Bilangan Pengunjung:

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 


Kalau kita bercakap mengenai raya, tidak lengkap kalau kita tidak bercakap mengenai rumah terbuka. Penulis percaya ramai yang berada di luar sana sudah atau akan membuat rumah terbuka. Mungkin bulan ini kita akan dipenuhi dengan jadual undangan rumah terbuka maklum sahajalah raya kan sebulan. Semalam kita sudah mengetahui Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri kita ada membuat rumah terbuka, ramai juga yang mengunjungi termasuklah pelancong asing. Ini indahnya Malaysia sentiasa mengamit kedatangan pelancong walaupun di hari raya. 

Mengikut maklumat yang penulis terima pada 3 Syawal ini ada beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu akan membuat rumah terbuka antaranya ialah ADUN Kota Putera, Besut Terengganu iaitu Sdr. Mahadi Musa atau lebih dikenali dengan nama Abe Adi yang akan diadakan di kediamanya berhadapan dengan Masjid Kampong Seberang Limbongan, Kampong Seberang Limbongan, Besut, Terengganu. Saudara dan saudari dijemput hadir. 

Seorang lagi ADUN ialah ADUN yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil baru-baru ini iaitu Sdr. Tengku Zaihan atau Abe Ku yakni ADUN Kuala Besut. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Abe Ku. 

Akhir kalam, moga Aidilfitri kali ini begitu bermakna buat semua marilah bersama-sama kita meraikanya dengan penuh kesederhanaan dan janganlah berlebih-lebihan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin