Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 1, 2017

Serangan Peluru Berpandu SCUDD Burkan-1 Ke Arah Mekah

Serangan Peluru Berpandu SCUDD Burkan-1 Ke Arah Mekah
Oleh: yieMEGA

KHAMIS yang lalu kita dikejutkan dengan serangan peluru berpandu terbaru yang mensasarkan ke arah Kota Suci Mekah, namun serangan tersebut berjaya dipintas oleh Tentera Bersekutu Arab Saudi. Houthi mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. Ini bukan serangan peluru berpandu yang pertama, sebelum ini serangan serupa juga telah berlaku dan ia juga berjaya dipintas oleh Tentera Bersekutu Arab Saudi.

Serangan ini dipercayai kerana berlakunya perang saudara di antara Arab Saudi dengan Yaman. Untuk rekod Yaman kini dikuasai pemberontak Houthi. Perang saudara ini masih berterusan dan tidak pasti bilakah ia akan berakhir. Musim haji pula bakal tiba tak lama lagi. Namun, kita semua tidak perlu bimbang In Shaa Allah, Allah tuhan seru sekian alam akan lindungi keselamatan para jemaah haji. 

Persoalan di sini kenapa Pemberontak Houthi memilih Kota Suci Mekah sebagai 'target' serangan mereka. Adakah dalang asing di sebalik serangan ini? Pelancar dan peluru berpandu SCUDD Burkan-1 siapakah yang bekalkanya? Mungkinkah barat berada disebalik serangan ini? Mungkinkah Iran juga salah satu dalang kepada serangan yang dikutuk oleh seluruh dunia ini? Adakah Iran juga yang membekalkan Peluru Berpandu Burkan-1 kepada Yaman?

Sekiranya Iran yang menjadi dalang ternyata kita tidak boleh lagi mendiamkan diri. Iran sebagai sebuah negara Islam walaupun dikuasai oleh puak Syiah tidak sepatutnya menjadi dalang kepada serangan tersebut. Penulis pun hairan sekiranya Iran menjadi dalang kepada serangan tersebut apakah untungya yang Iran dapat daripada serangan tersebut? Adakah ia salah satu strategi untuk meluaskan penguasaan puak syiah. Kebetulan pula pemberontak Houthi juga daripada puak Syiah. 


Mungkinkah serangan ini juga sebahagian daripada cubaan serangan semula setelah kegagalan Tentera Bergajah Abarahah dalam serangan ke Kota Suci Mekah pada waktu dulu. Tentera Bergajah Abrahah pun berasal daripada Yaman. Mungkin juga Houthi ni dari keturunan Tentera Bergajah Abraham yang akhirnya tewas di serang burung ababil.

Kenapa Syiah mahu runtuhkan Kota Suci Mekah? Adakah ia mendapat sokongan daripada negara barat yang mempunyai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Kalau ada apakah tujuan sebenar negara barat tersebut adakah ini salah satu cara mereka nak menghancurkan Umat Islam. 

Kalau ada negara barat yang menyokong? Negara manakah yang sebenar-benarnya menjadi dalang? Kalau nak diikutkan Iran negara yang tidak disenangi oleh Barat jadi berkemungkinan besar ia tiada kaitan negara barat. Namun, artas kertas memang kita lihat Iran tidak disenangi oleh barat namun kita tidak tahu apakah yang sebenarnya tersirat di sebalik Iran tidak disenangi barat. Mungkin juga di sebelah luar mereka kelihatan tidak sehaluan, namun secara sembunyi-sembunyi mereka sebenarnya menjalinkan kerjasama erat. Itu tuhan sahaja yang tau.

Akhirkalam, marilah bersama-sama kita doakan keselamatan Kota Suci Mekah dan juga keselematan semua jemaah haji semasa musim haji bermula tak lama lagi. Minta Allah lindungi semuanya dan hancurkan kesemua-kesemua petualang-petualang yang ingin hancurkan Kota Suci Mekah sebagaimana Allah menghancurkan Tentera Abrahah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin