Bilangan Pengunjung:

Thursday, July 20, 2017

Mampukah Shahrir Samad Selamatkan Felda?

Mampukah Shahrir Samad Selamatkan Felda?
Oleh: yieMEGA

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN atau ringkasnya FELDA merupakan sebuah agensi
kerajaan yang dipertangungjawabkan di dalam menguruskan peneroka melalui tanah-tanah rancangan yang dikurniakan kepada peneroka dengan membuat projek tanaman sawit di atasnya dengan kata lain projek tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah.

Tak berapa lama lagi FELDA akan menyambut hari peneroka, berkebetulan sebentar tadi dalam slot Soal Jawab yang disiarkan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad subsidiari Media Prima melalui TV3 telah menampilkan Pengerusi FELDA yang baru iaitu Datuk Shahrir Samad yang menggantikan Datuk Isa Samad, Datuk Shahrir mempunyai misi tersendiri iaitu misi menyelamatkan FELDA.
Penulis percaya umum sudah mengetahui kebelakangan ini beberapa isu-isu panas yang membelenggu FELDA jadi Datuk Shahrir dalam misinya untuk membersihkan FELDA daripada anasir-anasir jahat dan isu-isu panas yang boleh membuatkan rakyat terutamanya peneroka hilang kepercayaan terutamanya kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia yang berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling menghangatkan ialah isu berkenaan Felda Global Ventures (FGV) dan juga Felda Investment Corporation (FIC). Isu melibatkan FGV adalah tunggakan hutang daripada sebuah syarikat dari Dubai sebanyak AS$8.3 Juta manakala isu yang melibatkan FIC pula isu pembelian sebuah hotel di kota London, Britain lebih mahal pada harga sebenar sehinggakan mendorong Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan ke atas kedua-dua subsidiari FELDA terbabit. Isu melibatkan FGV boleh rujuk di sini. Isu mengenai FIC boleh rujuk di sini


Semasa menonton rancangan bual bicara Dialog sebentar tadi, penulis dapati Datuk Shahrir mengatakan bahawa dia dalam usaha untuk membersihkan dan menyelamatkan FELDA salah satu langkah pertama beliau apabila dilantik menjadi Pengerusi FELDA ialah meminta semua Ahli Lembaga Pengarah FGV yang lama meletakkan jawatan dan digantikan dengan Ahli Lembaga Pengarah yang baru yang katanya semua Ahli Lembaga Pengarah yang baru itu bukan di kalangan orang politik dan juga tiada pertalian saudara mara denganya malah mereka dilantik berdasarkan kepakaran masing-masing. Jika benar apa yang dikata penulis bersetuju denganya mana-mana Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkait kerajaan sepatutnya tidak mengambil orang politik ataupun sesiapa yang ada pertalian keluarga kerana ia bakal merosakkan syarikat tersebut dan sudah tentu ia akan membawa kepada kemarahan rakyat kerana syarikat-syarikat tersebut menggunakan duit rakyat.

Kalau kita imbau balik sejarah kegemilangan FELDA, pada pandangan penulis FELDA dilihat paling berjaya semasa era Tan Sri Dr. Yusof Noor menjadi Pengerusi FELDA tak lama dahulu, pada waktu itu FELDA kelihatan begitu cemerlang sekali. Terfikir juga di benak fikiran penulis mampukah Datuk Sharir Samad mengembalikan zaman kegemilangan FELDA di era Tan Sri Dr. Yusof Noor. Namun daripada apa yang dicakapkan oleh beliau di dalam rancangan DIALOG tersebut ada berkemungkinan beliau mampu mengembalikan zaman kegemilangan tersebut.

Namun, bagi penulis Datuk Shahrir perlu membuktikan kenyataan beliau tersebut bukanlah retorik semata-mata, usaha-usaha untuk merevolusi FELDA hendaklah dipergiatkan oleh beliau agar agensi tersebut bukan sahaja dapat mengembalikan kepercayaan peneroka malah mengembalikan kepercayaan rakyat.

Akhir kalam, penulis berharap di bawah kepimpinan pengerusi baru diharap FELDA mampu kembali menjadi salah sebuah agensi kerajaan yang cemerlang dan imejnya dapat dibersihkan sepenuhnya. Di kesempatan ini penulisi ingin mengucapkan selamat hari peneroka kepada semua peneroka FELDA di seluruh Malaysia semoga semuanya terus maju jaya, dalam masa yang sama penulis akan terus memperjuangkan hal-hal berkait peneroka di dalam blog penulis ini. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin