Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 26, 2017

Kenaikkan Kadar Tol Satu Bebanan Baru Buat Rakyat

Kenaikkan Kadar Tol Satu Bebanan Baru Buat Rakyat
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya ramai pun sudah mengenai berhubung kenaikkan kadar tol untuk beberapa lebuh raya yang dijangka bermula oktober ini. Bagi mereka yang belum mengetahuinya boleh membuat rujukan dengan klik di sini. Antara lebuh raya yang terlibat dalam kenaikkan ini ialah Lebuhraya Smart, Lebuhraya Maju Expressway, Lebuhraya Kajang SILK, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Highway (Lebuhraya KLK), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Kenaikkan kadar tol ini sememangnya akan menambahkan bebanan rakyat di dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ini. Ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit yang pada masa ini sudah mengurangkan kuasa beli rakyat. Selain itu, rakyat turut dibebani dengan cukai Good and Services Tax (GST) kini kerajaan Barisan Najib nak tambah lagi beban rakyat dengan menaikkan kadar tol, mungkin inilah hadiah kerajaan Barisan Najib kerana memilih Barisan Najib sebagai kerajaan mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu. 

Penulis percaya ramai di kalangan rakyat marhaen yang tidak berkereta mewah, tidak mempunyai pemandu, tidak mempunyai pengawal peribadi dan juga tidak mempunyai jet peribadi serta paling penting sekali tidak mempunyai kuasa sehebat Perdana Menteri tidak bersetuju dengan kenaikkan ini kerana selama ini mereka sudah cukup terbeban dengan cukai itu dan cukai ini, kenaikkan harga barang, kejatuhan nilai ringgit, kelembabpan ekonomi global kini mereka cuba dibebankan pula dengan kenaikkan harga tol. Mungkin ini hadiah paling beharga buat penyokong setia Kerajaan Barisan Najib yang sentiasa berada di belakang Najib walau apa pun berlaku.

Sudahlah rakyat telah dibebankan dengan cukai GST, tak lama lagi pula ada Cukai Penginapan pula di hotel-hotel negara kita dan yang terbaru kenaikkan kadar tol. Kenapa tak diguna sahaja duit pendapatan daripada GST untuk membayar kepada syarikat konsensi tol bagi mengelakkan kenaikkan tol? Bercakap mengenai GST rakyat sepatutnya diberitahu ke mana duit pendapatan dari GST di belanjakan. Adakah ia dibelanjakkan kepada perkara-perkara yang mampu memberi manfaat kepada rakyat marhaen? Bukan sedikit kutipan hasil daripada GST ini, malah boleh dikatakan setiap hari rakyat terpaksa membayar cukai tersebut jadi rakyat sepatunya mempunyai hak untuk tahu kemana duit tersebut dibelanjakan.

Kenapa kerajaan pada hari ini terus memberi kesusahan dan membebankan rakyat. Kerajaan perlu ingat suara rakyat suara keramat. Sekiranya kerajaan terus membebankan rakyat penulis percaya satu hari nanti rakyat akan 'ajar' secukupnya Kerajaan Barisan Najib ini tambahan pula Pilihan Raya Umum Ke 14 sudah semakin hampir sudah tentu rakyat akan menggunakan peluang itu untuk mengundurkan kerajaan pada masa sekarang dan menggantikanya dengan kerajaan baru yang mungkin boleh membantu mengurangkan beban mereka serta beberapa 'bonus' lain sekiranya mereka menukar kerajaan yang ada sekarang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin