Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 30, 2017

Masa Depan dan Halatuju Pakatan Harapan

Masa Depan dan Halatuju Pakatan Harapan
Oleh: yieMEGA

PAKATAN HARAPAN sebuah gabungan parti politik parti oposisi sinonim dengan Parti Pembangkang. Kehadiran mantan Perdana Menteri ke dalam gabungan ini seolah-olah memberi sinar baru kepada parti pembangkang walaupun tanpa kehadiran PAS. Kehadiran Tun Mahathir itu benar-benar memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia yang sudah cukup tertindas dengan pemerintahan Kerajaan Barisan Najib. 

Hari ini penulis ingin melontarkan sedikit pandangan penulis berkenaan dengan "Masa Depan dan hala Tuju Pakatan Harapan". Perlu ditegaskan di sini ianya sekadar pandangan peribadi penulis dan tiada siapa yang mempengaruhi apa yang penulis nukilkan di blog milik penulis ini. Masa Depan dan Halatuju yang ingin cuba penulis ceritakan di sini adalah berhubung dengan Pakatan Harapan. 

Sebelum penulis terus melalut jauh lebih baik kita kembali kepada tajuk asal artikel ini. Terlebih dahulu penulis ingin berkongsi cerita mengenai masa depan Pakatan Harapan. Pada pandangan penulis Pakatan Harapan mempunyai peluang cerah untuk membentuk kerajaan berdasarkan beberapa indeks petunjuk yang penulis sendiri buat. Pertama sekali, keadaan ekonomi semasa dan kejatuhan nilai ringgit mungkin boleh dimanipulasi oleh Pakatan Harapan kerana keadaan ekonomi semasa memang benar-benarkan membebankan rakyat semenjak pemerintahan Kerajaan Barisan Najib, rakyat terus dibebani dengan berrmacam-macam perkara. Sebagai contoh perlaksanaam GST, kenaikkan harga barang, ketidaktentuan harga petrol perkara-perkara inilah yang boleh digunakan sebagai senjata semasa kempen PRU14 kelak. 


Pakatan Harapan juga tidak akan ketandusan isu tambahan pula yang terbaru berkenaan dengan isu penyelewengan yang berlaku di dalam FELDA sedikit sebanyak membantu Pakatan Harapan untuk memanipulasi isu ini dengan menarik perhatian rakyat tambahan pula pada waktu ini sudah ramai rakyat yang sudah hilang kepercayaanya terhadap kerajaan pemerintahan iaitu Kerajaan Barisan Najib. Walaupun promosi pemimpin nombor walid negara itu bukan sahaja giat dilakukan oleh Radio Telivisyen Malaysia (RTM) malah konglomerat media seperti Media Prima pun sibuk nak mempromosi pemimpin bernama Najib Razak namun ianya hanya dianggap sama seperti iklan-iklan lain di mana iklan itu dibuat untuk melariskan produk yang tidak laku sama seperti iklan mengenai Najib Razak la di mana iklan itu dibuat bagi mempengaruhi rakyat agar tidak mengarahkan sokongan mereka ke pemimpin pembangkang terutamanya Tun Mahathir Mohd. Oleh yang demikian, serangan bertubi-tubi mereka lakukan terhadap Tun kerana mereka sudah tidak senang duduk kerana mereka sendiri pun merasakan pasca PRU14 mereka bukan lagi kerajaan pemerintah tetapi sudah menjadi pembangkang. 

Halatuju Pakatan Harapan ialah ke arah kerajaan yang bukan sahaja yang lebih adil dan telus malah yang memahami bebanan rakyat. Penulis percaya sekiranya Pakatan Harapan diberikan peluang tidak mustahil banyak berita-berita gembira yang dapat dirasai dan secara tidak langsung bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat selama ini akan berkurangan sedikit demi sedikit. 

Mungkin PRU14 masa yang sesuai bagi rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada kerana rakyat sudah tidak perlu lagi mempertahankan Kerajaan Barisan Najib kerana ia tidak akan memberikan apa-apa keuntungan kepada rakyat kecuali pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun ia boleh diibaratkan sebagai lekat celah gigi kerana apa yang rakyat perlu keluarkan lagi lebih daripada apa mereka dapat.

Akhirkalam, penulis percaya peluang Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan adalah 50-50 berdasarkan keadaan semasa dewasa ini. Namun, Pakatan Harapan perlulah bertindak dengan bijak bagi memastikan impian setiap rakyat marhaen menjadi realiti.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin