Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 15, 2017

MAMPUKAH GABUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?

MAMPUKAH GABUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang kita ketahui bahawa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kini sudah menjadi rakan seperjuangan, siapa sangka jika dahulu mereka berdua bermusuh kini mereka bersatu dengan matlamat yang satu menumbangkan rejim Barisan Najib di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ini menjadikan PRU14 nanti sudah tentu menjadi semakin menarik. 

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim pernah bergandingan semasa kedua-duanya berada di dalam Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. di mana Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim pula selaku Timbalan Perdana Menteri. Siapa sangka mereka sebelum ini umpama musuh ketat tetapi akhirnya melupakan persengketaan lama meneruskan hidup baru dalam perjuangan di dalam membebaskan Malaysia daripada cengkaman Rejim Barisan Najib. 

Persoalan yang timbul di sini adakah mampu Gabungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ini membawa kepada pembentukkan Kerajaan Persekutuan yang baru, yang bersih dan yang selamat serta progresif. Mungkin dengan pembentukkan kerajaan baru era Kerajaan sentiasa betul akan tamat , pendekatan yang lebih mesra rakyat 

Kalau kita mendengar statement yang dikeluarkan oleh para pengikut setia rejim Barisan Najib sudah tentu mereka mencemuh gabungan ini dengan kata-kata nista sebagai 'perang saraf' yang terbaik untuk menghadapi PRU yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat. 


Namun, apa yang mereka kata bukanlah kayu ukur yang sebenar di dalam kita meramalkan adakah gabungan dua mantan ini mampu memberi persaingan sengit kepada rejim Barisan Najib, apa yang kita tahu semua jawapan itu ada pada rakyat di mana merekalah penentu rasmi untukk menentukan adakah perjuangan mereka diterima oleh rakyat atau tidak.

Akhir kalam, kerajaan yang ada pada hari ini perlu ditukar demi menjamin masa depan yang lebih cerah dan juga sedikit sebannyak kita akan dapat tahu mengenai peel perangai kerajaan menunggu ini. Jangan pandang remeh kepada mereka, mereka boleh menjadi kuat sekiranya mereka bersatu, 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin