Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label kenyataan presiden pas. Show all posts
Showing posts with label kenyataan presiden pas. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

Kalau Dengan DAP Boleh Kenapa Tidak Dengan UMNO - Nasharuddin Mat Isa


Sebut sahaja Nasharuddin Mat Isa sudah tentu pasti ramai yang mengenalinya sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS apatah lagi beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat daripada daerah Bachok Kelantan walaupun beliau bukanlah orang Kelantan. Bagi penulis tidak kisah dia asal daripada mana pun asalkan mereka sanggup menjadi kuli kepada rakyat, bukan rakyat menjadi kuli untuk mereka.

Semasa Muktamar Pemuda PAS yang ke 49 yang berlangsung di Ipoh, Perak semalam beliau mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kita boleh bekerjasama dengan DAP yang sejak dulu sampai sekarang tidak dapat menerima Islam, tidak pula ada yang menentang di samping itu beliau menyifatkan bahawa tindakan ahli-ahli yang membantah keputusan Muqabalah UMNO-PAS yang telah mendapat restu Majlis Syura PAS sebagai melanggar disiplin parti.

Mengikut rekod Nasharuddin selaku Timbalan Presiden PAS yang senada dengan TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam cadangan Muqabalah UMNO-PAS dan beliau antara orang yang paling kuat bekerja agar Muqabalah UMNO-PAS menjadi kenyataan demi memelihara kesatuan umat Islam dan umat Melayu di Malaysia.

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Pada pandangan penulis, kenyatan Timbalan Presiden PAS tersebut boleh dikatakan ada kebenaranya. Fahamilah dengan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam. DAP yang sejak dari dulu sampai sekarang terang-terang memusuhi Islam atau tidak keterlaluan kalau penulis memanggilnya 'kafir harbi' tetapi boleh bekerjasama dengan PAS tanpa apa-apa bantahan daripada ahli PAS.

Tiba pula masa Muqabalah UMNO-PAS, ramai pula dikatakan membantah terutamanya 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS. Sedangkan ahli UMNO itu majoritinya Melayu dan Melayu menurut Perlembagaan Malaysia bermaksud seseorang yang beragama Islam, mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Tidakkah perkara ini pelik bukan? Pada pandangan penulis tindakan Muqabalah UMNO-PAS yang cuba diambil oleh PAS sebagai satu langkah memperbetulkan kesilapan mereka sebelum ini yang memandang jijik dan hina kepada UMNO. Jadi kenalah pada masanya PAS berbuat demikian.

'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim pasti tidak mahukan ini semua kerana ia akan menguggat orang yang dipujanya nanti upacara pemujaan menjadi susah banyak halangan yang timbul nanti. Bagi mereka yang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim mungkin kerana ketinggalan artikel penulis yang lepas. "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim merujuk kepada askar-askar halimunan yang dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membolehkanya menguasai PAS dan mungkin juga cuba untuk mengubah perjuangan PAS secara senyap sepertimana kata pepatah 'musuh dalam selimut, gunting di dalam lipatan, Musuh anda adalah kawan anda' dan bermacam-macam lagi. Semoga pembaca faham dengan penerangan ringkas penulis ini berkenaan 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS.

Baca Lagi!

Sunday, July 13, 2008

Siapa akan menang Esok?

Diberitakan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri esok iaitu Isnin 14 Julai 2008, Menurut laporan akhbar hari ini kawalan polis di kawasan Parlimen sudah mula diperketatkan dan diperhebatkan untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.

Persoalanya adakah undi tidak percaya tersebut akan memihak kepada Pakatan Rakyat ataupun lebih memihak kepada Barisan Nasional. Kalau kita mengikut perkembangan terkini Pakatan Rakyat kita akan dapati ada sedikit pergeseran di antara parti-parti yang menggangotai Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS, penulis melihat kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan-akan 'berperang dingin' dengan anggota-anggota Pakatan Rakyat yang lain iaitu DAP dan PKR.

Sukacita penulis ingin memetik sebahagian daripada kenyataan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang tersebut "Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya"

Disamping itu TG Abdul Hadi Awang juga turut memberi komen berhubung dakwaan Penglibatan Najib Tun Razak dengan Pembunuhan Altantuya Sharibu sepertimana kenyataanya yang berbunyi "Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting."

Berdasarkan kenyataan Presiden PAS tersebut, mungkin kita boleh buat ramalan bahawa mungkin Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri lebih berpihak kepada UMNO atau Barisan Nasional dimana Ahli Parlimen PAS mungkin akan memberi 'undi protes' yang akan memihak kepada Barisan Nasional dan sekaligus Kerajaan Barisan Nasional dapat dikekalkan.

Namun, masih terlalu awal untuk kita membuat andaian kerana dalam tempoh 24 jam ini macam-macam boleh terjadi, Jikalau Allah tuhan seru sekian alam mahukan Kerajaan Barisan Nasional tumbang ia akan tetap tumbang, tetapi jika Allah tuhan seru sekian alam ingin memberi peluang kedua kepada 'Barisan Nasional' ia juga mungkin akan terjadi kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Andai kata usul undi tidak percaya ini memberi keuntungan kepada Barisan Nasional ia tentu akan mengingatkan semua dengan pepatah Melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat-dapat, yang dikendong keciciran' dan mungkin pepatah melayu ini akan digunakan untuk menyindir Pakatan Rakyat sekiranya "Usul undi tidak percaya tersebut gagal mencapai matlamatnya' dan Pakatan Rakyat terpaksa menanggung malu sehingga 100 tahun.

Namun, Barisan Nasional juga tidak boleh menganggap kedudukan mereka selamat kerana di dalam politik tiada yang mustahil untuk terjadi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tersilap langkah ia akan membawa padah dan mungkin pepatah Vietnam ini juga boleh digunakan sebagai rujukan "Semasa Air Pasang Ikan makan Semut, Semasa Air Surut Semut makan ikan' jadi semua pihak perlu menunjukkan kehebatan masing-masing agar matlamat masing-masing akan tercapai.

Mari kita menanti keputusanya pada hari esok dan kita nantikan siapakah yang lebih hebat dan siapakah yang hanya 'lebih sudu daripada kuah'. Sama-samalah kita menanti saat keputusanya.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin