Menanti Debaran Ibu Segala Pilihan Raya..
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
PENULIS percaya bahawa umum dah mengetahui bahawa Parlimen Malaysia telah dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri termasuklah negeri-negeri yang dijajah oleh pembangkang.
Esok dikatakan tarikh penamaan calon dan juga hari membuang undi ibu segala Pilihan Raya akan diumumkan. Bagi mereka yang belum mengetahui adalah elok penulis menerangkan apa itu Ibu Segala Pilihan Raya. PRU13 dikatakan ibu segala pilihan raya kerana dijangkakan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah.
Sebelum ini, tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggakan penyokong penjajah pembangkang menyatakan bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan parlimen. Ramai juga yang percaya dengan dakwaan ini, bagi penulis sudah tentu PM ada alasan tersendiri dengan membiarkan tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggalah pembubabaran baru-baru ini. Lagipun sebelum ini kendengaran negeri-negeri yang dijajah pembangkang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Parlimen, mungkin ia adalah salah satu strategi Najib untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya yang berasingan yang mungkin akan menyebabkan bertambahnya kos pengendalian pilihan raya, di mana ianya dikhuatiri akan membazirkan wang rakyat.
Penulis percaya ramai yang tertunggu-tunggu dengan pengumuman rasmi yang bakal dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi. Beberapa hari yang lalu, Barisan Nasional telah mengumumkan aku janjinya sekiranya parti itu terus diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi parti pemerintah bagi negara bernama Malaysia.
Debaran demi debaran semakin jelas kita rasai, ada yang tak sabar-sabar melihat adakah akan berlaku pertambahan bilangan negeri-negeri yang akan dijajah pembangkang atau sebaliknya, tak kurang juga yang ingin melihat adakah misi penjajah pembangkang untuk menjajah Putrajaya menjadi kenyataan atau tidak, namun semua jawapan bagi persoalan itu hanyalah dapat diperolehi sebaik sahaja penjumlahan undi dibuat pada hari pembuangan undi.
Realitinya, PRU13 sememangnya menjadi satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah dan mungkin juga satu pilihan raya yang paling panas dalam sejarah. Tambahan pula, kali ini penjajah pembangkang begitu yakin dengan impianya untuk menawan Putrajaya sehinggakan berlaku pertelagahan sesama mereka untuk berebut kerusi-kerusi yang bakal ditandingi di dalam ibu segala pilihan raya nanti.
Satu lagi persoalan yang belum terjawab mengenai kedudukan Kerajaan PAS Kelantan adakah ia akan ditukar sekiranya kempen tukar dapat diterima rakyat Kelantan ataupun ia akan terus dikekalkan sekiranya kempen kekal menjadi pilihan rakyat Kelantan. Dapatkah kempen Royalti menyelamatkan Kerajaan PAS Kelantan kali ini? Ataupun ia bakal menerima nasib sepertimana PAS Terengganu apabila kempen royalti mereka tidak mampu mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada mereka. Semua jawapan kepada persoalan ini ada di dalam ibu segala pilihan raya ini.
No comments:
Post a Comment