Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

SALAM RAMADHAN

SALAM RAMADHAN
Oleh: yieMEGA

"RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA. RAMADHAN TIBA" inilah bait-bait lagu yang mula menghiasi ruangan media sosial kini apabila Bulan yang penuh keberkatan yang juga dikenali sebagai bulan beribadah datang lagi yang disambut oleh UMAT ISLAM di seantero Dunia. Bulan inilah kita diberi peluang oleh Allah tuhan seru sekian Alam untuk melipat gandakan amalan Ibadah kepada Allah.

RAMADHAN kali ini umat Islam di Malaysia disambut dengan suasana yang amat sederhana tidak seperti tahun-tahun yang berlalu. Ini adalah kerana kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi negara dengan baik dan seperti biasa mereka menyalahkan Kerajaan yang lalu menjadi punca ekonomi negara kita semakin hari semakin merosot. Kesalahan kerajaan lalu seolah-olah menjadi "lesen" untuk mereka tidak membuat apa-apa yang memulihkan ekonomi negara kita.

Sebaliknya mereka lebih gemar untuk "menghukum" atau dengan kata lain mereka lebih suka membalas dendam daripada memulihkan ekonomi negara kita. Apa boleh buat mereka pilihan kita semasa Pilihan Raya Umum Ke 14 yang lalu. Oleh itu kita terimalah apa yang terjadi daripada kesilapan kita memilih mereka. 

Kalau dahulu mereka kata kerajaan lalu gemar memberi 'dedak' kepada rakyat, kini mereka pun sama memberi 'dedak' tetapi bukan kepada rakyat tetapi kepada kroni-kroni mereka. Kini kroni-kroni mereka pun sudah mula mematuk "dedak" itu dengan riang dan gembira. Lihatlah kita telah mengangkat Bapa Segala Kronisme menjadi Perdana Menteri, namu apakan daya itulah kesilapan paling besar yang telah kita buat sehinggakan ekonomi negara kita semakin lama semakin jahanam. 

Baca Lagi!

Wednesday, May 16, 2018

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1439

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1439
Oleh: yieMEGA

HARI ini merupakan malam pertama Ramadhan, di mana pada malam ini jugalah Solat Sunat Terawikh dimulakan di masjid-masjid bukan sahaja di seluruh Malaysia malahan di seluruh dunia. Di Kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan ini semoga Ramadhan Kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang telah berlalu pergi.

Di kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis yang tak seberapa ini, sekiranya sepanjang penulis mengendalikan blog ini ada kesalahan-kesalahan yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang penulis lakukan. Sekiranya ada harap dimaafkan kerana penulis juga manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan salah dan silap itulah lumrah bagi seorang manusia biasa yang tak lepas dari dosa dan pahala.

Penulis berharap Ramadhan kali ini terus memberi penulis keupayaan untuk mempertingkan lagi amal ibadat ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekian Alam. Di harap juga Malaysia baru ini benar-benar memberi kenikmatan yang asli kepada rakyat marhaen dan bukanya harapan palsu yang hanya diberi untuk mendapat kuasa, dan juga diharap kuasa yang didapati itu tidak akan mengubah pemimpin-pemimpin Malaysia baru. 

Baca Lagi!

Friday, June 23, 2017

Di Penghujung Ramadhan

Di Penghujung Ramadhan
Oleh: yieMEGA

"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian" begitulah kita hari ini begitu pantas masa berlalu sedar tak sedar kita sudahpun berada di penghujung Ramadhan. Jika anda melepaskan peluang mengandakkan ibadat di dalam bulan yang penuh keberkatan ini ternyata anda sememangnya sudah tergolong di kalangan orang yang rugi. 

Kita belum tahu adakah kita sempat untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang jadi sia-sialah Ramadhan kali ini sekiranya kita tidak mampu untuk mengandakan ibadah kita. Kita tidak tahu adakah umur kita panjang dan sempat untuk merasai dan beribadah di Ramadhan yang akan datang. oleh yang demikian buatlah yang terbaik untuk Ramadhan kali ini dan kalau boleh buat umpama ianya adalah Ramadhan yang terakhir bagi anda. Janganlah kita menjadi antara manusia yang rugi kerana mensiasiakan masa Ramadhan yang diberi kepada kita pada hari ini.

Jika Ramadhan kali ini anda ditimpa kesusahan, jangan bimbang kerana setiap kesusahan itu ada kesenanganya. Banyak-banyakanlah berdoa ke hadrat Allah tuhan seru sekian alam dan In Shaa Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah kerana Allah itu Maha Penyanyang. 

Kalau anda terjumpa dengan mereka-mereka yang berada di dalam kesusahan, jangan segan silu untuk membantu mereka. Kalaupun pertolongan anda tidak akan dibalas oleh mereka ia tetap dibalas pahala oleh Allah tuhan seru sekian alam. 


Baca Lagi!

Thursday, June 1, 2017

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa
Oleh: yieMEGA

HARI ini merupakan 6 Ramadhan menandakah bahawa sudah masuk hari keenam umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Penulis percaya pada masa ini pengunjung-pengunjung rumah Allah untuk menunaikan Solat Sunat Terawikh masih ramai. Diharap bilangan itu terus kekal hingga penghujung bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit cerita mengenai pengalaman penulis beberapa hari yang lalu, perkara ini sememangnya berlaku di dalam bulan seribu makna ini iaitu pada waktu siang hari, di mana semua umat Islam berpuasa. Sebenarnya puasa sepatutnya mendidik kita untuk bersabar tetapi berdasarkan pengalaman penulis lalui ini ternyata ada juga hamba Allah yang sukar bersabar walhal dia sebenarnya berpuasa.

Kisahnya bermula begini, baru-baru ini penulis ke bandar untuk mengeluarkan wang untuk perbelanjaan penulis di sebuah bank yang penulis rasa tidak disebutkan nama bank tersebut. Hendak dijadikan cerita, sewaktu penulis ke bank tersebut kebetulan pula petugas-petugas bank sedang membuat kerja-kerja servis mesin pengeluaran wang automatik dan juga mesin deposit wang. Penulis bersabar menunggu hingga kerja-kerja mereka selesai. 

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tugas-tugas petugas bank tersebut selesai dan Pengawal Keselamatan bank tersebut mula membuka kunci pintu untuk masuk ke bahagian mesin-mesin tersebut. Penulis pun masuk untuk mengeluarkan wang, setelah selesai belumpun sempat penulis keluar daripada ruangan tersebut terjadilah satu peristiwa yang penulis rasakan tidak patut berlaku di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. 

Baca Lagi!

Sunday, May 28, 2017

Marhabban Ya Ramadhan 1438

Marhabban Ya Ramadhan 1438
Oleh : yieMEGA

ALHAMDULILLAH hari ini kita telah berjaya melalui hari pertama Ramadhan dengan jayanya hendaknya. Sebelum penulis terlupa ingin terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf di atas sudah lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi penulis. 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini penulis berkesempatan untuk mengemaskini blog milik penulis ini selepas hari pertama Ramadhan sudah berlalu. Penulis percaya di bulan Ramadhan ini masing-masing belumba-lumba untuk mengejar dan melipatkan gandakan ibadah. Alhamdulillah kepada pembaca yang begitu kuat beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, penulis akan menghentikan penulisan di dalam bentuk artikel-artikel berkaitan politik dan penulis gantikanya dengan artikel-artikel yang lebih menjurus kepada nasihat menasihati sesama kita demi memelihara kesucian bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Penulis berharap pembaca setia blog ini yang berada di luar sana dapat mengharungi bulan yang penuh keberkartan ini dengan jayanya kalau boleh dengan markah yang penuh, namun jika tidak setidak-tidaknya hampir-hampir markah penuh.

Baca Lagi!

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Oleh:  yieMEGA

SUDAH masuk tujuh belas hari umat Islam telah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia yang beragama Islam.

Begitu pantas masa berlalu, itulah yang dinamakan masa kita tidak akan mampu mengejarnya kerana ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari. Begitulah hukum alam yang perlu kita akui, namun kita sebagai manusia harus berusaha untuk mengejarnya.

Tambahan pula bulan Ramadhan ini kan bulan untuk menggandakan ibadat kita hendaklah berusaha untuk membuat ibadat sebanyak mungkin yang termampu oleh batang tubuh diri sendiri. Sebelum penulis terlupa izinkan penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk dengan tugas yang menjadi rutin harian penulis sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini blog ini.

Kebetulan pada hari ini penulis mempunyai sedikit kelapangan, jadi penulis tidak mensia-siakanya untuk mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin banyak juga isu-isu yang penulis terlepas untuk mengulasnya sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini kerana terlalu sibuk, tapi mungkin di lain masa dan ketika penulis akan mengulasnya.

Terus terang penulis katakan yang penulis amat merindui untuk mengulas isu-isu semasa sepertimana yang dibuat oleh penulis sebelum ini, tetapi apakan daya masa tak akan dapat kembali. Bercakap mengenai puasa, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selepas itu kita akan menyambut Hari Kebangsaaan atau kata lain Merdeka.


Pendek kata tahun ni kita RayaMerdeka, bukan lagi merdeka raya sebab kita raya dulu baru merdeka. Penulis percaya mereka yang berada di luar sana sudah tentu sibuk mempersiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pesan penulis pada mereka sambutlah raya tahun ini dengan penuh bersederhana, jangan nanti lepas raya hutang keliling pinggang. Raya tu raya juga tetapi biarlah berpada-pada.

Oh ya, kelmarin baru sahaja kita dapat lihat misi skuad badminton negara kita mendapat pingat emas ternyata gagal apabila pemain negara kita Datuk Lee Chong Way gagal menumbangkan pemain daripada China iaitu Lin Dan. Nampaknya kita perlu akur bahawa kita perlu terima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka, mungkin nasib masih menyebelahi Lin Dan dan tidak menyebelahi Lee Chong Way. Tak dapatlah kita makan aiskrim free tapi tak mengapa cuba lagi di lain hari.

Bercakap mengenai Olimpik London ni, terfikir juga penulis mampukah negara kita mencapai matlamat untuk mendapat sebutir pingat emas sebagai ole-ole untuk rakyat Malaysia yang dibawa pulang oleh atlit negara kita di london?

Baca Lagi!

Friday, August 5, 2011

5 Hari Di Bulan Ramadhan

5 Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

PEJAM CELIK PEJAM CELIK Alhamdullilah kini kita sudah berada di hari ke 5 di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini artikel terbaru untuk blog ini. Perkara ini bukanlah disengajakan tetapi penulis terlalu sibuk dengan tugas penulis tambahan pula beberapa hari yang lalu penulis terkena sejenis penyakit kulit yang dikenali dengan nama Pedal Ayam. Alhamdullilah hari ini penyakit itu telah pun sembuh dan dapatlah penulis mengemaskini blog ini.

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan malah ia adalah bulan keampunan. Penulis percaya pembaca-pembaca di luar sana pasti sibuk menggandakan ibadat ya maklum sahajalah ini kan bulan menggandakan ibadat. Penulis sentiasa berdoa agar penulis diberi kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Menariknya, Ramadhan kali ini kita akan sambut dengan hari Kemerdekaan dan selepas hari kemerdekaan negara, kita pula akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dengan erti kata lain kali ini raya kita dikenali dengan nama Merdeka Raya.

Bercakap mengenai Raya, tak sabar-sabar pula penulis untuk menunggu syarikat apakah yang akan menerbitkan iklan raya yang unik dan penuh mesej yang sendiri seperti mana Iklan TV raya yang lepas-lepas. Kata orang Iklan TV musim raya banyak yang ada mesej tersendiri. Sama-samalah kita nantikanya.

Sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini bermacam-macam isu politik yang telah mewarnai arena politik tanah air kita. Bermacam-macam perkara yang timbul, namun penulis merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk penulis mengulas isu-isu tersebut.

Insya-Allah isu-isu tersebut akan penulis ulaskan dalam artikel penulis yang akan datang, di harap pembaca-pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia bersabar untuk menunggu ulasan daripada penulis tersebut.

Sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan kali ini kita terus dikurniakan keberkatan oleh Allah s.w.t dan kita terus berupaya untuk meneruskan ibadat Puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Baca Lagi!

Saturday, August 21, 2010

Renungan Ramadhan

Renungan Ramadhan: Mencari Siapa Salah Bukan Dapat Menyelesaikan Masalah
Oleh: yieMEGA

SEMPENA bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, penulis ingin membawa artikel khas yang bertajuk "Renungan Ramadhan: Mencari Siapa Salah Bukan Dapat Menyelesai Masalah". Terlebih dahulu penulis ingatkan di sini penulis bukanlah seorang Ustaz ataupun Tok Guru yang setaraf dengan mana-mana tok guru di negara ini, cuma merasakan tanggungjawab penulis untuk memperbetulkan di mana yang silap dan sama-samalah termasuk penulis sendiri membetulkan kesilapan itu.

Lazimnya sekiranya apa jua masalah yang menimpa ataupun timbul di negara kita, kita selalu mendengar ungkapan "Salah Siapa" ataupun "Siapa Salah" dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah tersebut. Namun, adakah masalah akan dapat selesai sekiranya masing-masing sibuk menyalahkan si polan-si polan dan si polan itu pulak menyalahkan si polan yang menyalahkanya.

Habis bila nak selesai masalah tersebut kalau di kalangan kita asyik berdebat mengenai "Siapa Salah" dan "Salah Siapa" tapi masalah tetap tak selesai juga. Penulis beri contoh sekiranya apa jua yang berlaku mesti ia dikaitkan dengan isu politik, sepatutnya isu itu bukan isu politik tapi tak pasal-pasal isu itu menjadi isu politik.

Dibulan yang mulia ini marilah sama-sama kita renungkan, kenapa selama ini kita asyik mencari kesalahan orang lain tetapi tidak kesalahan diri sendiri. Mungkin gunakan kaedah kawan adalah cermin untuk mencari kesalahan sendiri. Di dalam kita menegur kesalahan orang hendaklah juga kita menerima apa orang nak tegur berkenaan dengan kesalahan yang kita buat.

Dalam pada itu, tidak bolehkah kita berhenti untuk terus berpolemik sekiranya timbul apa-apa masalah. Bukankah lebih baik kita berganding bahu untuk menyelesaikanya. Biar apa pun perjuagan kita tapi yang semestinya ia mesti dibuat secara 'Hikmah'.

Tidak kira siapa pun kita, kita hendaklah belajar menerima pendapat orang lain walaupun kita ini seorang pemimpin yang berkuasa, seorang pemimpin yang bakal berkuasa dan juga seorang Tok Guru yang hebat berpolitik.

Berapa lama lagi kita harus berpolemik, berapa lama lagi umat Islam di negara kita perlu terus hidup dengan kabilah-kabilah tertentu. Kita juga perlu ingat Allah tuhan seru sekian alam pemerintah tujuh petala dan tujuh petala bumi sentiasa menguji kita, kadang-kadang kita diuji dengan kenikmatan contohnya kuasa dan kadang-kadang kita diuji dengan keperitan contohnya hilang kuasa. Ingatlah 'kuasa' tidak akan selama-lamanya berada dengan kita.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyelesaikan masalah yang timbul dengan 'hikmah' dan juga penuh ilmiah. Moga usaha-usaha kita akan diberkati oleh Allah tuhan seru sekian alam.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin