Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label P036. Show all posts
Showing posts with label P036. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009

Pejam celik-pejam celik kini kita sudah berada pada tahun 2009. 2008 sudah berlalu, pelbagai peristiwa yang kita dapat sorotkan pada tahun 2008. Peristiwa suka dan duka, peristiwa politik dan bermacam-macam lagi peristiwa. Pada tahun 2008 juga kita dapat menyaksikan beberapa negeri yang dibawah pemerintahan Barisan Nasional jatuh ke tangan pembangkang. Negeri tersebut ialah Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang selain itu Barisan Nasional juga menghadapi kekurangan majoriti 2/3 di dalam Parlimen, keadaan ini menjadikan sidang Parlimen sentiasa gamat dan hangat.

Tahun 2008 juga menyaksikan kembalinya semuala DS Anwar Ibrahim ke dalam Parlimen apabila Isterinya Datin Seri Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh tersebut. Satu pilihan raya kecil telah diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh tersebut. Keputusan pilihan raya kecil tersebut ternyata memihak kepada suami Datin Seri Wan Azizah iaitu DS Anwar Ibrahim menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru.

MISI 16 SEPTEMBER

Ekoran kemenangan DS Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Misi 16 September telah dilaungkan dan digembar-gemburkan ke seluruh negara oleh DS Anwar Ibrahim, ramailah yang ternanti adakah misi itu menjadi kenyataan atau sebaliknya. Misi 16 September ini merujuk kepada percubaan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan mengharapkan ada wakil-wakil Barisan Nasional melompat ke arah Pembangkang dan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.

Namun, setelah 2008 melabuhkan tirainya misi tersebut kini masih tidak mencapai sasaranya, tidak keterlaluan kalau penulis katakan Misi 16 September akhirnya menjadi sekadar 'angan-angan mat jenin' ataupun bermimpi di siang hari, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat diperbodohkan bulat-bulat oleh DS Anwar Ibrahim.

PEMILIHAN UMNO 2008

DS Najib Tun Razak diistiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO yang baru menggantikan DS Abdullah Ahmad Badawi. Nampaknya pendekatan 'Playsafe' DS Najib diterima oleh ahli-ahli UMNO seluruh negara, walaupun kalau kita lihat pendekatan 'Playsafe' lebih kepada orang yang penakut tetapi nampaknya ahli suka Presidenya orang yang penakut nak buat macamana lagi kan.

Istilah peralihan kuasa juga popular semasa tahun 2008, selain perselisihan faham UMNO dan parti-parti komponen lain di dalam Barisan Nasional. Pemilihan UMNO kali ini sekali lagi menampilkan TS YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang tewas hanya 43 undi semasa melawan Tun Dr. Mahathir Mohammad dahulu. Namun, sistem kouta telah menyekat kemaraan Tengku Razaleigh untuk bersaing merebut jawatan no 1 di dalam UMNO tersebut.

KRISIS KEWANGAN GLOBAL

Tahun 2008 juga menyaksikan berlakuknya krisis kewangan global, Konglomerat insurans terbesar dunia yang juga penaja Manchester United iaitu American Insurance Group (AIG) mengalamai kejatuhan yang teruk sekaligus memberi kesan kepada kedudukan ekonomi global, Malaysia juga tidak terlepas dari terkena tempias kelemahan ekonomi di Amerika Syarikat ini.

Banyak juga saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kejatuhan mendadak pada masa itu menyebabkan para pelabur mengambil langkah berhati-hati di dalam merangka strategi untuk melabur di dalam saham-saham di Bursa Malaysia.

KENAIKKAN DAN PENURUNAN HARGA MINYAK

Petroleum mengalami kenaikkan mendadak pada tahun 2008, dan harga minyak tempatan juga mencanak naik kepada RM2.70 Seliter, kenaikkan mendadak tersebut benar-benar membuatkan rakyat Malaysia merasa tertekan denganya, bermacam-macam desakkan kendengaran supaya harga minya diturunkan, selepas Harga Minyak dikaji semula ekoran penurunan harga minyak global, harga minyak tempatan mengalami sedikit penurunan dan penurunan terakhir adalah pada Disember yang lalu.

Kenaikkan harga minyak menyebabkan harga barangan lain turut naik, namun setelah harga minyak turun harga barang masih kekal malah ada yang terus mencanak naik sekaligus ia lansung bertentangan dengan teori ekonomi, walaupun rakyat gembira dengan harga minyak yang rendah tetapi rakyat masih merana dengan harga barangan yang masih mahal.

KEMELUT PERLANTIKAN MB TERENGGANU DAN PERLIS

Pertama kali di dalam sejarah berlaku kemelut perlantikan Menteri Besar di negeri Terengganu yang melibatkan Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said manakala di Perlis pula berlaku kemelut perlantikan Menteri Besar antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Datuk MD Isa Sabu. Di Terengganu isu ini dieksploitasikan oleh pihak pembangkang dengan menubuhkan satu kumpulan yang menyokong keputusan Sultan, sekaligus ianya memberi keuntungan kepada mereka. Namun akhirnya kedua-dua kemelut itu berakhir tanpa pertumpahan darah.


KEMATIAN AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Tahun 2008 juga kita dikejutkan dengan berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Razali Ibrahim, ia membawa kepada pengosongan kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu, satu pilihan raya kecil bakal diadakan pada tahun 2009 untuk mencari pengganti wakil P036 tersebut. BN Meletakkan Senator Datuk Wan Farid sebagai calonnya di Parlimen P036 Kuala Terengganu tersebut yang sebelum ini kerusi tersebut dimiliki Barisan Nasional.

KEMANGKATAN YDP NEGERI SEMBILAN

Tahun 2008 juga menyaksikan satu permata negara telah hilang dan kembali ke rahmatullah iaitu YDP Negeri Sembilan yang juga Mantan YDP Agung DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan sekaligus YDP Negeri Sembilan baru dilantik sebelum Almarhum Tuanku Jaafar disemadikan. Tungku Mukhriz dipilih menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Itulah antara apa yang dapat penulis sorotkan sepanjang apa yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu.





Baca Lagi!

Tuesday, December 16, 2008

P036 Kuala Terengganu Milik Siapa?

Penulis jangkakan sudah ramai dari rakyat Malaysia yang mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada awal Januari 2009 akan datang, kalau ada yang masih tidak mengetahui mungkin mereka tidak mengikut perkembangan masa ataupun tidak cukup masa untuk menonton berita-berita di saluran-saluran TV mungkin juga kerana mereka terlalu alpa dan leka menonton rancangan-rancangan hiburan yang bersepah disiarkan oleh stesen-stesen tv untuk melalaikan rakyat Malaysia, tetapi bukan ini perkara yang penulis ingin bincang pada hari ini, apa yang penulis maksudkan ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu yang bakal dilangsungkan pada Awal Januari 2009 kelak.

Penulis percaya ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang sedang bermain teka-teki tentang siapa yang bakal menerajui P036 Kuala Terengganu tersebut selepas wakilnya sebelum ini kembali ke Rahmatullah dan diklasifikasikan sebagai 'kematian mengejut' . Pastinya rakyat Malaysia amnya dan Rakyat Terengganu khasnya ternanti-nanti P036 Kuala Terengganu ini akan menjadi milik siapa.

Barisan Nasional masih lagi menguasai Terengganu walaupun 'dikejutkan' dengan kehilangan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum 12 pada Mac yang lalu. Ramai yang berpendapat kejayaan Barisan Nasional terus memerintah Terengganu ialah disebabkan oleh kebijaksanaan Menteri Besar yang lalu yang juga Pengerusi BN Negeri yang lalu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Ketokohan beliau menyebabkan rakyat Terengganu masih yakin untuk memilih Barisan Nasional memerintah Terengganu.

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini agak menarik memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said, pada masa ini kehebatan Datuk Ahmad Said bakal diuji pada PRK kali ini. Kalah dan Menang menjadi penentu adakah Datuk Ahmad Said diterima atau tidak oleh rakyat Terengganu sebagai MB Terengganu yang baru.

Setakat ini tiada lagi Pembaharuan atau sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said, apa yang jelas kelihatan ialah daerah Kemaman sudah makin menonjol seolah-olah zaman pemerintahan Wan Mokhtar bakal berulang yang mana pada masa itu Kemaman lebih berbanding ibu negeri terengganu iaitu Kuala Terengganu, Adakah rakyat Terengganu khasnya di kawasan Kuala Terengganu mahu zaman Wan Mokhtar berulang? Terserah kepada mereka kita tunggu dan lihat sahaja.

Cabaran Penulis Terhadap Datuk Ahmad Said

Penulis pada hari ini ingin mencabar Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan juga Pengerusi BN Negeri sekarang, sekiranya Barisan Nasional gagal mempertahankan P036 Kuala Terengganu, beliau hendaklah bertanggungjawab dan meletak semua jawatan yang disandangnya termasuklah Menteri Besar kerana beliau sememangnya perlu bertanggungjawab.

Cabaran ini dibuat oleh penulis adalah kerana untuk memastikan agar Datuk Ahmad Said dapat menguruskan Terengganu dengan lebih hebat berbanding Menteri Besar Terengganu yang sebelumnya, pada pengamatan penulis zaman beliau jauh lebih teruk berbanding zaman Menteri Besar sebelumnya, peningkatan kadar kemiskinan rakyat Terengganu juga agak membimbangkan di samping pertelingkahan Kerajaan Negeri dengan sebuah pasaraya terkemuka juga boleh memberi kesan negatif kepada negeri Terengganu dan juga Rakyat Terengganu khasnya.

Peluang 50-50

Penulis menjangkakan peluang untuk Barisan Nasional ataupun PAS untuk memenangi PRK kali ini ialah 50-50, ini adalah berdasarkan kepada di pihak Barisan Nasional ada mempunyai masalah dalaman, malah di pihak PAS juga mengalami masalah dalaman seperti mana yang kita tahu dua puak terbesar di dalam PAS memang tidak sehaluan iaitu Geng Ulama' dan Geng Professional.

Jadi dengan ini penulis menjangkakan kedua-dua belah pihak mempunyai peluang tipis untuk memenangi PRK kali ini, dan siapa yang berjaya menguasainya pun dengan majoriti yang agak tipis selagi kedua-dua belah pihak tidak menyelesaikan krisis dalaman mereka. Jadi nantikan PRK P036 Kuala Terengganu dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 12, 2008

Menjelang PRK P036 Kuala Terengganu dan Debaran Ahmad Said!

Beberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan oleh berita kematian mengejut seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Ekoran beliau yang kembali ke Rahmatullah ia akan bermakna akan ada satu pilihan raya kecil yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Parlimen P036 Kuala Terengganu akan menjadi bualan ramai dan topik dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

6 Januari 2008 merupakan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. 17 Januari 2008 pula merupakan hari membuang undi, pada tarikh ini kita dapat lihat adakah Barisan Nasional masih mampu mengekalkan kawasan parlimen ini ataupun ia bakal menyaksikan servis bertukar tangan dan memihak kepada PAS.

Adakah Peristiwa Penahanan BAS semasa PRU11 yang berlaku di Marang Terengganu bakal berlaku lagi?

Ada kemungkinan ia akan berlaku lagi sekiranya penyokong-penyokong PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Kecil tersebut memandangkan penyokong-penyokong PAS Terengganu memang terkenal dengan tradisinya yang kalau kita istilahkan dalam loghat Kelantan 'Oghe Pongoh" tidak seperti Penyokong PAS Kelantan yang kelihatan sedikit liberal berbanding PAS Terengganu.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar semasa Pilihan Raya Kecil tersebut, tidak akan berlaku sebarang kekakcauan yang boleh menggangu-gugat keselamatan negara dan perjalanan pilihanraya tersebut.

Debaran Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu)

Datuk Ahmad Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu yang baru dan juga Pengerusi BN Negeri dikatakan berada di dalam keadaan tidak senang duduk kerana bimbang dengan keputusan Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini, sekiranya PRK ini lebih memihak kepada PAS, besar kemungkinan usaha-usaha untuk menyingkirkan Datuk Ahmad Said daripada kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi lebih mudah tambahan pula setakat ini tiada satupun Pembaharuan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said yang boleh memaju Terengganu ke arah sebuah negeri yang maju. "Ungkapan "Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun" kini tinggal ungkapan sahaja seperti mana kata pepatah "Indah Khabar dari Rupa".

Untuk mempertahankan kerusi empuk Menteri Besar yang didukinya sekarang, beliau perlu memastikan Barisan Nasional terus mewakili P036 Kuala Terengganu, dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, amat sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut tambahan pula, parlimen tersebut terdiri daripada ramai penyokong UMNO yang pro mantan Menteri Besar dahulu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, tambahan pula kebanyyakan orang di kawasan Parlimen tersebut sekarang melihat, Datuk Ahmad Said lebih mengutamakan Kemaman berbanding daerah-daerah lain termasuklah Kuala Terengganu, besar kemungkinan sejarah yang berlaku pada zaman Wan Mokhtar bakal berlaku lagi sekiranya dibiarkan Ahmad Said terus menerajui Terengganu.

Itulah antara-antara maklumat yang dapat penulis terima daripada pemberi-pemberi maklumat penulis daripada kedua-dua belah pihak, akhir kata nantikanya dengan penuh sabar, semoga kita mendapat yang terbaik.



Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin