Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?


Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?
Oleh: yieMEGA

SELEPAS Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu dilaporkan oleh media-media massa tanah air telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung tindakan Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur mengengkari Titah Sultan Selangor.

Zulkefli Nordin merupakan ahli parlimen PKR untuk Parlimen Kulim Bandar Bharu. Beliau juga merupakan seorang blogger yang dikenali dengan nama The Riding MP. Penulis begitu hairan kenapa begitu banyak pihak di dalam Pakatan Rakyat terus menyerang Ahli Parlimen ini dengan menggunakan media-media tanah air. Adakah satu kesalahan dengan membuat laporan polis?

Kalau menjadi satu kesalahan sekiranya kita membuat laporan polis, jadi lepas ni pastikan pihak-pihak yang menyerang Zulkefli Noordin tidak akan membuat laporan polis terhadap apa jua perkara yang terjadi ke atas mereka termasuklah sekiranya rumah mereka dipecah masuk, ye lah bagi mereka kan menjadi satu kesalahan untuk membuat laporan polis, jadi mereka tak perlulah lapor kat polis.

Pada pandangan penulis, tindakan YB Zulkefli Noordin itu kena dengan tempatnya, sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang begitu lancang sekali mulut mereka berkata tanpa memikirkan adakah ia tidak menggangu norma-norma masyarakat.

Mengenai Khalid Samad pula, penulis berpendapat tindakan beliau adalah boleh dinyatakan sebagai tindakan Bilazim bagi seseorang Ahli Parlimen, tetapi apa yang penulis lihat kebanyakkan pemimpin Pakatan Pembangkang seolah-olah membela Khalid Samad dan meletakkan kesalahan terhadap YB Zulkefli Noordin.

Sebelum ini, MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang dikatakan sebuah blog yang Pro Kebenaran pun turut 'menyerang' Zulkefli Noordin, mungkin selepas ini sesiapa yang nak jadi ahli PKR jangan sesekali 'menegur' Anwar Ibrahim kerana beliau 'pantang ditegur' nanti dia melenting dan mengeluarkan perkataan "Cross The Line". Walaubagaimanapun, artikel yang menyerang Zulkefli Nordin di dalam blog berkenaan tiba-tiba hilang, mungkin juga MSO takutkan sesuatu.

Dalam pada itu, penulis ingin menuntut agar semua pihak tidak kiralah mana-mana pihak cukuplah menyerang Zulkefli Nordin kerana daripada menyerang Zulkefli Nordin adalah lebih baik kita menyerang Khalid Samad kerana tindakan beliau sememangnya melampaui batas.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, November 11, 2009

Kesetiaan Palsu...

Kesetiaan Palsu...
Oleh: yieMEGA

BERCAKAP mengenai kesetiaan semua orang pasti suka, namun dewasa ini kalau kita lihat seseorang itu setia terhadap seseorang atau sesuatu tidak semestinya orang itu benar-benar setia kadang-kadang ada penyebab lain yang menyebabkan seseorang itu setia.

Teringat penulis semasa di alam kanak-kanak, pada masa itu penulis masih kurang fasih dengan sifir dan sepak terajang politik. Pada masa itu penulis menyangka yang wakil rakyat yang bernaung di bawah lambang bulan ini benar-benar setia kerana jarang benar penulis mendengar Ahli Parlimen dari PAS yang lompat parti. Penulis ingat Ahli Parlimen PAS itu benar-benar setia kepada parti dan ada yang mati di dalam PAS.

Namun, beberapa hari yang lepas sangkaan penulis semasa di alam kanak-kanak meleset, apabila ada ahli Parlimen dari PAS yang mendedahkan calon-calon PAS yang bertanding dimestikan bersumpah Baiah dengan mempertaruhkan isteri masing-masing yakni sekiranya mereka tidak setia pada parti, maka secara automatisnya isteri-isteri mereka diceraikan dengan talak tiga. Ini bermakna kesetiaan yang penulis sangka sebelum ini hanyalah palsu, cuma ada ikatan tertentu yang menyebabkan mereka setia.

Jadi maknanya ada pemimpin palsu di dalam PAS, sedangkan akar-umbi PAS kebanyakkan begitu taksub dengan PAS tanpa perlu diikat dengan pernjanjian seumpama itu, malah ada yang sanggup berhabis demi melebarkan sayap perjuangan PAS, namun nampaknya pengorbanan akar umbi itu sia-sia sahaja, yang duduk senang lenang pemimpin-pemimpin sedang akar-umbi ada yang kais pagi makan petang, kais malam sedekah pada PAS.

Mungkin tanpa sumpah atau perjanjian tersebut acara lompat-melompat sudah rancak berjalan di kalangan wakil-wakil rakyat PAS. Penulis juga hairan adakah ahli-ahli PAS yang baru sahaja dikenakan perjanjian sedemikian ataupun semua dikenakan sedemikian.

Jika sebahagian sahaja yang dikenakan sedemikian, maknanya kesetiaan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor adalah kesetiaan asli yang tidak perlu dipajakkan Isterinya sepertimana yang berlaku pada hari ini. Ini menarik sekarang ini isteri boleh jadi barang Pajakkan nasib baik tak ada pajak gadai yang boleh gadaikan isteri.

Penulis tidak kisah kalau mereka benar-benar setia kerana kesetiaan sebenar diikuti dengan kejujuran yang ikhlas lagi tulus tak perlulah dipajakkan apa-apa kerana di dalam mencari kesetiaan asli kita perlu berupaya membezakan kesetiaan yang asli dan tiruan dan tanpa ikatan perjanjian tertentu juga kita dapat belajar siapakah yang benar-benar jujur, atau siapakah yang hanya buat-buat jujur.

Penulis akhiri artikel pada kali ini dengan mutiara kata yang berbunyi "Setia Mudah Diungkap, Sukar Dilaksana, Mudah diperdaya, Sukar dipercayai" fikir-fikirkanlah dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah tuhan seru sekalian alam.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin