Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

GULA sejenis bahan pemanis yang digunakan ramai. Baru-baru ini harga gula telah naik sebanyak rm 0.20 untuk satu kilogram. Ini bermakna harga baru untuk sekilo gula adalah RM1.65. Sekarang ini timbul persoalan adakah RM 1.65 itu harga untuk peruncit yang membekalkan pengguna ataupun harga pembekal yang membekalkan kepada peruncit.

Pagi tadi penulis pergi ke premis kedai runcit milik rakan penulis, kebetulan pada waktu itu pembekal gula baru aje tiba untuk menghantar bekalan gula kepada premis tersebut. Setelah semua gula telah diletakkan di tempatnya, penulis agak terkejut sedikit apabila harga gula yang dibeli oleh rakan penulis yang merupakan seorang peruncit itu RM1.65 bagi satu kilogram.

Tertanya-tanya juga penulis eh, bagaimana mahu untuk sekiranya beli pun dah RM1.65 satu kilo, tak kan nak jual RM1.65 juga kepada pelanggan. Mungkin ini adalah salah satu faktor kenapa ada setengah peruncit menjual dengan harga RM1.70 untuk satu kilo.

Apa yang kita selalu dengar kerajaan selalu mengambil tindakan ke atas peruncit, tetapi tidak pernah lagi kita dengar kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal kerana menjual dengan harga yang tinggi kepada peruncit.

Cadangan penulis kepada kerajaan ialah harga gula hendaklah dikawal mulai dari pembekal lagi, dan isytiharkan harga maksimum pembekal boleh jual kepada peruncit. Tiba masanya kerajaan cuba menggunakan langkah ini kerana kebanyakkanya kerana perbuatan pembekal lah peruncit terpaksa menjual gula dengan harga yang tinggi.

Pesan penulis kepada peminat-peminat gula "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman". Kepada pembekal diminta janganlah menjual gula kepad peruncit dengan harga yang tinggi kerana perbuatan itu akan mendorong peruncit menjual gula dengan harga yang tinggi kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, August 11, 2009

Gula Oh Gula, Tiba Masanya Kerajaan Jadi Pengeluar...

Gula Oh Gula, Tiba Masanya Kerajaan Jadi Pengeluar...
Oleh: yieMEGA

GULA OH GULA, penulis merasakan sudah tiba masanya kerajaan jadi pengeluar gula dan tidak membiarkan si tauke mengambil kesempatan daripa peluang yang diberikan kerajaan. Pada pendapat penulis jika kerajaan jadi pengeluar gula secara tidak langsung masalah kekurangan gula di pasaran dapat di atasi.

Cuba bayangkan dengan kerajaan sendiri yang menjadi pengeluar gula bermakna, harga boleh ditetapkan kerajaan, kapasiti pengeluaran pun boleh ditetapkan oleh kerajaan, tiada lagi tauke-tauke besar yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan untung yang bermaharajalela seperti sekarang tak ada lagi syarikat yang menyorokkan gula untuk spekulasi harga.

Dalam menjaga hal ehwal rakyat, kerajaan perlu memandang serius isu bekalan gula ini. Tambahan pula Ramadhan makin menjelang, penulis amat bimbang jika bekalan gula ini terus kritikal bermakna kuih-kuih muih yang dijual pada bulan Ramadhan akan melambung tinggi yang ini akan menyusahkan rakyat terutamanya yang beragama Islam.

Dalam visi Rakyat Diutamakan kerajaan perlu mengambil alih tugas pengeluaran gula daripada pengeluar sedia ada, demi memastikan rakyat tidak terbeban bukan sahaja dengan kekurangan bekalan gula malah kenaikkan harga.

Metod ini boleh digunakan kerajaan dalam menangani kekurangan gula di pasaran Malaysia kerana penulis merasakan kekurangan gula di pasaran adalah berpunca daripada pengeluar yang cuba membuat spekulasi harga terhadap bahan mentah yang menjadi 'bahan wajib' oleh rakyat Malaysia.

Mungkin menteri tidak akan merasakan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat kerana mereka mendapat kelebihan untuk semuanya dengan percuma di tambah pula dengan elaun itu dan elaun ini gaji pulak tak terjejas, tetapi bagaimana pula bebanan yang terpaksa ditanggung oleh peniaga kecil, nelayan, penoreh getah dan peraih ikan. Tidakkah ini akan menjadikan mereka punca untuk memberontak dan sekali lagi membuat tsunami politik di Malaysia.

Berdasarkan slogat Rakyat Didahulukan, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini demi meringankan beban yang di alami rakyat. Penulis percaya jika langkah seperti ini dilaksanakan tidak ada lagi tauke kilang gula yang akan 'buncit perut' dan berjoli di sana-sini atas bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Bercakap mengenai gula, hasil tinjauan penulis ke beberapa pasaraya dan kedai runcit sekitar Kota Bharu, sememangnya mendapati bekalan gula memang tidak mencukupi. Walaupun operasi membanteras 'sorok gula' dibuat oleh KPDN, namun penulis dapati hanya 'kuman-kuman kecil' sahaja dapat ditangkap, tetapi yang berjuta-juta tan metrik masih bermaharajalela jadi untuk mengajar 'parasit' ini kerajaan perlu mengambil alih tugas-tugas mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin