Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label debat ku li vs pak lah. Show all posts
Showing posts with label debat ku li vs pak lah. Show all posts

Saturday, September 13, 2008

Zaid Ibrahim Tidak Layak Jadi Ketua Bahagian UMNO KB

Zaid desak Muhyiddin dipecat

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

''Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,'' katanya.

Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.

''Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,'' katanya.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.

Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.

''Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,'' katanya.{http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm}

KOMEN SGMM

Terlebih dahulu penulis ingin soalkan apakah hak Zaid Ibrahim yang meminta Tan Sri Muhyidin Yasin dipecat. Adakah beliau sedar sebagai seorang Menteri yang dilantik melalui 'pintu belakang' meminta 'seorang menteri kabinet yang sememangnya layak' untuk dipecat.

Tidak sedarkah beliau bahawa tindakan beliau bakal membuat ahli akar umbi UMNO Kota Bharu 'tersentak' dan boleh tawar hati denganya sebagai calon Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Sebelum ini, ahli akar umbi UMNO Kota Bharu begitu simpati dengan Zaid Ibrahim ini kerana dikenakan tindakan oleh Presiden AAB, tetapi hari ini dia tampil dengan pembela Presiden AAB pula.

Dalam beberapa artikel penulis sebelum ini penulis telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa sebagai ahli politik sepatutnya beliau (Zaid Ibrahim) berfikir sebelum bercakap bukanya bercakap sebelum berfikir. Ingat kata-kata orang politik kadang-kadang membawa kepada kejayaan dan kadang-kadang ia membawa kepada kegagalan.

Bercakap mengenai UMNO Kota Bharu, penulis sempat bertanyakan beberapa orang ahli UMNO mengenai kenyataan yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim ini. Boleh dikatakan 99% yang penulis temui melahirkan rasa kesal di atas perbuatan Zaid Ibrahim ini.

Mereka juga menuntut agar Zaid Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan yang boleh dimaksudkan dengan berunsur 'ugutan' ini. Mereka juga berharap di masa-masa akan datang Zaid perlu rasional di dalam membuat kenyataan.

Baca Lagi!

Saturday, August 30, 2008

LAPORAN KHAS: Forum Fasal 153 MTRK

Sebelum ini blog Suara Generasi Muda Malaysia menyiarkan jemputan orang ramai untuk menghadiri satu forum yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), yang mana forum itu bertemakan Memperkasakan Perlembagaan Negara yang membincangkan isu Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia. Forum tersebut telah diadakan dengan jayanya pada pagi tadi iaitu 9.45 pagi 30 Ogos 2008 (Sabtu) di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ilmu tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan penaung MTRK sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun Februari 2001 apabila berlaku krisis Kerajaan Negeri Kelantan dengan Pihak Istana Kelantan. Presiden MTRK merupakan Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen BEBAS Pasir Mas.

Manakala ahli-ahli panel yang dijemput membincangkan hal berkaitan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia ialah Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang merupakan mantan Pengerusi Sistem Pernebangan Malaysia Berhad (MAS) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia. Saudara Zainur Zakaria seorang peguamcara dan peguambela yang terkemuka memiliki pengalaman perundangan selama 33 tahun yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia turut membarisi senarai ahli panel forum tersebut. Prof. Dr. Abd Aziz Bari Pensyarah Undang-Undang UIAM dan merupakan Penganalisis politik tanah air yang disegani dan Pakar Perlembagaan Negara turut menjadi ahli panel forum tersebut. Forum tersebut dipengerusikan oleh Penganalisis Politik yang terkenal iaitu Prof. Dr. Mohd Agus Yusof yang juga merupakan Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden MTRK iaitu Datuk Paduka Ibrahim Ali. Di dalam ucapan DP Ibrahim Ali menyatakan kebimbanganya berhubung Fasal 152 daan 153 Perlembagaan Malaysia yang pada kacamatanya semakin rapuh dan sudah ada bunga-bunga untuk menuntut Fasal ini dihapuskan. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah untuk membantu kaum-kaum lain tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mahu hak Melayu sebagai bangsa pribumi Malaysia diperlekehkan atau diketepikan sama sekali. Beliau juga melahirkan rasa kesal berhubung tindakan seorang Melayu yang tergilakan menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri sambil berseleloroh beliau berkata "Saya ni pun bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri dengan mengkhianati bangsa sendiri, dan kalau anda semua kaji dalam-dalam, tiada orang lain yang betul-betul layak menjadi Perdana Menteri kalau tak Ibrahim Ali" sambil ketawa dan disambut dengan hilaian ketawa para hadirin.

Majlis itu pula diteruskan oleh Ucap Utama yang disampaikan oleh Penaung MTRK iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Calon Presiden UMNO. YBM Tengku Razaleigh atau lebih dengan nama Ku Li di dalam ucaputamanya menggunakan pendekatan menceritakan mengenai sejarah bangsa Melayu yang merupakan bangsa pribumi Tanah Melayu yang bermula sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Jadi secara jelasnya Melayu merupakan bangsa pribumi di Malaysia. Beliau juga menegaskan tindakan bangsa Melayu mempertahankan Hak Istimewa Melayu bukan bersifat perkauman kerana Melayu selalunya bersifat terbuka atau dengan kata lain Melayu ada sifat Keterbukaan berbanding bangsa-bangsa lain di seluruh dunia, sambil memberi contoh tiada penghapusan etnik yang dilakukan orang Melayu, dan juga membandingkan Melayu dengan bangsa-bangsa lain seperti bangsa Kulit Putih yang membenci Kulit Hitam di Amerika, bangsa yang membenci etnik lain sepertimana yang berlaku Penghapusan Etnik di Bosnia.

Beliau juga turut menegaskan bahawa mempertahankan hak istimewa Melayu bukanlah boleh disifatkan sebagai Racism kerana Racism lebih kepada bangsa yang mengatakan mereka hebat, dan bangsa pilihan tuhan seperti Yahudi. Semua orang tahu bahawa di Malaysia bangsa-bangsa lain lebih hebat daripada bangsa Melayu sebagai contoh Cina yang menguasai Ekonomi negara, kalau ada Melayu pun yang menguasai ekonomi yang menguasai ekonomi di tangga yang kedua dalam hierarki Ekonomi yang juaranya adalah bangsa Cina. Jadi sudah terbukti bahawa Melayu tidak mengaku mereka lebih hebat daripada bangsa lain.

Beliau juga turut berkongsi sejarah sesuai dengan statusnya yang bergelar Negarawan yang turut berjuang pada zaman Pra Merdeka. Mengenai Kerakyatan yang diperolehi oleh bangsa-bangsa lain selain daripada Melayu. Beliau menjelaskan bahawa kerakyatan bangsa-bangsa lain hanyalah diperoleh semasa zaman pra merdeka dan bukanya zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerana pada masa Kesultanan Melayu Melaka, kaum-kaum lain adalah pendatang.

Beliau juga menjelaskan punca kenapa Hak Istimewa Melayu menjadi punca salah faham terhadap bangsa-bangsa lain terhadap bangsa Melayu. Beliau menyifatkan pemimpin-pemimpin yang sedia ada pada masa ini gagal menjelaskan atau menguraikan kesalah fahaman bangsa lain terhadap Hak Istimewa Melayu kerana masing-masing ada kepentingan politik Khasnya di Pihak UMNO sendiri yang mana penulis lebih suka merujuk terus kepada DS Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menegaskan punca hilangnya kepercayaan Melayu terhadap Melayu sendiri adalah berpunca daripada Pemimpin Melayu itu sendiri. Dengan memberi contoh di dalam UMNO terdapat satu satu anai-anai yang kemudian beranak pinak, anai-anai itu ialah rasuah yang sudah merebak ke akar umbi dan anai-anai itu bakal merobohkan rumah bernama UMNO. Beliau juga menyarankan UMNO perlu dibersihkan oleh anai-anai tersebut untuk mengembalikan kepercayaan rakyat khasnya bangsa Melayu terhadapnya.

Selepas Ucap Utama yang disampaikan oleh YBM Ku Li, majlis berhenti rehat seketika untuk memberikan hadirin-hadirat peluang kepada hadirin, hadirat untuk menjamah juadah disediakan sebelum forum tersebut diteruskan.

Selepas Majlis itu berhenti rehat selama sepuluh minit, majlis itu diteruskan dengan Pengerusi Forum dan Ahli-Ahli Panel mengambil tempat di bahagian Pentas untuk membincangkan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia itu.

Ahli Panel pertama yang 'membuka panggung' pada hari itu ialah Mantan Pengerusi MAS iaitu Tan Sri Aziz Abdul Rahman. Beliau menceritakan dan menerangkan mengenai Perkara 152 dan 153 yang ditulis olehnya sendiri. Pada waktu itu juga beliau melontarkan cadangan kepada Kerajaan agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa utama di Mahkamah melainkan melibatkan perkara-perkara atau undang-undang yang telah dibuat semasa zaman Pra Merdeka.

Forum itu diteruskan dengan pembentangan oleh Saudara Zainur Zakaria yang menjelaskan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan cadangan Suruhanjaya Reid yang terlebih dahulu menjalankan 'pungutan suara' di kalangan 118 buah Pertubuhan di Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau juga menjelaskan "Suruhanjaya Reid bersetuju dengan Orang Melayu perlu diberi keistimewaan cuba apa yang mereka tidak mahu ialah Penambahan kepada Keistimewaan Melayu yang sedia ada. Beliau juga turut berhujah "Kalau kita lihat pada hari ini, hak istimewa orang Melayu tidak melalui proses 'Upgrade' tetapi sebaliknya melalui proses 'Downgrade' kerana keterbukaan yang ada pada Melayu". Dalam masa yang sama beliau memperkatakan bahawa Fasal 152 dan 153 boleh digugat dengan senario politik yang ada pada ketika ini.

Selepas Pembentangan oleh Saudara Zainur Zakaria, Pengerusi Forum iaitu Prof. Dr. Mohd Agus Yusof turut menyampaikan pendapatnya, dan cuba mempertikaikan atau dengan kata lain membantah pandangan Saudara Zainur Zakaria mengenai "Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia boleh digugat dengan senario politik yang ada pada masa ini", beliau tidak bersetuju dengan pandangan ini dengan memberikan hujah "Pada masa ini Melayu, menguasai 121 Kerusi Parlimen, jadi mana mungkin Fasal 152 dan 153 boleh digugat melalui sistem yang dinamakan demokrasi". Beliau juga turut memberi cadangan agar "Majlis Raja-Raja diperkasakan memandangkan syarat seorang Raja iailah Beragama Islam, dan Melayu walaupun tiada syarat Perdana Menteri mestilah dikalangan seorang Melayu yang beragama Islam dan di mana Raja-Raja Melayu 'mempunyai hak' untuk menolak ke atas cubaan untuk pemindaan Perlembagaan Malaysia".

Forum itu diteruskan dengan pembentangan oleh Prof Dr. Aziz Bari, Prof Dr. Aziz Bari bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Prof. Dr. Mohd Agus Yusof, namun beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Karpal Singh yang sebelum ini mempertikaikan campur tangan Sultan Perak berhubung isu Perlantikkan Pengerusi Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Perak baru-baru ini, kerana sememangnya seorang Sultan mempunyai kuasa di dalam Bidang Agama sejak dahulu lagi sepertimana yang diceritakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan juga tuntutan kesamarataan berhubung penggunaan nama Allah yang sepatutnya dibenarkan kepada semua agama. Beliau berkata "Tuhan dengan Allah satu perkara yang tidak boleh disamakan ertinya".

Baca Lagi!

Tuesday, August 5, 2008

15 Lagi Cawangan Mahukan Tengku Razaleigh

15 Kelantan Umno Branches Want Razaleigh To Be Nominated For Party President

TUMPAT, Aug 3 (Bernama) -- Fifteen branches of the Tumpat Umno Division have approved resolutions expressing the desire for Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah to be nominated for the post of president in the Umno elections in December.

Padang Pohon Tanjung Umno Branch head Mohamad Ismail said his branch and 14 other branches had resolved unanimously that the Tumpat Division nominate Tengku Razaleigh to contest the presidency.

"It is felt that he (Tengku Razaleigh) is the most qualified person to lift Umno out of its current dire situation," he told Bernama.

So far, all the 116 branches of the Gua Musang Umno Division have resolved to have Tengku Razaleigh nominated to contest the post of president as well.

BERNAMA

[http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=350243&cat=et]

Alhamdulillah Tengku Razaleigh yang merupakan satu-satunya ahli UMNO yang sanggup menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertambah lagi. Kali ini 15 lagi cawangan UMNO memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO untuk menentang Presiden 'berlagak baik' Abdullah Haji Ahmad.

Nampaknya Abdullah Haji Ahmad cuba menggunakan strategi menurunkan harga minyak untuk meraih sokongan ahli-ahli UMNO agar terus menyokong beliau sebagai Presiden UMNO walaupun di zamanya UMNO melalui zaman kejatuhan dan tunggu masa untuk rebah di pintu neraka sahaja.

Ramai juga yang berada di luar UMNO menanti saat kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru untuk melihat apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh YBM Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama 'Ku Li' di kalangan rakyat tempatan ini.

Sebagaimana ramai yang tahu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini bergelar 'bekas' Ahli Parlimen telah membuat pengumuman melepaskan jawatan beliau sebagai ahli Parlimen. Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pasti akan mengumumkan pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen Permatang Pauh mungkin dalam masa 60 hari lagi dari tarikh ahli parlimen tersebut melepaskan jawatan. Mungkin ini akan dijadikan 'kayu pengukur' oleh Kera Jaan Abdullah untuk menguji kekuatan beliau selepas beliau mengumumkan 'peralihan kuasa' yang kononya akan diadakan pada pada tahun 2010 nanti.

Kedudukan Permatang Pauh yang merupakan Wilayah Anwar, peluang Barisan Nasional pimpinan Abdullah Haji Ahmad 'amatlah' tipis dan memang boleh dikatakan 'jauh panggang dari api' BN akan memenangi kerusi tersebut. Namun, mungkin sekiranya berlaku pertambahan undi kepada BN dan mengurangkan majoriti yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum 13 yang lalu mungkin Abdullah Haji Ahmad akan beranggapan bahawa 'sokongan terhadap beliau telah bertambah' dan ia akan dijadikan modal untuk berkempen untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO tersebut.

Penulis membuat andaian ini agar ahli-ahli UMNO tidak tertipu semasa Pemilihan Agung UMNO Disember ini jadi sebelum Abdullah Haji Ahmad menjadikan pertambahan undi di Permatang Pauh sebagai modal untuk berkempen semasa Pemilihan Agung UMNO Disember ini. Penulis berharap ahli-ahli UMNO dapat Fikir-fikirkanlah mengenainya dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam.


Baca Lagi!

Wednesday, July 16, 2008

Cadangan Debat Ku Li Vs Pak Lah



Perdebatan diantara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek anjuran Agendadaily telah disempurnakan semalam, namun kedua-kedua pihak gagal mengemukakan hujah yang kukuh berhubung isu kenaikkan harga minyak di Malaysia. Kata orang "yang berlalu biarkan berlalu" penulis lebih berminat untuk mencadangkan agar satu perdebatan diadakan di antara YBM Tengku Razaleigh Hamzah melawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kenaikkan harga minyak.

Istimewanya debat ini mungkin pertama kali di dalam sejarah yang memaparkan dua orang yang berada di dalam kerajaan berdebat. Sesuai jugalah dengan Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini yang mana kedua-kedua pendebat adalah calon Presiden UMNO. Mungkin melalui perdebatan ini rakyat (ahli akar umbi UMNO) boleh membuat penilaiaan yang waras siapakah yang bakal menduduki Kerusi Presiden tersebut.

Penulis mencadangkan mana-mana pihak yang sudi menganjur debat ini hendaklah berbuat demikian sebagai contoh MyKmu.net, AgendaDaily, MalaysiaKini dan mana pihak yang ingin merealisasikan cadangan Debat antara dua calon Presiden ini bagi menghagatkan lagi suasana Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini.

Debat ini adalah perlu bagi mewujudkan persaingan yang sihat di dalam merebut jawatan Presiden UMNO dan ahli akar umbi tentu akan dapat menilai secara rasional siapakah yang layak menjadi Presiden UMNO dan bukanya ahli UMNO menyokong secara retorik. Di samping itu, debat ini juga dapat menyaksikan apakah aspirasi yang cuba disampaikan oleh negarawan terbilang YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Debat ini juga akan menonjolkan keperibadian sebenar seseorang calon Presiden UMNO adakah dia seorang yang lemah tidak tahu apa-apa sekadar membaca teks yang disediakan oleh kerani ataupun ia seorang yang berpengetahuan dan lebih-lebih lagi pengetahuan ekonomi dan kepakaran ekonomi.

Debat ini juga akan membenarkan kita melihat siapakah yang seorang retorik pakar ekonomi ataupun seorang yang cuba menjadi pakar ekonomi walaupun ekonomi adalah bukan bidang pengajianya.
Siapa yang untung jika Debat ini Menjadi Kenyataan?

Adat perlawanan ialah satu pihak akan kalah dan satu pihak akan menang jadi mungkin membaca membuat penilaian siapa yang memenangi perdebatan ini sudah tentunya untung kerana beliau berpeluang cerah untuk memenangi jawatan Presiden di dalam Pemilihan Agung Disember ini. Inilah orang kita sering mempunyai 'mentaliti minoriti' sepertimana kata Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Puad Zarkashi.

Sebenarnya kenapa kit perlu fikirkan keuntungan yang akan dapat pada seorang sedangkan fikiran kita sepatutnya lebih global sedikit, memang benar pihak yang menang mungkin ada sedikit keuntungan tetapi keuntungan 'secupak tidak akan jadi segantang' fikirlah secara lebih meluas lagi keuntungan yang lebih besar tentunya akan dapat pada ahli UMNO sendiri kerana kita sudah memilih pemimpin yang terbaik di kalangan yang terbaik dan bukanya pemimpin yang terbaik di kalangan yang lemah.

Debat adalah satu cara yang terbaik bagi mewarnai Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini. Platform debat hendaklah dijadikan sebagai 'batu loncatan' kepada calon-calon Presiden UMNO dan ahli UMNO perlu membuat 'anjakan paradigma' agar UMNO dapat menjalani proses pulihnisasi dengan berkesan.

Jangan Fikirkan Negatif

Mungkin ada suara-suara sumbang yang akan menonjolkan kesan negatif daripada penganjuran debat seumpama ini, inilah silap kita sering membiarkan fikiran negatif menguasai diri kita tanpa kita berdaya mengawalnya. Satu falsafah Inggeris pernah menyebut "To make people believe you, you must believe yourself first" jadi sebelum anda mahukan seseorang percayakan anda anda hendaklah percaya diri anda sendiri terlebih dahulu.

Satu lagi Falsafah Inggeris yang patut menjadi panduan kita ialah "Thinking positive make you positive" jadi kita hendaklah sentiasa berfikir positif di dalam kehidupan kita kerana pemikiran negatif akan membawa anda kepada dunia negatif.

Pepatah melayu ada mengatakan "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" jadi penganjuran debat seumpama ini boleh diibaratkan seperti memecahkan ruyung untuk mendapat sagunya.

Percayalah kita tidak mampu membetulkan orang tetapi orang itu sendiri yang mampu memperbetulkan dirinya jadi berikanlah peluang untuk dianjurkan satu debat yang menyaksikan dua calon Presiden 'berhempas pulas' berhujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

Akhir kalam, semoga cadangan pengajuran debat diantara dua orang tokoh terkemuka ini menjadi kenyataan dan kita dapat lihat siapa yang paling layak menduduki kerusi yang dinamakan Presiden UMNO itu. "Berbuat sesuatu adalah lebih baik daripada tidak membuat apa-apa"

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin