Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label suara generasi muda malaysia. Show all posts
Showing posts with label suara generasi muda malaysia. Show all posts

Thursday, June 11, 2026

Analisis Politik Johor 2026




Johor sebagai kubu UMNO

Johor secara tradisi adalah negeri kuat UMNO/BN. Namun sejak PRU14, sokongan mula berpecah dengan kemunculan PH dan PN.


Pakatan Harapan (PH)

Kekuatan: Kawasan bandar (Johor Bahru, Iskandar Puteri, Segamat).

Cabaran: Perlu mengekalkan sokongan anak muda dan menangani isu kos sara hidup.

Barisan Nasional (BN)

Kekuatan: Akar umbi UMNO masih kukuh di luar bandar.

Cabaran: Perlu pulihkan imej selepas krisis dalaman dan isu kepimpinan.

Perikatan Nasional (PN)

Kekuatan: Momentum sokongan Melayu-Islam, terutama di luar bandar.

Cabaran: Perlu menembusi kawasan bandar dan meyakinkan pengundi kritikal.


Dinamika Politik Semasa

PKR Johor menumpukan kepada isu ekonomi rakyat dan kos sara hidup.

DAP Johor kekal kukuh di kawasan majoriti bukan Melayu dan bandar.

Amanah Johor berperanan sebagai jambatan antara pengundi Melayu progresif dan pengundi bandar.

PH kini berdepan cabaran mengekalkan momentum selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat pusat.


Carta Alir  Senario PRN Johor 


Laporan SB Politik (Umumnya)

Menurut trend yang lazim dilaporkan oleh SB Politik (Tanpa Mendedahkan Maklumat Sulit)

Sokongan bandar kekal tinggi, tetapi ada penurunan kecil di kalangan pengundi muda Melayu.

Isu keselamatan PRN dijangka terkawal, dengan tumpuan kepada pengurusan perhimpunan besar dan kempen agresif di kawasan padat.

Pola pengundi luar bandar masih cenderung kepada BN dan PN, menjadikan PH perlu strategi lebih agresif di kawasan tersebut


Trend Sokongan Pengundi Johor

Pengundi bandar

Cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) kerana isu tadbir urus, ekonomi, dan reformasi. Kawasan seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri, dan Batu Pahat menunjukkan sokongan stabil kepada PH.

Pengundi luar bandar

Masih kuat kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), terutamanya di kawasan Melayu-Islam seperti Mersing, Pontian, dan Kota Tinggi.

Pengundi muda

SB Politik PDRM melaporkan peningkatan minat terhadap PN kerana naratif agama dan integriti, tetapi sebahagian besar masih neutral dan menilai prestasi kerajaan perpaduan.

Pengundi bukan Melayu

Kekal menyokong PH, khususnya DAP di kawasan bandar dan separa bandar.


Kesimpulan

PH Johor masih menjadi blok penting dalam politik negeri, dengan kekuatan di kawasan bandar dan pengundi progresif.

Namun, kejayaan mereka dalam PRN Johor 2026 bergantung pada kemampuan menarik semula pengundi muda Melayu dan mengekalkan kerjasama strategik dengan BN di peringkat negeri.



#PRNJohor #PolitikJohor #SBPolitikPDRM #SuaraGenerasiMudaMalaysia #AnalisisPolitik #GabunganParti #TrendPengundiJohor


Analisis PRN Johor 2026
Baca Lagi!

Friday, August 5, 2011

5 Hari Di Bulan Ramadhan

5 Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

PEJAM CELIK PEJAM CELIK Alhamdullilah kini kita sudah berada di hari ke 5 di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini artikel terbaru untuk blog ini. Perkara ini bukanlah disengajakan tetapi penulis terlalu sibuk dengan tugas penulis tambahan pula beberapa hari yang lalu penulis terkena sejenis penyakit kulit yang dikenali dengan nama Pedal Ayam. Alhamdullilah hari ini penyakit itu telah pun sembuh dan dapatlah penulis mengemaskini blog ini.

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan malah ia adalah bulan keampunan. Penulis percaya pembaca-pembaca di luar sana pasti sibuk menggandakan ibadat ya maklum sahajalah ini kan bulan menggandakan ibadat. Penulis sentiasa berdoa agar penulis diberi kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Menariknya, Ramadhan kali ini kita akan sambut dengan hari Kemerdekaan dan selepas hari kemerdekaan negara, kita pula akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dengan erti kata lain kali ini raya kita dikenali dengan nama Merdeka Raya.

Bercakap mengenai Raya, tak sabar-sabar pula penulis untuk menunggu syarikat apakah yang akan menerbitkan iklan raya yang unik dan penuh mesej yang sendiri seperti mana Iklan TV raya yang lepas-lepas. Kata orang Iklan TV musim raya banyak yang ada mesej tersendiri. Sama-samalah kita nantikanya.

Sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini bermacam-macam isu politik yang telah mewarnai arena politik tanah air kita. Bermacam-macam perkara yang timbul, namun penulis merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk penulis mengulas isu-isu tersebut.

Insya-Allah isu-isu tersebut akan penulis ulaskan dalam artikel penulis yang akan datang, di harap pembaca-pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia bersabar untuk menunggu ulasan daripada penulis tersebut.

Sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan kali ini kita terus dikurniakan keberkatan oleh Allah s.w.t dan kita terus berupaya untuk meneruskan ibadat Puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Pengumuman:- Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia


Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana sejak dua hari lepas berlaku kesukaran untuk mengakses blog ini yang menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com kerana berlaku beberapa masalah teknikal.

Oleh yang demikian, penulis mengambil keputusan berkuatkuasa mulai hari ini iaitu Isnin 2 Ogos 2010 blog Suara Generasi Muda Malaysia tidak lagi menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com.

Mulai daripada hari ini, blog Suara Generasi Muda kembali menggunakan domain asalnya iaitu http://suaragenerasimuda.blogspot.com/. Sebarang kesulitan yang di alami oleh para pembaca setia blog ini amatlah penulis kesali.

Sebagai makluman kepada para pembaca blog ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri blog ini akan menggunakan domain berbayar yang baru. Sekali lagi penulis memohon maaf di atas kesukaran yang di alami.

Walaubagaimanapun artikel-artikel baru akan terus disiarkan di dalam blog ini sebagaimana biasa.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin