Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

Khir Toyo Mula Dipenjara

Khir Toyo Mula Dipenjara
Oleh: yieMEGA

SEMALAM bekas Menteri Besar Selangor semasa era Pemerintahan BN telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalankan hukuman penjara selama setahun atas dakwaan rasuah. Sebelum dipenjarakan Dr. Khir sempat membuat catatan di blognya. Catatan tersebut bertajuk "Catatan Di belakang Tirai Besi". 

Di dalam blog tersebut Dr. Khir memohon maaf kepada semua di atas kesilapanya. Selain itu, Dr. Khir juga hukuman ke atasnya atas sebab 'teknikal' kerana Pendakwa Raya belum dapat membuktikan kaitan kesnya dengan rasuah.

Penulis berharap para pembaca boleh membaca sendiri artikel blog Dr. Khir di pautan web yang telah penulis sediakan untuk pembaca-pembaca sekalian. Penulis mohon maaf penulis tidak boleh mengulas panjang lebar mengenai hukuman ke atas Dr. Khir kerana ia dikhuatiri akan jadi Cotempt of court. Dalam pada itu penulis politik terkenal negara iaitu Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO turut membicarakan hal yang sama di dalam blognya di bawah artikel yang bertajuk "Khir Toyo Berpindah Tempat Tidur Mulai Hari ini". 

Penulis tertarik dengan perkara no 4 di dalam catatan blog Dr. Khir: 

"Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya." - Dr. Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor.


Baca Lagi!

Tuesday, September 15, 2009

Apabila Keberanian Khir Toyo Dipertikai...

Apabila Keberanian Khir Toyo Dipertikai...
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua orang mengetahui bahawa Bekas Menteri Besar Selangor yang kini merupakan Ketua Pembangkang Selangor yang disiasat oleh SPRM mendapat liputan meluas media-media dan ada juga media yang tidak bertanggungjawab yang membuat dakwaan siasatan tersebut ada kena mengena dengan BALKIS, sedangkan Khir Toyo telah menjelaskan di dalam blog beliau bahawa ia tiada kaitan dengan BALKIS sambil mempersoalkan kenapa dia disabitkan dengan BALKIS sedangkan beliau bukan ahlinya dan juga bukan Ahli Lembaga Pengarahnya. The Star terus 'menyerang' Khir Toyo dengan mendakwa siasatan tersebut ada kena mengena dengan Balkis. Penulis pun tidak hairan sangat dengan The Star kerana ramai yang mengetahui The Star berpihak kepada siapa.

Petang tadi penulis sempat membaca artikel blog MSO di Blog Merah Tinta MSO yang mempertikaikan kenapa Dr. Khir disiasat selama 6 jam tetapi tidak 24 Jam sambil mendakwa bahawa 6 Jam tu tidak cukup kerana kata MSO 6 Jam itu hanya cukup untuk bertanya soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan siasatan atau dengan kata lain sesi taaruf ataupun suai kenal.

Wah kena siasat SPRM pun kena ada sesi suai kenal ke? Cerdik betul MSO, mungkin MSO berpendapat sedemikian kerana menyangka pegawai penyiasat SPRM masih belum mengenali Khir Toyo, tidakkah MSO sedar bahawa Bekas Menteri Besar yang begitu popular dengan Anugerah Penyapu mustahil ia tidak dikenali oleh Pegawai Penyiasat SPRM.

Satu lagi artikel blog MSO turut menyentuh mengenai Kes Banglo 24 Juta yang dinilai oleh Jurunilai Tidak bertauliah, artikel itu secara terang-terangan seolah-olah mengatakan DSKT bersalah dan Banglo itu bernilai 24 Juta sepertimana yang dinilai oleh Juru Nilai Tidak Bertauliah sedangkan sebelum ini DSKT telah mengemukakan bukti-bukti bahawa Banglo itu tidak sampai pun 24 Juta, adakah MSO sedar mengenai bukti tersebut ataupun sengaja buat tak endah demi memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat parti yang diagung-agungkanya itu? Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya MSO mengalami situasi yang sama?

Bagi penulis tempoh enam jam tu sudah mencukupi sekiranya OKS (Orang Kena Siasat) memberi kerjasama yang sewajarnya tak perlulah buat sesi taaruf kerana ramai yang sudah mengenali DSKT terutamanya Pegawai Penyiasat SPRM, janganlah bertindak seperti 'mengajar buaya berenang' kerana Pegawai Penyiasat SPRM sudah tentu lebih tahu tentang tugasnya.

Akhir kalam, penulis yakin dengan ungkapan "Seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak dapat dibuktikan kesalahanya" dalam masa yang sama penulis ingin memuji Dr. Khir yang boleh dikatakan "Berani Kerana Benar" setidak-tidaknya beliau tidak melambat-lambatkan proses keadilan kerana 'Justice Delay is Justice Denied' tidak seperti Anwar yang begitu bacul dengan terus menerus-nerus cuba melambat-lambatkan perbicaraan ke atasnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 2, 2009

Perang Dua Lawan Satu MSO Lawan Kicdefella dan Hussam Musa !!!

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Pada kali ini penulis berminat untuk turut sama "membabitkan diri" di dalam Perang MSO (Mohd Sayuti Omar) dengan Blogger Kickdefella dan Calon Timbalan Presiden PAS Hussam Musa (Turut digelar Si Baju Petak-Petak Merah". Penulis begitu tertarik untuk turut sama memberi sokongan padu kepada Mohd Sayuti Omar kerana penulis merasakan beliau berada di pihak yang benar dan adalah tidak adil jika dibiarkan beliau berlawan satu lawan dua jadi penulis dengan penuh rasa ikhlas ingin sama-sama mempertahankan MSO daripada 'serangan' si Baju petak-petak Merah dengan Pembunuh Upahan eh silap Penulis Upahan Si Baju Petak-Petak Merah.

Perperangan antara Blogger MSO dengan Kickdefella semakin hangat apabila mereka saling berbalas-balas hujah mereka dan penulis merasakan pergeseran mereka sudah semakin serius sampai ada yang sanggup menghatar SMS Sumpah Seranah kepada MSO. Itulah liku-liku politik demi menegakkan benang yang basah apa sahaja mereka sanggup lakukan janji mereka dapat mempertahankan tindakanya.

Dari penelitian yang penulis buat terhadap Blog Kickdefella dan Juga Merah Tinta MSO penulis mendapati melalui analisa yang penulis hasilkan daripada penelitian tersebut penulis mendapati bahawa MSO berada di Pihak yang Benar dan Kickdefella begitu banyak menerapkan elemen-elemen berunsur fitnah dan seolah-olah cerita penglipurlara yang dapat membuat kita tertawa ketika kita sedang berduka lara terhadap MSO di laman blognya.

Elemen-elemen fitnah dalam penulisan Kickdefella telah menampakkan kebobrokkan dan kebodohan beliau sebagai penulis upahan si baju petak-petak merah. Penulis melihat Kickdefella menggunakan prinsip Politik Boogeyman (Meminjam Istilah Khir Toyo) di dalam mempertahankan bosnya yang juga merupakan Calon Endorgan di dalam PAS yang memakai slogan "No To UMNO, Yes To Anwar".

Nampaknya Sindrom Politik Boogeyman bukan sahaja digunakan untuk kepentingan parti malah ia juga digunakan untuk kepentingan diri demi memenangi jawatan kedua tertinggi di dalam PAS itu. Selepas ini PAS bolehlah menukar namanya dari Parti Islam seMalaysia kepada Parti Anwar Sahaja.

Kesimpulan yang boleh penulis buat di sini ialah Mohd Sayuti Omar pemilik blog Merah Tinta MSO adalah berada di pihak yang benar marilah bersama-sama kita memberi sokongan padu kepada MSO dengan memberikan beliau semangat supaya terus berjuang mempertahankan perjuangan beliau. Walaupun penulis tidak begitu rapat dengan MSO tetapi penulis tetap arif dengan MSO beliau merupakan seorang penulis yang berpegang kepada Prinsip "Salah tetap Salah tidak Kira Siapa Ataupun Pihak Mana" jadi penulis amatlah yakin 10000% bahawa MSO di pihak yang benar dan Kickdefella yang sengaja memburuk-burukkan MSO. MSO Teruskan perjuanganmu aku sentiasa menyokong perjuanganmu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin