN Sarawak Bubar Isnin
Oleh: yieMEGA

ISNIN ini bersamaan dengan 21 Mac 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Dalam pengumuman yang dibuat kelmarin itu juga berlaku satu kejutan apabila Abdul Taib telah memberi jaminan beliau sudah bersedia untuk berundur, walaubagaimanapun beliau mahu mengetuai pilihan raya DUN Sarawak untuk kali terakhir pada kali ini sebelum beliau meletak jawatan.

Dalam artikel sebelum ini yang bertajuk "KM Sarawak Patut Berundur Atau Tidak" di dalam artikel penulis menjelaskan adakah patut KM Sarawak berundur atau tidak, secara kebetulan dalam pengumuman Taib di dalam sidang media mengenai pembubaran DUN Sarawak beliau sendiri telah memberi jaminan akan berundur walaupun bukan sebelum pilihan raya tetapi sekurang-kurangnya beliau melafazkan keinginan untuk berundur.

Marilah kita menunggu dengan penuh sabar, janji-janji yang telah dibuat oleh KM Sarawak itu. Dalam pada itu, penulis pasti orang ramai di luar sana pasti ternanti-nanti siapakah yang bakal menggantikan KM Sarawak sekarang selepas Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Beralih pula kita kepada ramalan keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak adakah ia akan memihak kepada BN atau sebaliknya. Sebelum ini, penulis pasti ramai orang melabelkan Sarawak adalah simpanan tetap buat BN. Penulis ingin nasihatkan kepada BN, jangan jadikan label 'simpanan tetap' alasan untuk berkempen secara ala kadar.

BN tidak boleh terlalu yakin dengan label 'simpanan tetap' yang diberikan, ingat rakyat Sarawak adalah manusia, dan lazimnya manusia sentiasa menilai daripada apa yang dilihatnya. Jadi petugas-petugas kempen BN haruslah mengambil pusing mengenainya.

Perlu diingatkan kegagalan pemimpin tempatan seperti ADUN menjaga kawasanya sebelum ini akan dinilai rakyat. Hasil daripada penilaian rakyat tersebut akan dizahirkan di dalam bentuk undi kepada parti yang menentang BN.

Itulah yang dinamakan politik, oleh yang demikian mulai sekarang semua petugas-petugas BN hauslah bekerja kuat mulai dari sekarang, ia juga termasuk pemimpin-pemimpin BN yang lain yang berada di Sarawak.

Baca Lagi!

Thursday, March 17, 2011

KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Chief Mi...Image via Wikipedia
KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?
Oleh: yieMEGA

KETUA MENTERI Sarawak berundur patut atau tidak dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Ini adalah bersesuaian dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat. Sebagai memenuhi tanggungjawap penulis adalah lebih elok penulis mengulas mengenainya.

Penulis percaya persoalan yang timbul di kalangan rakyat-rakyat Sarawak termasuk juga pemimpin-pemimpin di Sarawak adalah patut atau tidak Ketua Menteri Sarawak sekarang ini berundur sebelum Pilihan Raya Negeri. Itulah persoalan yang penulis ingin rungkaikan pada hari ini.

Umum mengetahui Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lama menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada pandangan penulis ia patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda, masa yang terbaik adalah sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebarang tindakan yang kita buat haruslah yang kurang risikonya, pada pandangan penulis sekiranya Abdul Taib Mahmud terus mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak ia akan mendatang risiko yang besar terutamanya terhadap BN, Abdul Taib perlu mengambil ikhtibar dengan peristswa kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999 ekoran daripada keenganan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad melepaskan jawatan akhirnya membawa padah apabila Kerajaan BN Terengganu BN tumbang pada tahun 1999.

Dalam Islam sendiri pun, mengalakkan umatnya membuat sesuatu perkara yang kurang dari segi risikonya atau dengan kata lain kurang musibahnya. Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih elok dan molek benar kalau Abdul Taib Mahmud berundur. Perlu ditegaskan di sini, tujuan penulis menulis artikel ini bukanya untuk menjatuhkan Abdul Taib tetapi sebagai teguran membina demi memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Sarawak.

Tempoh pemerintahanya juga sudah melayakkan beliau untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang kepada individu lain. Penulis percaya sekiranya ini keputusan yang dibuat oleh Abdul Taib rakyat Sarawak sendiri akan gembira dengan keputusan yang dibuatnya.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin