Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 20, 2013

Kontroversi Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia

Kontroversi Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia
Oleh: yiemega

SEBUAH buku yang semakin hangat diperkatakan kini ialah buku yang bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia". Buku ini terus menjadi isu hangat terutamanya di kalangan blogawan-blogawan tempatan. Dr Novandri juga turut mengulas berkenaan dengan buku ini di blognya iaitu Dr MiM

Buku ini mengisahkan Malaysia semasa era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Menurut Dr Novandri terdapat penipuan dalam buku ini. Paling jelas sekali berita penerbitan buku ini paling awal dikeluarkan oleh portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini.

Kandungan buku ini juga boleh dipertikaikan, meragukan, berat sebelah dan sukar untuk dipercayai. Salah seorang penyunting buku ini yang namanya Bridget Welsh membuatkan buku ini lebih sukar untuk dipercayai. Umum mengenai bahawa Bridget Welsh bersifat berat sebelah terhadap pentadbiran Najib Razak dan juga UMNO/BN.

Malah artikel Bridget Welsh juga menjadi pilihan oleh blog milik pemimpin pembangkang untuk 'menyerang' pentadbiran Najib Razak serta UMNO/BN. Bridget Welsh juga merupakan penyumbang kepada artikel-artikel untuk portal berita pro pembangkang yakni Malaysiakini. 


Malah Bridget Welsh juga pernah dilihat bersama dengan Anwar Ibrahim di dalam program Habiebie Centre di Indonesia. Yang menjadi tanda tanya adalah buku itu diterbit oleh  Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur. Penerbit adalah merupakan penerbit untuk aktivis SUARAM. Salah satu buku SIRD yang begitu kontrovesi sekali adalah BUku May 13 yang dikarang oleh Dr Kua Kia Soong.

SUARAM   yang kita ketahui mendapat sumbangan wang dari National Endowment on Demecrasy, USA. NED adalah usaha terbuka State Department USA untuk mempengarusi negara asing. Sebelum ini, peranan tersebut dimainkan oleh agensi perisiik USA, CIA.

Kulit luar buku itu menenjukkan ianya disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin. Bridget merupakan pensyarah SMU, USA, penulis barat pro Anwar Ibrahim yang kuat mempromosi pembangkang dan berpengkalan di Singapura.

Jadi bagi penulis ia jelas sekali adalah sebahagian daripada strategi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan dan merendahkan kewibaan pentadbiran kerajaan pimpinan Najib Razak dan juga UMNO/BN. Bagi penulis ia hanyalah sekadar 'publisiti murahan' untuk buku tersebut disamping dapat melariskan jualan buku tersebut ia juga akan membantu merealisasikan impian pembangkang. 

Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin BN jangalah cepat melenting mengenai buku ini kerana bagi penulis ia hanyalah tak lebih sebagai satu strategi pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin BN agar kita berkelahi sesama sendiri secara tidak langsung misi pembangkang pun mencapai matlamatnya.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin