Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Travel and Tourism. Show all posts
Showing posts with label Travel and Tourism. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...



Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...
Oleh: yieMEGA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat itulah bergema setiap kali 31 Ogos di setiap tahun bermula pada tahun 1957 di mana pada waktu laungan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Laungan keramat itulah yang membuka lembaran baru kepada Tanah Melayu (Sekarang Malaysia) detik itulah memberi banyak kegembiraan terutamanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak putus-putus berjuang demi memerdekakan bumi bertuah ini.

Setiap kali Sambutan Ulangtahun kemerdekaan tidak lengkap tanpa tema sambutan. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada kali ini ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan menjadi pelengkap kepada tema-tema sambutan hari kebangsaan sebelum ini.

Apa yang istimewanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah pertama kali ianya di adakan di dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Tinjauan penulis di Kota Bharu buat pertama kalinya sambutan ambang merdeka tanpa percikan bunga api penulis tidak pasti di negeri-negeri lain adakah mengalami situasi yang serupa, bagi penulis percikan bunga api tidaklah sepenting erti kemerdekaan itu sendiri.

Bercakap dengan erti kemerdekaan, nampaknya masih ramai yang masih belum mengerti apakah erti kemerdekaan terutamanya kanak-kanak dan remaja. Tinjauan penulis tadi kanak-kanak sibuk mengayuh basikal beramai sambil melaungkan merdeka dan dibasikalnya berkibar megah, malah ada yang menjadikan jalur gemilang sebagai kain superman manakala bagi yang remaja pula bermotosikal beramai-ramai berarak dari hulu ke hilir, bagi golongan ini itulah yang dinamakan Merdeka! bebas melakukan apa sahaja termasuklah perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Tidak kurang pula anak-anak gadis kita yang dijadikan 'gulai' untuk kenduri malam merdeka bagi memuaskan nafsu serakah pihak-pihak tertentu. Setiap kali merdeka kita akan pasti mendengar berita berapa banyak anak-anak gadis yang berstatus 'dara' dikorbankan. Itulah yang terjadi kepada anak Malaysia pasca merdeka kerana mereka tidak memahami ertikata kemerdekaan yang sebenar.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, August 22, 2009

Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?


Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?
oleh: yieMEGA
PROJEK Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan atau orang Kelantan selesa dengan "Projek Rimau Kurus" yang diluluskan semasa Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun yang lalu.

Persoalanya sekarang adakah projek jambatan kedua ini telah menjadi projek gajah putih? Persoalan ini timbul setelah melihat sendiri pergerakkan projek ini sewaktu penulis berkunjung ke sebuah pasaraya yang berdekatan dengan projek jambatan ini.

Banyak juga cerita yang berlegar-legar di kalangan rakyat setempat berkenaan perjalanan projek kedua ini yang agak lambat pergerakkan pembinaanya. Antara yang penulis dapat dengar projek katanya telah di ali baba kan, dan kini projek ini dijalankan oleh kontraktor berbangsa cina tetapi penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini.

Tetapi yang penulis pasti adalah pergerakkan dalam pembinaan jambatan ini agak lembab, sedangkan tujuan membina jambatan kedua ini adalah untuk memberi kesenangan kepada rakyat, berdasarkan slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan kenapa projek ini perjalananya agak lembab? Adakah sesuatu telah berlaku terhadap projek ini?

Kalau begini caranya macamana rakyat nak sokong? Jambatan kedua ini amat penting demi memberikan kemudahan kepada rakyat dan juga mengatasi kesesakan lalu lintas di jambatan pertama yang semakin kritikal pada waktu puncak dan juga hari-hari perayaan.

Penulis dengan tegasnya mendesak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dengan segera turun menyiasat perjalanan projek ini demi kepentingan rakyat. Penulis tidak menyalahkan DS Najib dalam hal ini, kerana ianya diluluskan di era Tun Abdullah tetapi sebagai Perdana Menteri yang berjiwa rakyat beliau hendaklah segera memantau perjalanan projek ini.

Semasa tinjauan penulis mendapati, cuma beberapa orang pekerja sahaja yang bekerja di dalam menyiapkan projek ini, berapa lama mahu siap projek ini kalau dengan cara ini mereka bekerja. Penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ini.

Penulis mengeluarkan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, ataupun membuat serangan peribadi, tetapi penulis merasa menjadi tanggungjawab penulis untuk menyedarkan kerajaan 'rimau kurus' supaya tidak alpa dengan setiap projek yang diluluskan kerana kelak mereka akan dipersalahkan oleh rakyat.

Bagi mereka kurang senang dengan artikel ini, penulis memohon maaf tetapi ianya untuk kebaikkan rakyat dan kerajaan, dan sekarang ini projek ini sudah menjadi 'buah mulut' rakyat Kelantan terutamanya di sekitar Kota Bharu.

Untuk pengetahuan pembaca gambar yang disertakan adalah gambar terkini di sekitar tapak projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Daripada gambar itu jelas sekali, agak mustahil untuk disiapkan dalam masa yang terdekat.


Starflower


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 27, 2009

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia
Oleh: yieMEGA

SETAHUN jagung mungkin itulah boleh diberikan kepada blog Suara Generasi Muda Malaysia ini. Esok 28 Julai 2009 genaplah setahun blog Suara Generasi Muda Malaysia di dalam dunia maya atau virtual ini. Penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pembaca blog ini kerana terus memberi sumbangan dengan melayari dan memberikan komen-komen mereka di dalam blog ini.

Bilangan pengujung yang dicatatkan oleh Pembilang Web (Web Counter) blog ini mencatatkan 28,433 pengunjung unik (Hanya satu Hits dikira bagi seseorang pengunjung yang mengujung blog walaupun mereka membaca artikel-artikel yang lain dalam satu masa). Walaupun ia tidak sehebat bilangan pengunjung blog Tun Dr. Mahathir mahupun MSO tetapi berpuas hati dengan pencapaian blog ini walaupun baru setahun jagung.

Berkemungkinan juga blog lain menggunakan pembilang web yang membilang hits satu pengunjung berpuluh-puluh hits tetapi tidak diketahuilah pula adakah mereka benar-benar menggunakan pembilang web sedemikian kerana hanya mereka sahaja yang tahu.

Ranking Alexa blog ini mencatatkan kedudukan dunia di tempat ke 3,928,971 setakat ini, Alhamdulillah ranking blog ini pun semakin meningkat berkat sokongan semua pembaca blog ini yang terus melawati blog ini walaupun penulisan penulis tidaklah sehebat MSO dan tidak juga sesinis tulisan Tun Dr. Mahathir. Kedudukan Ranking Alexa di Malaysia bagi blog ini ialah 53,395.

TERIMA KASIH semua yang telah menjayakan blog ini, tanpa anda pasti blog ini tidak bermakna. Teruskan menjadi pembaca setia blog ini, penulis janjikan akan berikan yang terbaik untuk anda.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 13, 2009

Derita Saudara Seagamaku Di Selatan Thai

Derita Saudara Seagamaku Di Selatan Thai
{Nukilan: yiemega}
dipetik dari: http://karyamelayu2u.blogspot.com/

Penderitaan saudara seagamaku di selatan Thai
Turut sama aku rasai di sini penuh simpati
Aku memohon pada yang esa agar mereka dikesiani
Tersentak jantungku melihat saudara seagamaku di sana kini

Mereka menderita dan dintindas di sana
Anak-anak kecil sentiasa berada dalam ketakutan di sana
Apa dosa mereka sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu rupa
Apa salah mereka? Salahkah mereka untuk beribadat kepada Allah yang tuhan Esa

Wahai kafir laknat
Mengapa kau lakukan ia terhadap saudara seagamaku yang sedang beribadat
Apa yang menimbulkan kemarahan kamu sehingga yang tak berdosa terlibat
Kami tidak akan maafkan kamu wahai kafir laknat

Derita saudara seagamaku di sana bilahkan kan berakhir
Tahun berganti Tahun, Masa berganti masa tetapi penderitaan mereka masih tidak berakhir
Selatan Thai terus bergolak, nyawa-nyawa terus melayang tanpa akhir
Kekejaman yang durjana terus bermaharajalela tanpa keamanan di akhir

Al-Fatihah aku sedekahkan buat yang terkorban di sana
Walau mereka berlainan negara
Namun mereka tetap saudara seagama
Kezaliman atas mereka umpama kezaliman atas kami saudara seagama

Sampai bila mereka akan terus diperlakukan begitu
Sampai kiamatkah mereka akan tetap dilayan begitu
Sampai bila lagi wahai kafir laknat yang melayan mereka begitu
Sampai kamu berkuasa di sana baru kamu tidak melayan mereka begitu?
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Ya Allah Selamatkanlah Saudara Seagamaku...


"Ya Allah Ya Tuhanku Selamatkan Saudara Seagamaku Di Selatan Thailand" aku bersimpati dengan apa yang terjadi pada saudara seagamaku di Selatan Thailand tersebut", aku bersyukur kerana dilahirkan di negara yang aman damai"
Penindasan terhadap umat Islam di Selatan Thai membuatkan saya merasa begitu simpati dengan nasib yang dialami oleh mereka. Penulis juga mengutuk sekeras-kerasnya 'kejadian yang menumpahkan darah umat Islam' di Masjid Selatan Thai itu.

Penulis juga merasa terkilan kerana kesucian masjid sudah dicemari dengan kegiatan yang tidak berperikemanusiaan seperti itu. Apa salah saudara seagamaku yang berada di dalam Masjid tersebut sehinggakan ia diperlakukan sebegitu rupa.

Kejamnya manusia, berapa ramai lagi kau nak bunuh saudara seagamaku? Apa yang membuatkan kau tidak berpuashati wahai musuh Allah? Tidak cukupkan kuasa kamu di Bangkok? Akhirkata sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara seagama kita yang terkorban pada kejadian itu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin