Gula Oh Gula, Tiba Masanya Kerajaan Jadi Pengeluar...
Oleh: yieMEGA
GULA OH GULA, penulis merasakan sudah tiba masanya kerajaan jadi pengeluar gula dan tidak membiarkan si tauke mengambil kesempatan daripa peluang yang diberikan kerajaan. Pada pendapat penulis jika kerajaan jadi pengeluar gula secara tidak langsung masalah kekurangan gula di pasaran dapat di atasi.
Cuba bayangkan dengan kerajaan sendiri yang menjadi pengeluar gula bermakna, harga boleh ditetapkan kerajaan, kapasiti pengeluaran pun boleh ditetapkan oleh kerajaan, tiada lagi tauke-tauke besar yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan untung yang bermaharajalela seperti sekarang tak ada lagi syarikat yang menyorokkan gula untuk spekulasi harga.
Dalam menjaga hal ehwal rakyat, kerajaan perlu memandang serius isu bekalan gula ini. Tambahan pula Ramadhan makin menjelang, penulis amat bimbang jika bekalan gula ini terus kritikal bermakna kuih-kuih muih yang dijual pada bulan Ramadhan akan melambung tinggi yang ini akan menyusahkan rakyat terutamanya yang beragama Islam.
Dalam visi Rakyat Diutamakan kerajaan perlu mengambil alih tugas pengeluaran gula daripada pengeluar sedia ada, demi memastikan rakyat tidak terbeban bukan sahaja dengan kekurangan bekalan gula malah kenaikkan harga.
Metod ini boleh digunakan kerajaan dalam menangani kekurangan gula di pasaran Malaysia kerana penulis merasakan kekurangan gula di pasaran adalah berpunca daripada pengeluar yang cuba membuat spekulasi harga terhadap bahan mentah yang menjadi 'bahan wajib' oleh rakyat Malaysia.
Mungkin menteri tidak akan merasakan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat kerana mereka mendapat kelebihan untuk semuanya dengan percuma di tambah pula dengan elaun itu dan elaun ini gaji pulak tak terjejas, tetapi bagaimana pula bebanan yang terpaksa ditanggung oleh peniaga kecil, nelayan, penoreh getah dan peraih ikan. Tidakkah ini akan menjadikan mereka punca untuk memberontak dan sekali lagi membuat tsunami politik di Malaysia.
Berdasarkan slogat Rakyat Didahulukan, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini demi meringankan beban yang di alami rakyat. Penulis percaya jika langkah seperti ini dilaksanakan tidak ada lagi tauke kilang gula yang akan 'buncit perut' dan berjoli di sana-sini atas bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Bercakap mengenai gula, hasil tinjauan penulis ke beberapa pasaraya dan kedai runcit sekitar Kota Bharu, sememangnya mendapati bekalan gula memang tidak mencukupi. Walaupun operasi membanteras 'sorok gula' dibuat oleh KPDN, namun penulis dapati hanya 'kuman-kuman kecil' sahaja dapat ditangkap, tetapi yang berjuta-juta tan metrik masih bermaharajalela jadi untuk mengajar 'parasit' ini kerajaan perlu mengambil alih tugas-tugas mereka.

1 comment:
Kalu nak raya tiap tiap tahun orang melayu Islam Malaysia sangat murah hati membeli barangan saperti beras, gula,minyak,tepong,ayam yang rata rata umum tahu perniagaan dan saluran adelah di bawah kawalan orang bukan melayu islam.
Tambah pula bahan api dan bahan makanan tersebut di nikmati olih orang bukan warga Malaysia yaani orang Singapore Thailand dan indonesia (di Malaysia ade 2,100,000 orang indon dan bertambah kerana beranak pinak satu tahun satu kali fasal dapat rawatan percuma di klinik Kerajaan).
Jangan lupa pendatang asing yang ade 1 juta(1,000,000) yang tingal di sini dan tidak semua bekerja semua menambah permintaan tinggi .
Akibat nya orang melayu islam malaysia murah hati bayar lebihan walau barangan makan saperti dan bahan api di beri subsidy berbiliion(RM1,000,000,000= satu billion) RM!!!
Tiap2 tahun pulak tu.
Menteri tukar Menteri baru, tukar cabinet,tapi tiap tahun cerita sama....
Mengapa susuah payah Kerajaan Msia cari hasil cukai pendapatan dan cukai lain,lepas tu bagi subsidi demi subsidi (macam bagi wang tunai lah)khusus untuk rakyat Malaysia,tapi orang Thailand,Singapore dan Indon serta pendatang asing di Selangor KL yang untung nikmat tak ter kira ???
Pendatang Indon yang tinggal di KL semua kaki sorok gula datang ke hypermarket beli gula bertrolli.
Sama juga Kari house punye Kaki tangan yang datang dari India,Bagla dll.
Rakyat yang prihatin buat macam cadangan dan buah fikiran, tapi sama aje akibat tiap2 tahun---yaani Menteri kasi amaran demi amaran demi amaran.
Ta ade tindakkan pun (nak jaga hati orang "wholesalers transporter distributors producers factory"-- semua bangsa Cina.
Barang semua naik harga sebelum cuti sekolah dan musim raya,
Kerajaan tak bolih buat apa apa pun!!!
Lepas raya cina ,barang barang semua ade dengan banyak dan harge akan turun.
Ta payah lah kerajaan buat kilang gula dll..
Ambil balik semua subsidi, ya semua subsidi.
Buat ape kita nak sara orang Thailang,Singapura dan Indon ?
changkat lobak.
arjuna waspada.
Post a Comment