Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 24, 2013

BAS Kemalangan Jatuh Gaung di Genting Highland...

BAS Kemalangan Jatuh Gaung di Genting Highland
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai satu kemalangan ngeri yang berlaku di Genting Highland beberapa hari yang lalu. Sudah agak lama juga kita tidak mendengar berita mengenai kemalangan bas yang sedasyat itu. Mengikut maklumat yang penulis terima kemalangan itu berlaku di KM3.6 Jalan Genting-Karak. Waktu kemalangan dikatakan tepat pukul 2.22 petang. 

Blog Sembang Cerita turut membincangkan hal ini di bawah artikel yang bertajuk "Tragedi 2.22 Bas Terjunam Ke Dalam Gaung Di Genting". Di dalam blog tersebut ia ada menjelaskan berkenaan fakta sebenar kejadian tersebut. Fakta tersebut adalah sepertimana di bawah ini:




  1. Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas ini.
  2. Bas tersebut dinaiki 53 orang dan bukan 49 orang.
  3. Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
  4. Bas tersebut terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands lebih kurang pukul 2.45 petang (21/08).
  5. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (8 orang), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (5 orang), Hospital Sungai Buloh (2 orang) dan Hospital Bentong (1 orang).
  6. Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam (21/08).
  7. 37 yang terkorban ialah 25 lelaki dan 12 perempuan.
  8. Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
  9. Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.
  10. Punca sebenar kemalangan masih belum didedahkan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung.
  11. Laporan media juga menyebut tiket yang terjual hanya 48 keping namun penumpang yang menaiki bas tersebut lebih lebih dari itu.
Sudah sekian lama kemalangan maut seperti ini yang melibatkan bas seperti ini tidak berlaku, namun pada kali ini ia berlaku lagi dan meragut ramai nyawa. Jelas sekali pengusaha BAS ini sudah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila mereka membenarkan membawa penumpang lebih daripada kapasiti yang telah ditetapkan. Ini bermakna insiden ini berpunca daripada kecuaian syarikat yang mengendali perkhidmatan Bas ini. 

Timbul persoalan di sini, adakah banyak lagi pengusaha-pengusaha Bas di luar sana yang sanggup memeperjudikan nyawa penumpang demi keuntungan semata-mata dengan membawa penumpah melebihi kapasiti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. 

Keberkesanan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan kenderaan awam hendaklah dikaji agar kemalangan seperti ini tidak akan berulang dan tidak akan terus meragut nyawa-nyawa mereka yang tidak berdosa. 

SPAD perlu melipatkan gandakan usaha terutamanya dari penguatkuasaan undang-undang demi memastikan keselamatan pengguna-pengguna perkhidmatan awam di seluruh negara berada di dalam keadaan selamat daripada semua malapetaka. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin