Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Mohammad Nizar Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Mohammad Nizar Jamaluddin. Show all posts

Friday, May 22, 2009

Dr. Zambry kekal MB Perak !!!

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir distiharkan kekal sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Rayuan di Istana Keadilan, Putra Jaya, Malaysia. Keputusan tersebut telah memberi ruang dan peluang untuk DR. Zambry terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak.

Dr. Zambry melahirkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, beliau berharap selepas ini beliau akan dapat berkhidmat kepada rakyat Perak sambil menyifatkan sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan tenggelam jua.

Sementara itu, Nizar Jamaluddin membuat kenyataan bahawa beliau menghormati dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut tetapi akan mengambil tindakan susulan bagi mendapatkan pembelaan untuknya.

Dengan Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut kini Dr. Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak dan boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Perak.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 13, 2009

Sekejap Nizar, Sekejap Zambry.....

Coat of arms of PerakImage via Wikipedia

"Sekejap Nizar, Sekejap Zambry" mungkin itulah yang dapat digambarkan kepada situasi yang berlaku di Perak pada masa ini. Sebelum ini Mahkamah meisytiharkan bahawa Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Namun, tidak sampai 24 jam Mahkamah meisytiharkan Zambry boleh terus menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sementara menunggu keputusan rayuan oleh Mahkamah.

Politik di Perak semakin bercelaru, penulis percaya sudah ada yang mula naik jelak dan muak untuk membincangkan isu yang berkait dengan Kerajaan negeri Perak kerana sampai sekarang isu itu masih diperkatakan sehinggakan ia telah membuat orang ramai sudah merasa bosan untuk memperkatakan mengenainya.

Penulis sendiri pun sudah naik muak untuk memperincikan isu ini, kerana bagi penulis seolah-olah isu ini tiada berkesudahan. Pada pandangan penulis "kedua-dua belah pihak" baik kerajaan mahupun pembangkang perlu mengambil peranan dalam menyelesaikan isu yang berbangkit ini.

Penulis merasakan isu ini akan selesai dengan aman sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri dilakukan dengan kadar seberapa segera dan kembalikanya kepada rakyat untuk menentukanya.

Jika pihak kerajaan memikirkan sekiranya Pilihan Raya diadakan ia akan membazirkan wang rakyat, adalah lebih baik kerajaan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana dengan cara ini ia mampu mengurangkan kos berbanding melakukan Pilihan Raya Kecil. Sudah tiba masanya kedua-dua belah pihak berfikir secara rasional menggunakan akal fikiran yang waras demi kepentingan bersama.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 30, 2008

Tawaran UMNO Perak: Pas mungkin beri jawapan esok

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia
LAPORAN UTUSAN:

Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu.

Menurut sumber, isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’.

Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, keputusan dibuat berdasarkan maklum balas semua peringkat dalam parti dengan mengambil kira harapan masyarakat Islam dan berdasarkan perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa tekanan mana-mana pihak,” tegas sumber itu lagi.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Usaha mengadakan siri pertemuan UMNO-Pas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dan orang Melayu yang tidak lagi mahu melihat kaum itu berpecah-belah.

Bagaimanapun, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh memberi kata dua supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala pakatan pembangkang 31 kerusi.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika Pas, UMNO dan parti komponen BN lain bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dihubungi hari ini berkata, hanya dua individu yang dibenarkan membuat ulasan mengenai isu itu iaitu Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun Abdul Hadi dan Nasharudin gagal dihubungi.

Tak sabar menanti jawapan mungkin itu soalan itu yang tergiang-giang di telinga pihak-pihak yang terlibat, bermula dengan isu muzakarah kemudian ditukar menjadi Muqabalah dan timbul pula tawaran yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Perak untuk membuat perkongsian kuasa dengan PAS bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Semalam UMNO Perak membuat tawaran kepada PAS yang mereka sanggup untuk berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar kerajaan yang mungkin akan ditubuh adalah dari PAS walaupun bilangan kerusi jika dibandingkan UMNO dan PAS, memang jauh lebih banyak UMNO berbanding PAS.

Ramai yang ternanti-nati keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS berhubung tawaran yang telah dibuat oleh UMNO Perak tersebut. Difahamkan Pucuk pimpinan tertinggi PAS juga akan membuat keputusan berhubung Muqabalah UMNO-PAS yang sedang rancak dicanangkan ke seluruh negara melalui bukan sahaja media arus perdana tetapi juga media alternatif yang menjadi sumber rujukan anak-anak muda zaman sekarang.

NIK AZIZ CADANG PELAKSANAAN HUDUD DAN QISAS

Pada dasarnya penulis amat bersetuju dengan pandangan atau cadangan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Cadangan ini sepatutnya dipertimbangkan oleh UMNO kerana di dalam menongkah arus kemodenan dan penjajahan bentuk baru yang melibatkan penjajahan minda yang dilakukan oleh kapitalis-kapitalis barat. Lihat sahaja hari ini apa sudah jadi pada anak-anak kita, langkah terbaik ialah dengan melakukan penerapan nilai-nilai Islam dan juga perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas adalah jalan terbaik untuk mengelakkan anak-anak kita terus menjadi mangsa penjajahan minda oleh barat.

Sudah berapa lama kita mempergunakan undang-undang barat atau dulu lebih dikenali dengan undang-undang penjajah, penulis merasakan sudah tiba masanya kita mula menerima pakai Hukum Hudud di dalam perlaksanaan undang-undang kita demi mengharmonikan kesucian Islam di negara kita.

Kita sebenarnya sudah banyak berkorban untuk bangsa dan agama lain jadi salahkan kita berkorban untuk bukan sahaja rakan sebangsa malah seagama dengan kita. Demi Islam kita perlu lakukankanya dan ini adalah satu titik pertemuan ke arah menyatu padukan umat Islam.

KOMEN MCA BERHUBUNG MUQABALAH UMNO-PAS

Nampaknya MCA sudah senada dengan DAP, penulis berharap MCA jangan jadi macam DAP, MCA sepatutnya faham tentang pentingnya menyatupadukan umat Islam yang boleh diibaratkan sebagai berpecah belah yang bakal memberi kecelakaan yang besar kepada umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Nasihat penulis kepada MCA jangan jadi DAP kedua dan jangan cuba untuk menjadi kafir harbi yang kedua. Usah dibimbangi perpaduan kami kerana perpaduan kami tidak akan memudaratkan kamu semua, percayalah. Sekiranya kami berpadu kami tetap akan berlaku adil pada anda semua.

HARAPAN PENULIS

Penulis amat berharap perkongsian kuasa antara UMNO-PAS menjadi kenyataan demi menjaga kepentingan dan membela nasib umat Islam yang sudah berada di tahap paling kritikal pada ketika ini. Penulis juga berharap agar masing-masing mengenepikan ego masing-masing demi perpaduan umat Islam.

Ingat lah Islam lemah sekiranya kita tidak bersatu, Islam kuat apabila kita bersatu. Berbaiklah-baiklah kamu sesama rakan seagama. Bersatu teguh bercerai roboh.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin