Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 15, 2017

Trojan Nothing2Hide 2.0

Trojan Nothing2Hide 2.0
Oleh: yieMEGA

PROGRAM Nothing2Hide 2.0 yang berlangsung semalam telah dicemari insiden yang tidak diingini. Insiden tersebut sedikit sebanyak telahpun mencemarkan imej penganjur. Ekoran daripada kejadian itu telah membuatkan Stesen TV Swasta Pengampu, Pembodek dan Pencacai Najis No 1 Negara telah mempergunakan isu tersebut untuk memperlihatkan bahawa penganjur gagal mengawal etika peserta program tersebut. Kononnya lah.

Media-media arus perdana turut memainkan peranan untuk menghangatkan insiden tersebut dengan meletakkan kesalahan kerana berlakunya insiden tersebut terhadap penganjur program tersebut kerana kononya dikatakan gagal mengawal keselamatan peserta Nothing2Hide 2.0 tersebut. Malah ada yang mendakwa kekecohan itu berlaku kerana tidak puas hati dengan jawapan Ayahnda Tun Dr. Mahathir berhubung isu tragedi memali. Entah ke betul ke tidak tak tahulah tu. Tapi bagi penulis sememangnya Media Arus Perdana terutamanya TV3 yang merupakan stesen tv pembodek no 1 negara memang suka spin isu yang melibatkan pembangkang.

Namun daripada penelitian penulis, jelas sekali kekecohan yang berlaku di dalam Program Nothing2Hide 2.0 sememangnya telah dirancang dengan teliti. Sememanya ada trojan yang menyelinab masuk menyamar menjadi peserta program dengan memakai Pakaian yang kononya mereka ahli Armada Bersatu. Cuma setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah yang menghantar trojan tersebut? Adakah Yang Amat Berkuasa? Mereka kata mereka tidak buat kemukakan bukti yang menunjukkan mereka buat. Namun, mungkin juga betul mereka tak buat tetapi pastinya ada orang yang buat tapi apa yang pasti mereka bukan datangnya daripada kumpulan pembangkang tetapi ianya dari kerajaan dan mungkin juga kekecohan itu dibuat tanpa pengetahuan Yang Amat Berkuasa oleh individu-individu tertentu yang ada kaitan dengan UMNO tapi dibuat tanpa restu UMNO.



Siapakah gerangan orang yang bertangunggjawab itu? Mungkin anda sendiri ada jawapan anda cuma penulis merasakan orang yang bertangungjawab menghantar trojan ke dalam program ini adalah bukan sebarang orang, sudah tentu seorang yang berani membuat tindakan-tindakan yang tidak masuk akal semata-mata bagi memastikan Kerajaan Barisan Najib terus kekal berkuasa.




Mungkin betul bukan Yang Amat Berkuasa yang menghantar Gurkhanya ke program ini tapi kemungkinan besar Gurkha yang diupah ini sebenarnya diupah oleh seseorang yang suka melakukan tindakan tidak masuk akal tanpa pengetahuan Yang Amat Berkuasa bagi memastikan Kerajaan Barisan Najib terus utuh. Siapakah yang anda rasa yang sering membuat tindakkan yang tak masuk akal dan kadang-kadang memperlihatkan beliau saling tak tumpah dengan perangai Pesakit Mental yang tinggal dekat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Penulis percaya anda tahu siapakah orangnya jadi tak perlulah penulis menyebut namanya kerana penulis tidak mahu namanya terus popular dengan kejayaan beliau menghantar Trojan untuk mencemarkan Nothing to Hide 2.0.

Persoalan yang perlu dirungkaikan sekarang, mengapa beliau begitu takut dengan Nothing To Hide 2.0 sehinggakan sanggup menghantar Trojan ataupun Gurkha untuk mencetuskan huru-hara di program Nothing To Hide 2.0. Kalau tak bersalah kenapa harus takut sehinggakan sanggup mengupah 'keldai' untuk menghuru-harakan program tersebut. 

Akhirkalam, jelas sekali sememangnya kekecohan yang berlaku ada unsur sabotaj cuma setakat artikel ini diterbitkan kita belum mendapat maklumat dan bukti yang jelas tentang siapakah individu yang bertanggungjawab menghantar Trojan ke program ini. Namun, apa yang pasti ia bukanya penyokong pembangkang sepertimana yang 'dijaja' oleh Media Arus Perdana. Bersabarlah  In Shaa Allah kebenaran akan tetap terbongkar akhirnya.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin