Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Pilihan Raya Umum 13. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Umum 13. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Menanti Debaran Ibu Segala Pilihan Raya..

Menanti Debaran Ibu Segala Pilihan Raya..
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya bahawa umum dah mengetahui bahawa Parlimen Malaysia telah dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri termasuklah negeri-negeri yang dijajah oleh pembangkang.

Esok dikatakan tarikh penamaan calon dan juga hari membuang undi ibu segala Pilihan Raya akan diumumkan. Bagi mereka yang belum mengetahui adalah elok penulis menerangkan apa itu Ibu Segala Pilihan Raya. PRU13 dikatakan ibu segala pilihan raya kerana dijangkakan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah.

Sebelum ini, tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggakan penyokong penjajah pembangkang menyatakan bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan parlimen. Ramai juga yang percaya dengan dakwaan ini, bagi penulis sudah tentu PM ada alasan tersendiri dengan membiarkan tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggalah pembubabaran baru-baru ini. Lagipun sebelum ini kendengaran negeri-negeri yang dijajah pembangkang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Parlimen, mungkin ia adalah salah satu strategi Najib untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya yang berasingan yang mungkin akan menyebabkan bertambahnya kos pengendalian pilihan raya, di mana ianya dikhuatiri akan membazirkan wang rakyat.


Baca Lagi!

Monday, May 14, 2012

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?
Oleh: yieMEGA

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin hangat kebelakangan ini, bermacam-macam andaian telah dibuat mengenai tarikh Parlimen dibubarkan dan tarikh Pilihan Raya akan diadakan. Bermacam-macam versi ramalan tarikh pembubaran Parlimen dan juga tarikh Pilihan Raya digembar-gemburkan.

Penulis ingin turut sama membuat ramalan mengenai tarikh-tarikh tersebut. Sengaja penulis tidak mahu ketinggalan di dalam membuat ramalan mengenai tarikh penting tersebut. Namun, ramalan yang penulis buat ini adalah di dalam versi penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Ramalan penulis ada dua kemungkinan, kemungkinan yang pertama ialah kemungkinan Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012 ini adalah berdasarkan kepada sambutan 66 tahun UMNO, ini bermakna angka 6.6 memang sinonim dengan sambutan tersebut.

Kemungkinan kedua ialah PRU 13 akan di adakan pada 6.6.2012, ini kerana sekiranya Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012, ini berkemungkinan memaksa PRU13 dilakukan pada hari persekolahan dan dikhuatiri akan menganggu waktu persekolah pelajar-pelajar sekolah. Jadi, setakat ini tarikh yang terbaik untuk PRU 13 di adakan ialah pada 6.6.2012.

Jadi secara tepatnya penulis meramalkan tarikh PRU13 iala pada 6.6.2012 dan berkemungkinan parlimen dibubarkan 21 hari sebelum tarikh tersebut atau lebih lewat. Adakah ramalan penulis ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Baca Lagi!

Thursday, September 15, 2011

Pilihan Raya Yang Tak Sudah

Pilihan Raya Yang Tak Sudah
Oleh: yieMEGA

ANDA semua di luar sana tentu pernah mendengar lagu Mimpi Yang Tak Sudah yang dinyanyikan oleh Ibnor Rizar tak berapa dahulu? Ya tentu pernah kan... tapi hari ni bukan penulis ingin bercerita mengenai lagu mimpi yang tak sudah tu tapi hari ni sesuai dengan tajuk artikel penulis pada kali ini iaitu Pilihan Raya Yang Tak Sudah.

Apa yang penulis dapat lihat suasana dan iklim politik di Malaysia pada hari ini bermula pra PRU12 dan pasca PRU12 satu perkara yang kita tidak boleh nafikan lagi kerana ianya realiti yang berlaku di dalam dunia politik Malaysia pada hari ini. Perkara itu ialah cuba kita lihat kepada pemain-pemain politik tak kiralah sebelah pembakang mahupun sebelah kerajaan, mereka terlalu kuat berpolitik dan tak habis-habis berpolitik dan sampai sekarang ni pun mereka tak habis-habis berpolitik.

Kalau mereka semua asyik berpolitik bagaimana aspirasi dan harapan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka hendak dilaksanakan dengan jayanya. Penulis pun rasa hairan dengan perangai mereka semua ni, adakah mereka semua lebih pentingkan politik daripada rakyat jelata. Sepatutnya mereka yang dipilih oleh rakyat perlulah bekerja keras untuk rakyat dan bukanya asyik bermain dengan politik sahaja.

Adakah mereka semua sanggup menggadaikan harapan rakyat jelata yang digalaskan ke atas bahu mereka selaku pemimpin tak kiralah mereka pemimpin di belah pihak mana pembangkang ke kerajaan ke apa yang penting kedua-dua belah pihak memang kuat berpolitik daripada bekerja.

Penulis menyeru agar kedua-dua belah pihak kurangkan sedikit berpolitik dan tumpukan kepada tugas-tugas yang patut dilakukan oleh mereka kalau nak kembali berpolitik boleh apabila PRU13 semakin hampir masa tu bolehlah kedua-dua belah pihak untuk aktif berpolitik.

Bercakap mengenai PRU13 ni sebelum penulis terlupa, teringat penulis kepada kata-kata seorang Pak Cik di Kedai Kopi petang tadi antara "Polis, JPJ kuat menyaman orang sekarang ni, ni mungkin kerajaan tak ada duit nak guna di dalam pilihan raya".

Satu ungkapan mungkin ramai yang kurang senang apabila mendengarnya. Persoalanya di sini bagaimanakah Pak Cik tersebut mengaitkan Saman JPJ dan Polis dengan Pilihan Raya Umum. Adakah benar dakwaan pak cik ini atau sebaliknya? Jika benar, Mengapa ia perlu berlaku.....

Hari ini kita lihat, ungkapan tersebut sering digunakan oleh rakyat Jelata. Sepatutnya perlu berbuat sesuatu supaya andaian tersebut tidak diandaikan oleh rakyat jelata. Mungkin kerajaan ada jalan agar selepas ini andaian tersebut tidak akan diandaikan lagi oleh rakyat jelata.

Baca Lagi!

Sunday, August 14, 2011

Milik Siapakah PRU13?



MILIK siapakah Pilihan Raya Umum Ke 13 itulah yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sengaja penulis memilih hari ke 14 di bulan Ramadhan AL-Mubarak ini untuk mengeluarkan artikel berkenaan dengan PRU13 yang bakal mendatang.

Penulis percaya di luar sana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya, tak kurang juga di parlimen-parlimen kedai kopi sudah hangat membincangkan hal berkenaan PRU13. PRU13 akan terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain di kancah fikiran para penggiat dan peminat politik tanah air.

Sepertimana sedia maklum, sewaktu PRU12 yang telah berlalu berlaku satu fenomena yang dipanggil 'tsunami politik' yang menyaksikan beberapa negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Barisan Nasional tumbang dan jatuh pembangkang di negeri tersebut berjaya membentuk kerajaan dan juga di peringkat Barisan Nasional hanya berjaya memerintah dengan majoriti mudah.

Penulis percaya ramai yang diluar sana tertanya-tanya sama ada fenomena 'tsunami politik' adakah akan berulang semasa PRU13 nanti? Sememangnya jawapan yang paling tepat tunggulah detik PRU13 kelak pada waktu itulah kita akan mendapat jawapan yang benar-benar sahih.

Pengaruh Ekonomi Terhadap PRU13

Satu perkara yang tidak kurang pentingnya yang akan mempengaruhi 'mood' pengundi semasa PRU 13 kelak ialah ekonomi. Boleh dikatakan prestasi ekonomi akan dijadikan 'kayu pengukur' oleh pengundi untuk menentukan siapakah kerajaan pilihan mereka.

Apabila kita bercakap mengenai ekonomi sudah tentu kita jangan lupa bercakap mengenai 'bebanan' yang terpaksa ditanggung rakyat. Sepertimana yang kita tahu semakin hari semakin meningkatlah bebanan rakyat ditambah pula dengan iklim ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan yang ada sekarang gagal menangani isu ini, tidak mustahil tsunami politik PRU12 akan berulang pada PRU13 malah mungkin lebih teruk lagi daripada PRU12 sekiranya kerajaan gagal menangani permasaalahan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara.
Pengaruh Isu-Isu Dalam Negara Terhadap PRU 13

PENGARUH isu-isu dalam negara juga tidak boleh diketepikan oleh kerajaan, kadang-kadang isu yang dianggap remeh pun boleh jadi isu besar di mata pengundi. Jika kerajaan gagal menguruskan isu-isu remeh dengan baik pasti ia akan mempengaruhi keputusan PRU13.

Perlu diingatkan remeh di mata kerajaan tetapi ia tidak dipandang remeh oleh mata rakyat marhaen yang sentiasa memandang. Usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu remeh perlu dilakukan secara proaktif bagi memberi keyakinan kepada rakyat yang bakal membuang undi.

Siapa yang bakal mendominasi PRU13

SIAPA? yang bakal mendominasi PRU13 akan terjawab apabila tiba detik PRU13 nanti, namun buat masa ini pada permerhatian penulis kedua-dua belah pihak yakni kerajaan dan pembangkang ada peluang yang samarata.

Namun, kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada mereka perlu berusaha lagi agar sesuatu yang terjadi tidak dapat memberi ruang kepada pembangkang untuk memanipulasikanya.

JADI Milik Siapakah PRU13? nantikan jawapanya pada PRU13 kelak, sama-samalah kita menunggu dengan penuh kesabaran untuk mendapatkan jawapanya.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin