Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Anda Bohol. Show all posts
Showing posts with label Anda Bohol. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Pemilihan Kerjaya Perlulah Berlandaskan Fitrah Manusia !

Artikel penulis pada kali ini lebih bertumpu kepada Pemilihan Kerjaya dan kita lupakan sebentar mengenai politik tambahan pula di negara kita sekarang ini adalah musim peperiksaan, UPSR dan PMR selesai sudah, tinggal hanya SPM dan STPM. Pemilihan Kerjaya adalah penting bagi semua rakyat Malaysia dan jika tersalah memilih kerjaya boleh membuatkan hidup seseorang itu merana sepanjang hayat.

Salah Tanggapan Mengenai Pemilihan Kerjaya

Ramai orang terutamanya orang Melayu beranggapan bahawa Pemilihan Kerjaya hanya bermula selepas seseorang itu menduduki peperiksaan SPM, penulis ingin menegaskan di sini bahawa tanggapan mereka itu salah kerana pada waktu ini sudah agak terlambat untuk melakukan pemilihan kerjaya.

Pemilihan Kerjaya kalau di negara Barat ia bermula sejak dari sekolah rendah lagi, namun dalam konteks Malaysia ia bermula dari seseorang itu melangkah ke alam persekolahan menengah rendah ataupun tingkatan satu. Manakala, Di sekolah menengah mereka sepatutnya telah diberikan dengan pendedahan kerjaya-kerjaya yang ada di Malaysia.

Bukan itu sahaja, semasa Sekolah Rendah sepatutnya Guru-Guru Sekolah memberi pendedahan yang penting mengenai kerjaya seperti syarat-syarat untuk memasuki kerjaya yang diimpikan oleh seseorang murid, cara ini juga berkesan untuk menjadikan seseorang murid konsisten di dalam kerjaya impian mereka dan kerjaya impian mereka tidak berubah mengikut peredaran masa.

Setelah seseorang itu memasuki alam persekolahan Menengah atas, disinilah sepatutnya mereka mengambil subjek-subjek yang selari dengan kerjaya impian mereka kerana ianya adalah salah satu cara perancangan kerjaya yang berkesan, tambahan pula maklumat-maklumat penting mengenai kerjaya impian mereka sudah mereka ketahui semasa di Sekolah Rendah.

Peperiksaan SPM/STPM pula lebih kepada 'lesen' untuk menimba ilmu berdasarkan keupayaan dan kerjaya impian seseorang dan bukanlah satu tempat untuk membuat pemilihan kerjaya seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakkan rakyat negara ini.

Cara Yang Salah Dalam Pemilihan Kerjaya

Daripada kajian dan kaji selidik yang telah penulis buat, penulis mendapati banyak juga dikalangan ibu-bapa yang mengamalkan cara yang salah di dalam menentukan kerjaya anak-anak mereka. Ada diantara mereka yang lebih kepada menentukan haluan kerjaya anak-anak mereka tanpa memikirkan keupayaan, kebolehan dan minat yang ada pada anak mereka.

Ibu-bapa ini lebih bersikap diktator di dalam pemilihan kerjaya untuk anak mereka. Penulis ingin tegaskan di sini bukan sahaja cara pemiliha kerjaya ini adalah salah tetapi juga bakal mengundang risiko kepada anak-anak mereka contohnya dibuang universiti kerana gagal peperiksaan, tidak berminat untuk belajar dan bermacam-macam lagi permasaalahan akan timbul.

Penulis percaya sebagai seorang Islam, sudah tentu mereka tahu tentang fitrah manusia, setiap manusia yang diciptakan oleh Allah tuhan seru sekian alam sudah tentu, ada kelebihanya dan ada kekurangnya tetapi pasti ada fungsinya. Makhluk ciptaan tuhan di atas muka bumi ini semua fungsinya sendiri, ayam dengan fungsinya, itik dengan fungsinya, semut dengan fungsinya begitu juga dengan manusia. Jadi janganlah kita menidakkan fitrah manusia yang ada pada anak kita dengan mendesak mereka mengikut jalan kerjaya yang ditentukan oleh kita.

Cara Pemilihan Kerjaya Yang Betul

Ibu-bapa atau penjaga hendaklah mengamalkan sistem demokrasi di dalam pemilihan kerjaya bagi anak-anak mereka, cara diktaktor memang tidak sesuai digunakan di dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka kerana cara ini bakal mengundang masalah, ia juga boleh menyebabkan kesihatan mental anak mereka terganggu kerana tertekan dengan desakkan keluarga. Adalah lebih baik, kuasa memilih kerjaya diberikan kepada anak-anak mereka dan mereka bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara sahaja.

Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR bolehlah menghantar anak-anak mereka ke Ujian Pemilihan Kerjaya Sesuai atau Ujian SDS di mana-mana tempat yang menawarkanya. Bagi ibu-bapa yang berminat menduduki ujian SDS ini menerusi email @ pos boleh lah hantarkan permohonan kepada tokmek[at]myjaring.net (Gantikan [at] dgn @) dengan bayaran hanya RM88.00 satu kali ujian.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, August 31, 2008

Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak

Esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan di dalam Islam iaitu bulan yang dikenali dengan nama Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan ini umat Islam akan menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja ia bulan yang boleh mendidik umat Islam supaya berdisiplin dan menambahkan amal dan mengurangkan sebanyak mungkin kemungkaran.

Penulis bertekad mahu jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sudah berlalu. Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Sejuta Rahmat ini kepada para pembaca blog ini yang terus setia membaca blog ini.

Penulis berharap agar pembaca blog ini akan bertekad untuk menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan yang terbaik, kepada ahli-ahli politik tanah air kalau boleh kurangkan kontroversi tetapi tingkatkanlah prestasi. Kepada para pembaca adalah penulis harapkan jangan pula terlupa untuk menunaikan Solat Sunat Terawih di malamnya ketepikan seketika kesibukkan dunia, belilah saham-saham akhirat dan jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan membeli saham akhirat kerana hidup kita tidak menongkat langit daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita pergi.

Apabila bulan Ramadhan menjelma pasti di siang harinya ada tempat-tempat untuk membeli juadah berbuka yang dikenali dengan Bazar Ramadhan, kalau boleh cubalah elakkan pembaziran semasa membeli di Bazar Ramadhan, membeli itu tak salah tetapi janganlah terlampau menurut nafsu kerana kalau turut nafsu satu Bazar Ramadhan pun rasa boleh habis dimakan waktu berbuka tetapi apabila sampai waktu berbuka paling banyak pun satu perkara sahaja yang sempat dijamah.

Akhir kalam, semoga Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat penulis dan juga para pembaca blog ini yang setia dan tidak jemu-jemu membaca artikel yang ditulis oleh penulis.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, August 21, 2008

Demi Matahari

Demi Matahari
Dan Sinarnya di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakkan Dirinya
Demi malam Apabila Ia Menutupi

Demi langit berserta seluruh binaanya
Demi Bumi serta yang ada di hamparanya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaanya

Demi matahari
Dan Sinarnya di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila ia mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakkan dirinya
Demi Malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaanya
Demi Bumi serta yang ada di hamparanya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya

Allah - Subhanallah
Allah - Subhanallah
Allah - Subhanallah
Allah - Subhanallah
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 4, 2008

Benarkah Dakwaan ini?

Pesanan dari ustaz Badrul Amin menyatakan jangan minum air mineral jenama PLUS yang banyak dijual di perhentian R&R di lebuhraya kerana kilang air ini diambil airnya di Pulau Pinang dimana lokasi penggalian air tersebut lebih kurang 400m dari perkuburan Cina., jadi pada dasarnya pergerakan air di bawah tanah adalah pantas sudah pasti air tersebut telah dicemari dengan mayat-mayat. Keterangan lanjut sila hubungi; Roziyah Abdullah Jabatan Pembangunan Perniagaan Perkongsian Strategik . 27111984 -3207h/p 013-6390663
Email berantai yang diterima penulis


Tak larat lagi, itulah apa yang penulis boleh cakapkan apabila boleh dikatakan saban hari kotak emel penulis dipenuhi surat berantai dan sudah tidak larat lagi penulis untuk mengosongkanya hari-hari, bukan sahaja email berantai, email berunsur fitnah dan bermacam-macam lagi. Kini timbul pula email terbaru yang mengatakan air Mineral jenama PLUS yang airnya diambil 400m daripada perkuburan cina.

Macam-macam hal lah, kalau betul terima kasih kerana memberi peringatan dan kalau ia sekadar untuk menjatuhkan PLUS dan sepertimana ramai yang tahu PLUS adalah salah satu syarikat pengendali TOL dan kemungkinan ini adalah salah satu tujuan untuk menjatuhkan PLUS dan besar kemungkinan pengirim email tersebut akan menanti tindakan mahkamah yang akan diberikan oleh pihak PLUS kepada mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Namun, sekiranya perkara ini benar, sudah tentu ia amat menjijikkan, tambahan pula ia melibatkan bahan yang bakal menjadi minuman kita sehari-hari, cuba fikirkan sanggupkah kita meminum air yang menjadi air mandian mayat? Sudah tentu tidak bukan? Inikan pula mayat yang sudah bertahun-tahun mereput di dalam tanah?

Kalau ini benar-benar berlaku tergamaknya PLUS membuat perkara sebegitu sedangkan ramai yang sudah membenci PLUS sebelum ini kerana kadar tol yang agak tinggi dan melampau serta membebankan orang ramai. Sebagai pengguna, penulis merasa tertipu sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.

Untuk pengetahuan semua, sudah berkali-kali penulis sudah mencuba untuk menghubungi nombor telefon yang disertakan tersebut tetapi gagal dihubungi kerana barangkali tuan punya telefon tersebut tidak mengangkatnya, jadi penulis menyeru kepada pembaca untuk sama-sama kita mencuba untuk menelefon nombor yang diberikan tersebut dan sekiranya sesiapa yang berjaya sila komen untuk membongkar misteri yang belum disimpulkan ini. Bersama-samalah kita membongkar misteri ini.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin