Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts

Friday, December 14, 2018

SPRM, PDRM DIGESA SIASAT AHLI POLITIK LOMPAT PARTI

SPRM, PDRM DIGESA SIASAT AHLI POLITIK LOMPAT PARTI
Oleh: yieMEGA

SEJAK RUTUHNYA Kerajaan Barisan Nasional, semakin menjadi-jadi aktiviti melompat parti dikalangan Ahli-Ahli Parlimen amnya dan Ahli Parlimen BN khasnya. Budaya lompat parti ini sewajarnya dikekang dengan segera kerana ia bukan sahaja telah mengabaikan kepercayaan rakyat, di mana sebelum ini rakyat memilih mereka kerana ingin memilih parti yang diwakili mereka, tindakan melompat parti ini boleh diibaratkan sebagai satu pengkhianatan bukan sahaja kepada parti yang diwakili mereka, tetapi juga rakyat yang memilih mereka.

Penulis menggesa supaya Kerajaan menghentikan segera aktiviti lompat parti ini, sekiranya Kerajaan gagal menangani atau mengatasi permasaalahan ini dikuatiri ia akan mendatangkan tindak balas daripada rakyat marhaen yang marah kerana amanah mereka berikan kepada wakil parti mereka telah dikhianati oleh Ahli Parlimen PENGKHIANAT tidak mustahil rakyat marhaen yang marahkan ahli parlimen yang melompat parti ini akan melakukan perkara yang di luar batasan fikiran manusia biasa contohnya mereka bertindak sendiri dengan membunuh sesiapa sahaja yang melompat parti kerana bagi mereka pengkhianat perlu dihukum dengan setimpal.

Sebelum Aktiviti Melompat Parti menjadi Parah dan punca pemberontakkan rakyat, adalah lebih baik ianya dibendung dengan kadar segera. Penulis ingin menggesa semua agensi kerajaan yang berkaitan seperti PDRM, SPRM menyiasat dengan kadar segera apakah punca mereka melompat, adakah tawaran tertentu yang diberikan kepada mereka untuk mereka melompat.

Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan budaya lompat parti ini kerana ia akan mengugat kestabilan kerajaan. Cuba bayangkan hari ini mereka melompat ke PH, tiba-tiba di satu hari lain mereka melompat ke pembangkang balik. Pendek kata kalau ini berlaku bermungkinan negaraku Malaysia akan bertukar kerajaan setiap bulan. Kalau ini berlaku ia akan memberikan kesan mendalam terhadap rakyat. Malah ia juga bakal meletakkan ekonomi negara kita dengan keadaan tidak kestabil.

Baca Lagi!

Monday, April 23, 2018

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA

HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan. 

Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.  

Baca Lagi!

Tuesday, April 10, 2018

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak - PAS

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak - PAS
Oleh: yieMEGA

PENULIS terbaca satu laporan Malaysiakini yang bertajuk "BN, Harapan Tidak Tertubuh dengan Syarak", hebat hari ini penulis memilih untuk berbicara sedikit mengenai apa yang didakwa oleh artikel ini adakah ianya benar atau sekadar dakyah untuk melariskan barang jualan sahaja, sepertimana penjual ubat di kaki lima yang nak lariskan ubatnya sahaja. 

Pertama sekali, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh.

- Betulkah PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh???? Bagi penulis PAS bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan kerana tuntutan syarak dan berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh. Apakah hujah yang boleh menguatkan lagi pandangan penulis ini, PAS lahirnya daripada sesebuah episod kekecewaan yang semua orang tahu PAS adalah parti serpihan daripada UMNO, Mereka yang kecewa di dalam UMNO bertindak keluar UMNO dan menubuhkan PAS dan tiada alasan dan hujah syarie membawa kepada penubuhan PAS. Berkenaan dengan kononya PAS berlandaskan nilai dan hukum Islam. Sebenarnya PAS tidak berlandaskan nilai dan hukum Islam, apa yang penulis dapati ialah PAS mempergunakan Islam untuk survival politik mereka. Bagaimana mereka boleh mendakwa mereka berlandaskan hukum Islam sedangkan di negeri mereka berkuasa terutamanya Kelantan mereka tidak melaksanakan hukum hudud yang sebenar-benarnya sepertimana yang dilaksanakan oleh Arab Saudi tetapi Hukum Hudud mengikut Acuan PAS tidak ini satu lagi bukti bahawa PAS mempergunakan Islam demi kuasa politik. Untuk rekod, PAS pernah berkuasa di Terengganu tetapi mereka juga tidak melaksanakan hukum hudud yang sebenar-benarnya sepertimana yang di amalkan oleh Arab Saudi. 

Baca Lagi!

Sunday, August 13, 2017

Skandal Seks Sonsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib???

Skandal Seks Sonsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib???
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini penulis ada bertemu seseorang yang berceritakan mengenai satu skandal seks sonsang membabitkan seorang Menteri Kabinet yang masih lagi menjadi Menteri Kabinet. Khabarnya hubungan seks sonsang tersebut dikaitkan dengan seorang artis lelaki yang terkenal tak lama dahulu, malah suara artis tersebut memang merdu bak buluh perindu. 

Informer tersebut turut memberitahu penulis bahawa menteri kabinet tersebut turut 'membiayai' kewangan dan keperluan hidup artis tersebut. Siapakah menteri kabinet tersebut? Siapakah artis tersebut? Maaf penulis memilih untuk merahsiakan identiti kedua-dua mereka untuk kebaikkan semua. Namun, siapakah mereka berdua tidak penting di sini apa yang penting adalah di dalam Kerajaan Barisan Najib ada pengamal seks sonsang, adakah menteri ini sengaja dikekalkan kerana Yang Amat Berkuasa memikirkan bahawa menteri berkenaan tidak akan melawan beliau kemudian hari kerana 'rahsia besar' yang mungkin diketahui Yang Amat Berkuasa tetapi tidak ketahui pemimpin bawahan yang bertaraf rakyat marhaen. 

Sebenarnya berdasarkan maklumat yang penulis terima, hubungan mereka berdua bukanlah baru tetapi sudah lama sangat. Cuma ia tidak diketahui umum, mungkin lazimnya pak-pak menteri ni bijak menyembunyikan kegiatan gelapnya bagi memastikan imej mereka tidak tercalar demi kesinambungan kuasa mereka sebagai manusia yang berpangkat menteri. Itulah hebatnya Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib bersandiwara sehinggakan ia tidak dapat dihidu oleh rakyat marhaen sepertimana penulis ini. 

Baca Lagi!

Friday, August 11, 2017

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel
Oleh: yieMEGA

UMUM sudah mengetahui bahawa pada minggu ini sekali lagi harga Petrol dan Diesel naik harga. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pemerintah Agung Malaysia Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghadiahkan rakyat dengan hadiah yang akan meringankan beban rakyat ini. Mungkin ini menepati slogan yang kerap kali dilaunkang-laungkan beliau "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rakyat tidak marah dengan kenaikkan ini malah rakyat suka sangat dengan kenaikkan ini. Jangan bimbang Yang Amat Berkuasa, rakyat sentiasa berada di belakang anda walau apa jua keadaan pun. Mereka sanggup berkorban wang ringgit mereka demi mempertahankan kepimpinan Yang Amat Berkuasa. Hebat bukan, rakyat merelakan sahaja apa yang Yang Amat Berkuasa buat walaupun ia akan membebankan rakyat. 

Mungkin ada juga rakyat yang marah, tapi sebenarnya rakyat tak perlu marah kerana dinasti Kerajaan Barisan Najib inilah yang menjadi pilihan saudara dan saudari di luar sana. Malah saudara-saudari jugalah yang tetap mempertahankan kepimpinan beliau walau apa pun isu yang timbul. Solidariti saudara-saudari dalam mempertahankan kempimpinan manusia bernama Najib Bin Razak akhir dibalas dengan hadiah yang membebankan ini. Walaupun saudara-saudari memberi susu tetapi ianya dibalas tuba, tak mengapalah redha ajelah dengan pilihan anda. Teruskanlah mempertahankan kepimpinan Ayahnda Najib Bin Razak demi kesinabungan pemerintahan dinastinya. 

Baca Lagi!

Monday, August 7, 2017

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?
Oleh: yieMEGA

PENULIS terbaca satu laporan yang disiarkan oleh Sinar Harian Online, tajuk laporan tersebut ialah "Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat". Betulkah dengan dakwaan ini, ataupun ini satu lagi dakwaan bagi terus mempertahankan kekuatan Dinasti Barisan Najib dan konco-konconya. Dakwaan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata "Tindakan Tun Mahathir Mohammad melaga-lagakan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dengan Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghilangkan rasa hormat rakyat kepadanya". 

Benarkah tindakan tersebut boleh membuatkan rakyat rasa hilang hormat kepadanya? Adakah Datuk Rosnah ni seorang bomoh ke sehingga boleh membuat dakwaan yang sedemikian. Sebelum terlupa semalam penulis ada menonton Ucapan Zahid Hamidi yang disiarkan oleh stesen tv pengampu no 1 negara yakni TV3, di dalam ucapan tersebut Zahid Hamidi sanggup bersumpah laknat bagi menepis dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak. Wow hebat sekarang ni demi kekuasaan politik orang sekarang dah sanggup mempergunakan dan mempermain-mainkan sumpah laknat hanya kerana mahu mengekalkan kekuasaan politik. Sebut pasal sumpah, teringat ayat seorang penagih Methamphetamine yang selalunya sekiranya dia memerlukan wang dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat wang tersebut termasuklah membuat sumpah laknat. Oleh yang demikian, zaman sekarang ini kita sudah tidak boleh percaya lagi pada sumpah-sumpah ni kerana sekarang ni sumpah-sumpah ni orang dah boleh buat main-main atau dengan kata lain sumpah sekarang sudah dapat dibeli di pasar. Daripada Zahid bersumpah lebih baik zahid menyumpah. 

Kepada Datuk Rosnah, jangan pandai-pandai ayat dan dakwaan sendiri kalau kita itu tak tahu apa-apa. Rakyat bukan hilang rasa hormat pada Tun M tapi hilang rasa hormat pada Datuk Rosnah sendiri kerana berterusan mempertahankan dinasti Barisan Najib yang dipimpin oleh Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan rakyat mahukan Najib diundurkan kerana bagi mereka tiada guna UMNO terus memelihara biawak hidup kerana tidak ada apa-apa keuntungan sekiranya kepimpinan Yang Amat Berkuasa dikekalkan. Sebenarnya tindakan Datuk Rosnah ini juga akan membuatkan rakyat akan melabel beliau sebagai 'monyet peliharaan' Yang Amat Berkuasa yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan Yang Amat Berkuasa terus berkuasa memimpin sebuah dinasti pemakan dedak. 


Baca Lagi!

Wednesday, July 5, 2017

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar
Oleh: yieMEGA

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia beberapa hari lalu telah membuat pengumuman mengenai kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM yang bakal diberikan kepada graduan perubatan untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41. Perkara ini telah mendapat bantahan banyak pihak termasuk Perkasa seperti mana yang dikatakan oleh Presiden Perkasa. 

Kelonggaran syarat ini penulis pun sependapat dengan mereka, apa perlu kita melonggarkan syarat sedangkan syarat tersebut sudah bersesuaian dengan perlembagaan negara kita jadi tak ada apa syarat yang perlu diubah lagi. 

Penulis tidak faham kenapa Kementerian Kesihatan mahu melonggarkan syarat sedemikian, adakah disebabkan ramai graduan perubatan yang tidak lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM ke apa sebabnya. Setahu penulis salah satu syarat untuk mengambil jurusan perubatan di mana-mana institusi pengajian tinggi memerlekukan seseorang calon itu lulus Bahasa Melayu. Tak tahulah pula penulis kalau ada sesiapa yang tidak lulus Bahasa Melayu yang dapat mengambil jurusan perubatan. Kalau ada pun mungkin yang guna 'orang dalam'. 

Bercakap mengenai "Orang Dalam" ini, adakah kelonggaran ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mempunyai orang dalam untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan walaupun secara kontrak. Kalau ini yang terjadi bermakna ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara malah ia akan memberikan kerugian kepada negara memandangkan kita mengambil orang yang tidak berkelayakkan untuk bekerja dan kita ambil mereka atas dasar mereka ada "Orang Dalam". Perkara seperti ini hendaklah dielakkan demi kebaikkan negara kita. 

Baca Lagi!

Friday, April 22, 2016

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?
Oleh: yieMEGA

PERCAYAKAH anda dengan Kerajaan Barisan Najib? Itulah tajuk yang penulis sengaja pilih untuk artikel penulis pada kali ini. Kenapa Kerajaan Barisan Najib tidak Kerajaan Barisan Nasional? Mungkin ada yang tertanya-tanya jadi penulis tidak mahu membuat mereka terus tertanya-tanya. Barisan kepimpinan negara kita kita kini telah dikuasai oleh penyokong tegar manusia bernama Najib Tun Razak hasil percaturan yang telah dibuat oleh manusia itu. Jadi kurang tepat kalau kita panggil Kerajaan Barisan Nasional dan lebih tepat sekiranya kita panggilnya dengan nama Kerajaan Barisan Najib. 

Percayakah anda dengan Kerajaan Barisan Najib pada hari ini? Adakah anda percaya apa yang Najib Razak dan koncu-koncunya cakap. Adakah anda boleh menerima bulat-bulat dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa 2.6B itulah adalah derma daripada Arab Saudi di mana sebelum ini Menteri Luar berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan derma tetapi pelaburan. Adakah anda percaya dengan orang Arab? Adakah anda rasa orang Arab seorang yang jujur? Adakah dengan pakaian orang Arab yang berjubah itu bermakna ia seorang yang maksum? Kalau anda anda nak tahu Perompak di Arab pun memakai jubah? Kalau anda menilai seseorang dari segi pemakaian maknanya anda silap. Kita patut membuat pertimbangan yang sewajarnya dan janganlah menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Pak Arab ini. Kita patut fikir kenapa Pak Arab ini mengubah pendirian, adakah kenyataan beliau itu ikhlas ataupun ada udang di sebalik mi. 

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi ini telah 'dijaja' ke seluruh negara terutamanya media-media arus perdana yang boleh diibaratkan sebagai 'anjing perang' Kerajaan Barisan Najib. Menteri-menteri pemakan dedak juga tidak ketinggalan untuk 'menjaja' perkara yang sama. Tak tahulah penulis zaman sekarang ni ramai sungguh Menteri nak jadi penjaja, kalau nak jadi penjaja letak jawatan menteri dan jadilah penjaja, ingat-ingat para Menteri termasuklah Perdana Menteri, gaji anda dibayar oleh rakyat kerana kerajaan anda kononya dipilih oleh rakyat tapi akhirnya rakyat juga yang disusahkan tapi anda berselang lenang dengan gaji yang dibayar oleh rakyat.

Adakah anda percaya dengan hanya Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu telah berjaya membersihkah nama Najib Razak. Terpulang kepada anda sekiranya ingin percaya kerana penulis tidak memaksa untuk tidak percaya. Bagi penulis adalah tidak adil sekiranya kita menghukum seseorang itu tidak bersalah dengan hanya satu kenyataan sahaja. Tun Mahathir turut menjelaskan perkara yang sama di dalam artikel blognya yang bertajuk "The Foreign Minister Of The Saudi Arabia " .


Baca Lagi!

Saturday, April 16, 2016

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA
Oleh: yieMEGA

PENULIS telah membaca laporan Utusan Online berkenaan dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononya Tun Mahathir boleh mengancam negara. [Rujuk artikel ini]. Adakah dengan hanya mengatakan bahawa tiada lagi wujud demokrasi berparlimen di Malaysia ini dikatakan mengancam negara. Kalau ini dikatakan 'bijak' betul KPN kita membuat kenyataan, selepas ini rakyat tak boleh kata apa-apa, hanya duduk diam-diam dan terus diam dan jalan terbaik ialah mengugurkan Najib Razak pada PRU14 dengan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, eh silap Kerajaan Barisan Najib. 

Terfikirkah juga penulis adakah orang yang 'bebal' seperti KPN ini layak atau tidak sebenarnya bergelar KPN. Tak perlulah penulis ulas lebih-lebih tentang KPN ini kerana di atas kertas kita sudah nampak bahawa KPN kita sekarang adalah Ketua Pelindung Najib dengan melihat kepada tindak tanduknya. Dalam pada kita mendesak Najib Razak meletak jawatan dalam masa yang sama kita perlu mendesak supaya KPN juga turut meletak jawatan kerana kebebalanya.

Penulis pasti rakyat tidak merasa apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu akan mengancam negara, malah ia tidak lebih bagi memberi kebaikkan kepada negara. Umum mengetahui bahawa Najib Razak adalah PM paling banyak menyusahkan rakyat terutamanya memperkenalkan GST yang sekaligus semememangnya membebankan rakyat. Ya memang PM tidak terkesan dengan perlaksanaan GST kerana dia tidak perlu mengeluarkan pendapatan dirinya untuk berbelanja, malah perbelanjaan melibatkanya ditanggung kerajaan dengan menggunakan duit rakyat, rakyat yang menderita kerana perlaksanaan GST oleh Kerajaan yang dipilih rakyat ataupun Kerajaan Barisan Najib. 

Kelmarin kita 'dijamu' dengan berita Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa duit 2.6B di dalam akaun peribadi Najib Razak adalah pemberian derma dari Arab Saudi. Kalau begitu ceritanya baguslah, tapi yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa sebelum ini menteri itu mengatakan bukan derma tetapi pelaburan?. Satu lagi persoalan ialah kenapa ianya disimpan di akaun peribadi? Adakah wang milik parti adalah milik peribadi? Persoalan lain tentang wang itu ialah adakah wang itu milik UMNO ataupun milik Najib Razak ataupun milik Kerajaan Malaysia. Ia perlu dinyatakan secara terang dan jelas. Derma itu untuk siapa sebenarnya, kalau untuk Najib Razak tak apalah ia disimpan di dalam akaun peribadi, tapi bagaimana kiranya sekiranya wang itu didermakan untuk parti mahupun untuk negara kita Malaysia? Adakah ia dibolehkan disimpan di dalam akaun peribadi? Jika boleh dan tidak mendatangkan kesalahan penulis meminta semua ketua-ketua jabatan kerajaan menyimpan duit jabatan masing-masing di dalam akaun peribadi masing-masing kerana ia tidak mendatangkan kesalahan.

Rasionalnya apakah wajar derma berjumlah 2.6B ini diberikan oleh Arab Saudi? Bukankan banyak lagi negara Islam yang lebih memerlukan berbanding Malaysia, jadi mengapa Malaysia jadi pilihan. Sebenarnya umat Islam dari seluruh dunia mempunyai hak terhadap pendapatan Arab Saudi terutamanya melibatkan Mekah kerana hasil pendapatan itu sepatutnya dikongsikan kepada negara-negara Islam di seluruh dunia, tetapi tidak pendapatan itu hanya disimpan oleh Arab Saudi dan tidak disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukanya. Cuba fikir adakah wajar Arab Saudi menderma 2.6B kepada Najib Razak. 

Baca Lagi!

Friday, April 15, 2016

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi
Oleh: yieMEGA

"JANGAN tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang" itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Papa Rock Malaysia iaitu Ramly Sarip. Lagu ini memberi mesej yang berguna bukan sahaja bagi mereka yang sedang bercinta malah ia juga turut berguna bagi seorang ahli politik. Sepertimana ada perempuan yang kita minati tetapi kita lambat bertindak akhirnya ianya telah dikebas orang.

Sebagai Ahli Politik kita cepat di dalam membuat tindakan. Jangan merasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kedudukan kita sekarang belum menjamin kita akan menduduki hierarki tertinggi di dalam parti dan kerajaan di masa hadapan. Penulis berharap ianya tidak terjadi pada manusia yang bernama Zahid Hamidi. 

Zahid Hamidi perlu mengerakkan jenteranya mulai sekarang menuntut Najib Razak berundur daripada jawatanya sekarang bagi membolehkan jawatan itu di ambil alih oleh beliau. Penulis percaya kalau Zahid Hamidi lambat bertindak mungkin jawatan PM bukan lagi milikya di masa depan, malah dia sendiri akan kehilangan jawatan TPM serta akan tersisih daripada kepimpinan UMNO kerana mungkin akan ada orang yang akan cuba 'memintas' kedudukan beliau. 

Zahid Hamidi tak boleh menjadi Pak Turut dan sekadar mengikut apa sahaja arahan Najib Razak, kerana pada ini Zahid Hamidi diangkat menjadi TPM adalah kerana Zahid Hamidi lebih mudah dipergunakan kerana beliau seorang TPM "Saya menurut Perintah", mungkin juga sekiranya Najib Razak mengarahkan Zahid Hamidi untuk membasuh beraknya penulis percaya Zahid Hamidi akan sanggup membasuh berak Najib Razak. Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM kerana Najib Razak percaya bahawa Zahid Hamidi ini boleh dicucuk hidung sepertimana lembu yang dicucuk hidungnya mengikut arahan tuanya. 

Zahid Hamidi tak boleh menunggu lama lagi kerana masa sudah begitu suntuk, beliau perlu merangka strategi berkesan bagi memastikan kerusi yang diduki PM Najib Razak sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain. Beliau perlu mendesak Najib sekarang, penulis percaya sekiranya Zahid Hamidi lambat bertindak pasti akan ada orang yang akan cuba menjatuhkanya sebelum sempat beliau menjadi PM.

Baca Lagi!

Tuesday, April 12, 2016

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah membuat kenyataan yang meminta Tun Dr. Mahathir supaya tidak melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat padanya. Mendengar kenyataan Zahid Hamidi itu membuatkan penulis rasa ingin ketawa dengan kenyataan itu. Mana tidaknya baru sahaja dilantik jadi TPM baru-baru ini sudah membuat beberapa kenyataan yang boleh dikatakan sebagai berlagak, apa nak jadi ni baru jadi TPM sudah berlagak entahlah apa akan jadi sekiranya Zahid Hamidi menjadi PM nanti. 

Penulis menasihatkan Zahid Hamidi agar duduk diam-diam, kerana walaupun sekarang beliau adalah TPM tapi belum tentu beliau akan jadi PM. Kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menerima nasib sepertimana Muhyiddin, ya mungkin buat masa ini Najib Razak masih percaya dengan manusia bernama Zahid Hamidi ini, selain daripada itu manusia bernama Zahid Hamidi ini mudah diperalatkan oleh manusia bernama Najib Razak. Zahid Hamidi perlu ingat dengan peribahasa "Habis Madu sepah dibuang" itulah apa yang berlaku kepada Muhyiddin sekarang mungkin juga akan berlaku pada manusia bernama Zahid Hamidi kalau dia tidak bertindak sekarang. 

Zahid Hamidi tidak perlu lagilah membela manusia bernama Najib Razak, sebaliknya beliau perlu berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengambil jawatan Najib Razak dengan seberapa segera. Buat apa dikekalkan 'sampah' dalam rumah kita lebih baik kita buang ke dalam tong sampah di luar rumah. Kalau kita terus simpan 'sampah' di dalam rumah lama kelamaan ia akan membuatkan rumah berbau busuk. Najib Razak sudah tak berguna buat UMNO kerana ia boleh diibaratkan sebagai sampah dan secara tidak langsung 'mencalit' imej buruk buat UMNO. Adakah orang seperti ini kita masih mahu kekalkan memimpin UMNO terpulang kepada ahli UMNO sendiri yang sudah diberikan akal dan fikiran untuk menentukan adakah baik membela Najib Razak ataupun buruk membela Najib Razak. 

Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu tidak sedikitpun menghilangkan rasa hormat rakyat pada Tun Mahathir, rakyat menganggap apa yang dibuat oleh Tun Mahathir itu adalah demi kebaikkan dan kesejahteraan rakyat. Malah mereka lebih meluat melihat kepimpinan Najib Razak yang semakin hari semakin teruk ini. Mana tidaknya Najib Razak Perdana Menteri Kerajaan Yang Dipilih rakyat sebenarnya menyusahkan rakyat, rakyat terus dibebani dengan GST, kenaikkan harga barang, kenaikan kos sara hidup, semakin hari rakyat terus terbeban dengan kerajaan yang dipilih rakyat ini. 

Baca Lagi!

Friday, October 2, 2015

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini Zahid Hamidi telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Tan Sri Muhyidin Yassin. Tahniah penulis ucapkan kepada beliau di atas perlantikanya itu. Penulis tidak ingin mempersoal tindakan DS Najib melakukan perlantikkan tersebut kerana penulis percaya sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk membuat perlantikkan tersebut.

Apa yang penulis ingin memberikan sedikit pandangan peribadi terhadap batang tubuh manusia bernama Zahid Hamidi ini. Apa yang penulis ingin tegur ialah cara beliau berpolitik semenjak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Penulis tiada niat lain cuma untuk kebaikkan masa depan politik beliau juga.

Terus terang penulis katakan cara Zahid Hamidi berpolitik selepas dilantik menjadi TPM ialah lebih kurang sama dengan budak-budak tadika hingusan yang baru dilantik menjadi Ketua Murid. Sebagai seorang TPM beliau sepatutnya lebih rasional dan bukanya emosional tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Penulis perhatikan sejak Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM ni dia kelihatan seperti kebudak-budakkan dan mengamalkan politik cabar mencabar yang sememangnya politik jenis ini sememangnya telah ketinggalan zaman dan lapuk dek hujan.



Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin