Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label cukai penginapan. Show all posts
Showing posts with label cukai penginapan. Show all posts

Friday, September 8, 2017

Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan

Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan
Oleh: yieMEGA

AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis, terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana masih lagi menjadi pembaca setia walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Hari ini kebetulan, penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis menggunakanya untuk mengemaskini blog penulis yang tidak seberapa ini. 

1 September yang lalu Kerajaan Barisan Najib telah memperkenalkan satu cukai baru yang dipanggil cukai penginapan dan ada juga yang memanggilnya dengan nama cukai pelancongan. Cukai ini dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di penginapan-penginapan berkait pelancongan seperti Hotel, Resort, Chalet mahupun Homestay. Untuk rekod kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk seorang untuk satu hari. Sekiranya pelancong tersebut tinggal tiga hari ini bermakna mereka terpaksa membayar RM30 untuk cukai tersebut, bertambah parah lagi sekiranya bilangan mereka ramai dan mereka akan terpaksa membayar lebih lagi. 

Memang benar, cukai berkenaan hanya dikenakan ke atas pelancong asing dan tidak dikenakan kepada pelancong domestik, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat negara ini terutamanya kepada pengusaha-pengusaha tempat penginapan kerana sejak cukai itu diperkenalkan  kehadiran pelancong asing mula merosot. Ramai pengusaha-pengusaha tempat penginapan telah merungut tentang kemerosotan tersebut yang ternyata dengan kemerosotan tersebut ia benar-benar menjejaskan pendapatan mereka. 

Langkah  tidak 'berapa cerdik' Kerajaan Barisan Najib tersebut telah mengakibatkan pelancong asing yang pada awalnya ingin melancong di Malaysia mengubah haluan dengan memilih untuk melancong di negara-negara yang berjiran dengan negara kita. 

Teryata langkah pengenalan cukai berkenaan telah menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha Hotel, resort dan lain-lain. Bagi mereka langkah tersebut bukan boleh membantu meningkatkan pendapatan pengusaha hotel dan resort malah ia juga telah membuatkan  pendapatan mereka terjejas. 

Mereka menuntut bayaran cukai penginapan dibatalkan kerana ia telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. Bagi mereka langkah mengenakan cukai tersebut bukanya dapat membantu mereka malah boleh membantu mereka untuk gulung tikar. Langkah mengenakan cukai tersebut dikatakan satu lagi langkah bodoh Kerajaan Barisan Najib. 

Mungkin di dalam PRU 14 kelak tidak sepatutnya Kerajaan Barisan Najib diberi mandat untuk memeritah Malaysia untuk sepenggal lagi. Cukup-cukuplah sudah rakyat sudah banyak teraniaya dengan pemerintahan Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak.  

Baca Lagi!

Saturday, July 22, 2017

Tiket Taman Laut dan Cukai Penginapan

Tiket Taman Laut dan Cukai Penginapan
Oleh: yieMEGA

Tiket Taman Laut

BEBERAPA hari yang lepas penulis berkesempatan berkunjung ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Kesempatan itu penulis ambil untuk mengetahui apakah situasi semasa kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian. Umum mengetahui Pulau Perhentian merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang popular bukan sahaja di kalangan pelancong domestik malahan ia juga turut menjadi pilihan utama pelancong asing.

Daripada pemerhatian dan cakap-cakap pengusaha Bot Pelancong penulis merasakan kehadiran pelancong ke pulau tersebut telahpun merosot, mungkin juga disebabkan ketidaktentuan ekonomi global menyebabkan ramai yang cuba mengurangkan aktiviti pelancongan memandangkan mereka lebih memilih untuk berjimat bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan kedudukan ekonomi semasa. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk tidak melancong walaupun ke destinasi yang popular seperti Pulau Perhentian. 

Menurut pengusaha bot pelancong tersebut, sepatutnya pada tahun lepas apabila tiba bulan Julai bilangan pelancong akan meningkat mendadak kerana lazimnya pada bulan Julai - Oktober merupakan musim puncak atau high season bagi Pulau Perhentian namun setakat hari ni masih belum nampak tanda-tanda bilangan pelancong akan meningkat mendadak sepertimana tahun lepas. 

Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar kehadiran pelancong ke pulau ini kembali sepertimana musim puncak tahun lepas. Pengusaha Bot juga ada mengatakan bahawa ada pelancong asing yang membuat rungutan tentang kenapa Tiket Taman Laut terlalu mahal dikenakan terhadap mereka. Mengikut Pengusaha bot tersebut Tiket Taman Laut untuk Pelancong Asing dikenakan sebanyak RM30.00. Harga tersebut pada pandangan penulis keterlaluan mana tidaknya bayangkanlah ia enam kali ganda lebih mahal daripada kadar Tiket Taman Laut yang dikenakan terhadap pelancong domestik. Langkah mengurangkan kadar tiket ini penulis percaya mampu meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau yang begitu indah dan menarik ini. Pada pandangan penulis kadar Tiket Taman Laut untuk pelancong asing sepatutnya hanya RM15.00/RM20.00 sahaja itu sudah memadai.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin