Bilangan Pengunjung:

Monday, August 31, 2009

Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...



Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...
Oleh: yieMEGA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat itulah bergema setiap kali 31 Ogos di setiap tahun bermula pada tahun 1957 di mana pada waktu laungan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Laungan keramat itulah yang membuka lembaran baru kepada Tanah Melayu (Sekarang Malaysia) detik itulah memberi banyak kegembiraan terutamanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak putus-putus berjuang demi memerdekakan bumi bertuah ini.

Setiap kali Sambutan Ulangtahun kemerdekaan tidak lengkap tanpa tema sambutan. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada kali ini ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan menjadi pelengkap kepada tema-tema sambutan hari kebangsaan sebelum ini.

Apa yang istimewanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah pertama kali ianya di adakan di dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Tinjauan penulis di Kota Bharu buat pertama kalinya sambutan ambang merdeka tanpa percikan bunga api penulis tidak pasti di negeri-negeri lain adakah mengalami situasi yang serupa, bagi penulis percikan bunga api tidaklah sepenting erti kemerdekaan itu sendiri.

Bercakap dengan erti kemerdekaan, nampaknya masih ramai yang masih belum mengerti apakah erti kemerdekaan terutamanya kanak-kanak dan remaja. Tinjauan penulis tadi kanak-kanak sibuk mengayuh basikal beramai sambil melaungkan merdeka dan dibasikalnya berkibar megah, malah ada yang menjadikan jalur gemilang sebagai kain superman manakala bagi yang remaja pula bermotosikal beramai-ramai berarak dari hulu ke hilir, bagi golongan ini itulah yang dinamakan Merdeka! bebas melakukan apa sahaja termasuklah perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Tidak kurang pula anak-anak gadis kita yang dijadikan 'gulai' untuk kenduri malam merdeka bagi memuaskan nafsu serakah pihak-pihak tertentu. Setiap kali merdeka kita akan pasti mendengar berita berapa banyak anak-anak gadis yang berstatus 'dara' dikorbankan. Itulah yang terjadi kepada anak Malaysia pasca merdeka kerana mereka tidak memahami ertikata kemerdekaan yang sebenar.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin