Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, September 8, 2017

Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan

Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan
Oleh: yieMEGA

AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis, terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana masih lagi menjadi pembaca setia walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Hari ini kebetulan, penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis menggunakanya untuk mengemaskini blog penulis yang tidak seberapa ini. 

1 September yang lalu Kerajaan Barisan Najib telah memperkenalkan satu cukai baru yang dipanggil cukai penginapan dan ada juga yang memanggilnya dengan nama cukai pelancongan. Cukai ini dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di penginapan-penginapan berkait pelancongan seperti Hotel, Resort, Chalet mahupun Homestay. Untuk rekod kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk seorang untuk satu hari. Sekiranya pelancong tersebut tinggal tiga hari ini bermakna mereka terpaksa membayar RM30 untuk cukai tersebut, bertambah parah lagi sekiranya bilangan mereka ramai dan mereka akan terpaksa membayar lebih lagi. 

Memang benar, cukai berkenaan hanya dikenakan ke atas pelancong asing dan tidak dikenakan kepada pelancong domestik, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat negara ini terutamanya kepada pengusaha-pengusaha tempat penginapan kerana sejak cukai itu diperkenalkan  kehadiran pelancong asing mula merosot. Ramai pengusaha-pengusaha tempat penginapan telah merungut tentang kemerosotan tersebut yang ternyata dengan kemerosotan tersebut ia benar-benar menjejaskan pendapatan mereka. 

Langkah  tidak 'berapa cerdik' Kerajaan Barisan Najib tersebut telah mengakibatkan pelancong asing yang pada awalnya ingin melancong di Malaysia mengubah haluan dengan memilih untuk melancong di negara-negara yang berjiran dengan negara kita. 

Teryata langkah pengenalan cukai berkenaan telah menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha Hotel, resort dan lain-lain. Bagi mereka langkah tersebut bukan boleh membantu meningkatkan pendapatan pengusaha hotel dan resort malah ia juga telah membuatkan  pendapatan mereka terjejas. 

Mereka menuntut bayaran cukai penginapan dibatalkan kerana ia telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. Bagi mereka langkah mengenakan cukai tersebut bukanya dapat membantu mereka malah boleh membantu mereka untuk gulung tikar. Langkah mengenakan cukai tersebut dikatakan satu lagi langkah bodoh Kerajaan Barisan Najib. 

Mungkin di dalam PRU 14 kelak tidak sepatutnya Kerajaan Barisan Najib diberi mandat untuk memeritah Malaysia untuk sepenggal lagi. Cukup-cukuplah sudah rakyat sudah banyak teraniaya dengan pemerintahan Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak.  

Baca Lagi!

Monday, August 21, 2017

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu. 

Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf 'A' terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut. 

Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini. 

Baca Lagi!

Thursday, August 17, 2017

Minyak Naik Lagi... Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib

Minyak Naik Lagi... Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib
Oleh: yieMEGA

BULAN ini merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Di mana pada bulan ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada bulan ini kita akan memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara kita tanah tumpahnya darahku ini. Memang patut pun jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara tidak sepatutnya dilupakan, pengorbanan mereka bukanlah kecil tapi sanggup 'bergadai nyawa' demi negara yang tercinta padamu bakti ku serah. 

Cuma tinggal tak berapa hari lagi negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Kalau 6o tahun yang lalu laungan merdeka menguasai angkasa negara kita pada tanggal 31 Ogos 1957, kini laungan merdeka turut menguasai angkasa negara kita, malah lebih meriah dengan bunyi dentuman dan percikkan bunga api menghias ruang udara negara kita diekori perarakan para mat motor di seluruh negara mengibarkan bendera negara kita yakni Jalur Gemilang berkibar megah. 

Namun, bulan kemerdekaan kali ini kita dihadiahkan oleh Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang sangat disayangi oleh rakyat dan pak-pak menteri termasuklah bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang di dalam tahanan reman SPRM berhubung isu pembelian dua buah hotel dengan hadiah yang cukup bermakna bagi rakyat iaitu harga minyak naik lagi tetapi rakyat tetap setia di belakang Najib dan sedikitpun tidak peduli tentang kenaikkan tersebut kerana mereka sememangnya menyanyangi Najib tanpa Najib siapalah mereka walaupun sebenarnya tanpa mereka siapalah Najib. 

Baca Lagi!

Monday, July 10, 2017

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???
Oleh: yieMEGA

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendakwa bahawa tiada apa pun yang perlu diselamatkan kerana semuanya sudah selamat dengan matlamat cuba menyelar tindakan pembangkang di dalam gerakkan mereka di dalam misi untuk menyelamatkan Malaysia. Malaysia sudah selamat? Betul ke bohong ni?.

Tidak dinafikan pada masa kini Malaysia berada di dalam keadaan aman damai, namun ianya tidak bermakna negara kita sudah pun selamat, hanya orang tidak waras sahaja yang akan berkata begitu. Jikalau yang berfikiran waras akan faham bahawa Malaysia masih belum selamat. 

Kapitalis-kapitalis yang berada di luar sana akan cuba bermacam cara untuk membuatkan Malaysia menjadi tidak selamat. Salah satu contoh ialah tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang merujuk syarikat guaman di United Kingdom (UK) berkenaan Perjanjian Malaysia (Malaysia Agreement 1963) berhubung hak negeri dalam konteks Sabah dan Sarawak membayangkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sendiri kurang yakin Jabatan Peguam Negara mampu memberi penafsiran yang bebas dan adil sehinggakan mereka lebih percayakan orang luar daripada orang dari dalam negara mereka sendiri. Ini akan meletakkan Malaysia dalam keadaan 'bahaya' ia berkemungkinan akan mengudang campur tangan asing dalam menyelesaikan isu ini. Sila rujuk laporan Sinar Harian di sini

Penubuhan syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sarawak, PETRAS sudah membayangkan mereka sudah kurang yakin dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini berkemungkinan tanda-tanda awal mereka sudah tidak mahu bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia nanti. 

Baca Lagi!

Sunday, October 4, 2015

Malaysia Berada di Zaman Bimbang

Malaysia Berada di Zaman Bimbang
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA kini berada di Zaman Bimbang itulah yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir Mohd. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ayahnda Tun.

Memang benar sekarang ini kita berada di zaman bimbang apabila pada masa ini berlaku kebimbangan ekonomi ekoran daripada kedudukan mata wang Ringgit Malaysia yang terus menjunam dari hari ke sehari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia terburuk dalam sejarah.

Penulis pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1998 semasa era Ayahnda Tun Mahathir Perdana Menteri tak lama dulu. Perlu ditegaskan kegawatan ekonomi pada masa itu tidaklah seburuk pada hari ini. Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan bijak apabila mengikat kedudukan Ringgit Malaysia pada RM3.80 untuk setiap United States Dollar.

Tindakan bijak Ayahnda Tun Mahathir telah mempercepatkan proses pemulihan Ekonomi Malaysia. Hasilnya rakyat tidak 'menderita' lama kerana kegawatan ekonomi. Kata orang "lain hulu, lain parang, lain dulu, lain sekarang". Sememanngya kegawatan ekonomi hari ini memang benar-benar membimbangkan. Hari-hari kegawatan ekonomi terus terkesan terhadap rakyat jelata yang benar-benar membimbangkan rakyat. 

Baca Lagi!

Monday, October 3, 2011

HAD UMUR PERSARAAN YANG BARU

HAD UMUR PERSARAAN YANG BARU
Oleh: yieMEGA

PENULIS merasa terpanggil untuk mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu cadangan pihak tertentu untuk menaikkan had umur persaraan kakitangan awam sehingga kepada 60 tahun had umur untuk bersara. Penulis tidak pasti cadangan ini datang daripada siapa, tetapi apa yang penulis tahu cadangan ini tidak begitu praktikal untuk dilaksanakan.

Sekiranya had umur bersara dinaikkan ini bermakna tempat atau jawatan mereka masih penuh dan berisi sekaligus ia akan menyusahkan mereka-mereka yang ingin memohon untuk bekerja dengan jabatan kerajaan terutamanya graduan yang masih mengangur sepertimana yang kita tahu dari hari ke hari bilangan graduan yang menganggur semakin bertambah.

Adakah kerajaan ingin terus menambahkan lagi bilangan graduan menganggur yang sudah sedia bertambah setiap hari sekiranya kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan had umur bersara kepada 60 tahun. Bukankah ia akan menambahkan masaalah kepada kerajaan.

Lagipun individu yang berumur 55 tahun ke atas sudah lagi tidak praktikal untuk meneruskan kerjaya atau tugasnya kerana prestasi kerja mereka berumur 55 tahun ke atas lazimnya akan menurun sekaligus akan menurunkan prestasi-prestasi jabatan-jabatan kerajaan tempat mereka bekerja.

Penulis pun hairan saban tahun ada je cadangan untuk menaikkan had umur persaraan, adakah mereka masih belum puas bekerja, sekiranya mereka masih ingin bekerja adalah elok mereka mencari kerja dengan sektor swasta daripada mereka terus memenuhkan jawatan di sektor kerajaan.

Adakah mereka tidak megasihani apa nasib yang perlu ditanggung oleh graduan-graduan yang sampai kini masih lagi menggangur. Adakah mereka sanggup untuk menambahkan lagi penderitaan mereka yang bergelar graduan. Bersaralah bila tiba masa fikir-fikirkanlah.....

Baca Lagi!

Sunday, October 2, 2011

Bila PAS nak buat Hudud...

Bila PAS nak buat Hudud...
Oleh: yieMEGA

BILA PAS nak buat Hudud menjadi tajuk pilihan artikel penulis pada kali ini. Sesuai lah juga dengan isu semasa sekarang ini apabila PAS sudah mula menayangkan kembali apa yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini dipendamkan sementara mungkin kerana mahu menjaga hati parti sekutu mereka bernama DAP.

Bila saja PAS menayangkan kembali perjuangan asal mereka untuk menegakkan undang-undang Hudud di negara bernama Malaysia ini, tiba-tiba sahaja DAP melatah. Sehingga menyebabkan perang mulut antara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan orang kuat DAP iaitu Karpal Singh. Nik Aziz bertegas mahu menegakkan undang-undang Hudud manakala Karpal Singh pula bertegas mahu menegakkan undang-undang yang dilabel 'sekular' oleh Nik Aziz.

Penulis ingin bertanya dengan anda semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia, apa yang kita lihat apabila isu ini meletus, ramai pula pemimpin-pemimpin kita sibuk memberikan komen terhadap isu tersebut, kenapa ya? Adakah mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk mereka "menanguk di air yang keruh"? Kalau mereka fikir begitu ternyata mereka silap.

Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya mudah sahaja tidak terfikirkah mereka bahawa kenapa isu itu tiba-tiba aje timbul tambahan pula ia boleh dikira ditimbulkan apabila Pilihan Raya Umum 13 semakin dekat, sudah tentu ada udang di sebalik mee.

Pada pandangan penulis, ianya satu strategi pilihan raya PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat. Anda semua perlu ingat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil yang melibatkan PAS yang lalu, ternyata sokongan kaum Melayu terhadap mereka semakin berkurangan, jadi bagi menarik semula sokongan kaum Melayu yang beragama Islam mereka terpaksa melaung-laungkan kembali yang mereka nak buat undang-undang hudud. Walaupun mereka tahu yang persediaan untuk menggubal undang-undang hudud masih belum cukup dan juga ia juga akan dalam konteks Malaysia ia juga sukar dilaksanakan kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Mereka tahu itu semua mustahil tetapi mereka nak buat juga bagi mengembalikan semula sokongan kaum Melayu beragama Islam kepada mereka yang telah beralih arah sebelum ini. Inilah yang dikatakan "Demi Kuasa Manusia Sanggup Melakukan Apa sahaja untuk mendapatkan kuasa".

Baca Lagi!

Thursday, January 6, 2011

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga Penulis tidak menambah sebarang artikel baru di dalam blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk di dalam sehari dua ini, mujurlah hari ini ada kesempatan untuk menulis jadi penulis tidak mensia-siakan masa yang terluang ini untuk menulis artikel terbaru di blog penulis ini.

Idea untuk menulis artikel ini timbul setelah penulis terbaca satu artikel di sebuah Media Alternatif yang dipanggil Harian Mega. Artikel Harian Mega yang bertajuk "Cabaran 2011: Mengurangkan Bebanan Rakyat". Artikel ini adalah bersesuaian dengan senario sekarang ini di mana rakyat terbeban dengan keadaan sekarang ini.

Kalau yang ada di luar sana masih tidak percaya, sila lah pergi tanya salah seorang rakyat Malaysia di luar sana adakah mereka merasa terbeban dengan bebanan mereka yang terus meningkat dari hari ke sehari.

Bebanan Rakyat yang terus meningkat dari hari ke hari ini besar risikonya kepada Kerajaan yang memerintah sekarang kerana ia akan mendorong rakyat memberontak dan menukar selera memilih kerajaan baru.

Jadi, pada pandangan penulis Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar dapat mengatasi permasalahan yang dialami rakyat. Masalah ini sekiranya tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan ia akan mengundang padah kepada kerajaan.

Pada masa ini, penulis juga dapat merasai kesulitan rakyat untuk mendapatkan bekalan minyak masak, sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan marjerin sebagai alternatif kepada minyak masak.

Tidakkah ini, bermakna rakyat menghadapi kesukaran, biarpun semalam Kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada kenaikkan buat minyak masak, namun bekalan minyak masak masih sukar di dapati hingga ke hari ini.

Kerajaan perlu bekerja dengan lebih serius bagi membolehkan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan kadar yang seberapa segera.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin