Minyak Naik Lagi... Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
BULAN ini merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Di mana pada bulan ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada bulan ini kita akan memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara kita tanah tumpahnya darahku ini. Memang patut pun jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara tidak sepatutnya dilupakan, pengorbanan mereka bukanlah kecil tapi sanggup 'bergadai nyawa' demi negara yang tercinta padamu bakti ku serah.
Cuma tinggal tak berapa hari lagi negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Kalau 6o tahun yang lalu laungan merdeka menguasai angkasa negara kita pada tanggal 31 Ogos 1957, kini laungan merdeka turut menguasai angkasa negara kita, malah lebih meriah dengan bunyi dentuman dan percikkan bunga api menghias ruang udara negara kita diekori perarakan para mat motor di seluruh negara mengibarkan bendera negara kita yakni Jalur Gemilang berkibar megah.
Namun, bulan kemerdekaan kali ini kita dihadiahkan oleh Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang sangat disayangi oleh rakyat dan pak-pak menteri termasuklah bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang di dalam tahanan reman SPRM berhubung isu pembelian dua buah hotel dengan hadiah yang cukup bermakna bagi rakyat iaitu harga minyak naik lagi tetapi rakyat tetap setia di belakang Najib dan sedikitpun tidak peduli tentang kenaikkan tersebut kerana mereka sememangnya menyanyangi Najib tanpa Najib siapalah mereka walaupun sebenarnya tanpa mereka siapalah Najib.
Itulah hebatnya negara kita Malaysia, pemimpin buat apa pun mereka terus Wala' dan setia dengan kempimpinan malah mereka akan menurut sahaja apa arahan yang dibuat oleh Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak pendek kata Najib arah mereka terjun dalam lubang najis sekalipun mereka sanggup biar mereka berbau busuk asalkan Imam Besar Mazhab Satu Malaysia mereka tidak dicemari dengan bau busuk walaupun sebenarnya najis yang ada di dalam lubang itu adalah najis Yang Amat Berkuasa sendiri.
Jadi setakat naik harga minyak ni mereka tak heran mereka akan tetap setia di belakang Najib, naiklah berjuta kali pun mereka sanggup asalkan Imam Besar mereka terus kekal menjadi Imam Besar mereka dan tiada siapa yang boleh memperlekehkan Imam Besar mereka kerana mereka menganggap Imam Besar mereka ini sudah setaraf Wali walau apa jua yang Imam Besar mereka lakukan mereka tetap akan terus setia bersama.
Akhirkalam, kepada yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan harga minyak janganlah anda 'bermuram durja' kerana inilah pilihan anda untuk terus setia di belakang Najib walau apa pun yang berlaku malah kalau sehingga poket mereka kering kontang tak apa janji PM tu masih manusia bernama Najib Bin Razak. Laungan 'Hidup Najib" , "Kami Sayang Najib" "We Love Najib" akan tetap menguasai ruang angkasa negara kita ini. Jadi Majulah Rakyat Untuk Najib.
No comments:
Post a Comment