Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label TG Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label TG Nik Aziz. Show all posts

Friday, February 3, 2012

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal
Oleh: yieMEGA

DEMI Politik manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa politik. Realiti Politik di Malaysia pada hari ini ialah penggiat-penggiat politik sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan demi kuasa politik.

PAS tidak terkecuali dengan realiti ini, mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi kuasa dan kesinambungan politik. Mereka perlukan sokongan semua kaum untuk membolehkan mereka berkuasa. Oleh yang demikian, kita lihat PAS sejak akhir-akhir ini sudah jauh berubah tak keterlaluan kalau penulis kata PAS sekarang merupakan sebuah Parti Islam yang Liberal.

Lihat saja apa yang parti ini lakukan sejak akhir-akhir ini, keputusan-keputusan yang dibuat oleh parti ini kebelakangan ini ternyata kelihatan lebih Liberal berbanding sebelum ini. Adakah PAS terpaksa menjadi Liberal untuk mendapat sokongan ataupun dipaksa oleh parti yang menunjangi Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan ramai.

Lihat sahaja keputusan terbaru yang PAS buat iaitu keputusan memecat keahlian Hassan Ali daripada menjadi ahli PAS dan pemecatan itu berpunca daripada satu saja iaitu kritikan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim. Nampaknya sekarang ini Anwar Ibrahim lebih berkuasa di dalam PAS berbanding Hadi Awang mahupun Tok Guru Nik Aziz.

Timbul juga persoalan di benak pemikiran penulis, adakah akan berlaku sebagaimana yang pernah terjadi di dalam UMNO di mana Anwar Ibrahim telah berjaya menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu masa dulu.

Tidak dinafikan perkara ini akan terjadi, tambahan pula baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan hasrat ingin bersara dan melepaskan jawatan Presiden. Sekiranya ini berlaku bermakna Anwar Ibrahim sudah berjaya mencorakkan PAS mengikut corak yang diingini oleh beliau.

Begitu juga, demi Pakatan Rakyat PAS sanggup menjadi parti Islam yang Liberal. Kadang-kadang kelihatan PAS hanyalah sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat. Bagi penulis PAS sememangnya tidak layak menjadi parti 'Pak Turut' sepatutnya merekalah yang menunjangi Pakatan Rakyat.

Entah sampai bila PAS ingin terus membiarkan parti mereka terus diperalat oleh Anwar Ibrahim. Sekiranya PAS masih belum sedar sampai bila-bila pun mereka akan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan diri Anwar Ibrahim sendiri.

Hassan Ali seorang bekas pemimpin PAS yang tabah, impian murni beliau untuk membersihkan PAS daripada anasir-anasir jahat atau yang dilabel sebagai 'Parasit' oleh Hassan Ali telah disekat sehinggakan beliau dikeluarkan dari PAS, namun perjuangan itu diteruskan di luar PAS.

Daripada beberapa kenyataan Hassan Ali jelas sekali 'hati dan jiwanya' masih lagi PAS dan tidak berminat untuk berhijrah kepada parti-parti yang menjadi lawan kepada PAS mahupun parti yang menjadi 'kawan' kepada PAS. Bagi meneruskan agenda perjuangan beliau menubuhkan JATI.

Hari-hari terus berlalu, PAS terus berubah dan berubah lagi berubah....perjuangan mereka selama ini sekarang ini sudah tidak kendengaran mungkin benar mereka sudah menjadi sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang dilabel 'parasit' oleh Hassan Ali kerana mereka sudah berjaya merosakkan PAS. Perjuangan mereka-mereka di dalam PAS sebelum ini sudah menjadi sia-sia dek kerana 'parasit-parasit' di dalam PAS.

Akhirkalam, pada pandangan penulis PAS perlu kembali kepada perjuangan asal dan berhenti daripada menjadi parti yang hanya menjadi 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Baca Lagi!

Thursday, February 17, 2011

TG Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Tun Dr. M


TG Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Tun Dr. M

Oleh: yieMEGA

PENULIS baru sahaja selesai membaca sebuah artikel yang ditulis di AgendaDaily, di bawah artikel tersebut yang bertajuk "Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Dr Mahathir". Telah lama juga penulis tidak mendengar Tun membidas TGNA, sudah sekian lama akhirnya Tun bersuara juga.

Di dalam artikel tersebut Tun mencabar Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz agar membuat tuntutan kepada DAP bahawa jika Kerajaan Campuran Pakatan mereka akan haramkan judi, arak dan melaksanakan hukum hudud. Menurut Tun lagi sekiranya DAP Enggan membuat kenyataan tersebut sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP (kerana enggan menerima perjuangan PAS).

“Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?” soal beliau.

Wah ini sudah dikira hebat, otai-otai sudah mula berhujah, tidak seperti sebelum ini bak kata orang Kelantan hanya anak wek yang bersuara sebelum ini. Apabila bertemu otai-otai barulah kita dapat melihat suasana yang lebih menarik.

Bagi penulis memang benar kata Tun tersebut, penulis juga bakal berdiri di depan Allah satu hari nanti, tambahan pula di waktu kita bersembahyang di belakang Imam inilah kita perlu memperbaiki amalan-amalan kita selepas kita sembahyang di hadapan Imam sudah tiada gunanya lagi. Faham-faham aje lah.

Tiada niat walaupun sekelumit di hati penulis mengeluarkan artikel ini untuk menghina TGNA tetapi penulis sedar TGNA hanyalah manusia biasa yang bukan maksum dan juga bukanlah seorang yang suci dari dosa. Maaf dipinta kepada penyokong TGNA yang terlalu taksub, tetapi sudah menjadi tanggungjawab menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit untuk ditelan.

Sepanjang hidup penulis, dari umur setahun sehinggalah umur sekarang pemerhatian penulis sering tertumpu kepada TGNA, maklum sahajalah kalau kenyataan kontroversi tidak lain keluar daripada mulut beliau.

Daripada waktu itulah bermacam-macam perkara yang beliau timbulkan, namun masih ramai yang jadi penyokong tegar umpama penagih heroin yang merempat di tepian jalan. Itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin