Bilangan Pengunjung:

Friday, July 28, 2017

ROS Perlu Luluskan Pendaftaran Pakatan Harapan

ROS Perlu Luluskan Pendaftaran Pakatan Harapan
Oleh: yieMEGA

JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) boleh dikatakan perlu meluluskan permohonan pendaftaran parti Pakatan Harapan bagi menyuburkan lagi demokrasi di negara kita ini. ROS perlu lebih profesional di dalam menjalankan tugas mereka demi memastikan keadilan dapat diwujudkan dengan memberi peluang kepada Pakatan Harapan dengan meluluskan pendaftaran parti ini. 

Untuk rekod, Pakatan Harapan telahpun menghantar permohonan rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan parti politik sepertimana diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohd di dalam sidang medianya baru-baru ini. Permohonan itu telah dibuat melalui talian sepertimana yang diminta oleh pihak ROS. 

Bagaimanapun sampai sekarang ia masih menjadi persoalan ialah adakah ROS akan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan atau sebaliknya. Malah penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO juga ragu-ragu adakah ROS akan meluluskan Pakatan Harapan atau tidak sepertimana yang diperkatakan oleh beliau di blog milik beliau Merah Tinta MSO di dalam artikel yang bertajuk "Sukar Untuk ROS luluskan Harapan sebagai sebuah gabungan politik". 



MSO turut memberi hujah bahawa Pakatan Rakyat satu masa dahulu pernah cuba untuk didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik namun pendaftaran itu tidak diluluskan atas beberapa alasan teknikal. Jadi MSO membayangkan kemungkinan besar Pakatan Harapan juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana Pakatan Rakyat tak lama dahulu. 

Sekiranya apa yang diramalkan oleh MSO benar-benar berlaku maka terbuktilah bahawa berlaku deskriminasi di dalam pendaftaran Parti yang dikendalikan ROS. Ia akan menampakkan bahawa ROS sebuah jabatan yang tiada profesionalisme ketika menjalankan tugas, malah ia akan membuktikan keputusan ROS berat sebelah menyebelahi kerajaan pemerintah.

ROS sepatutnya tidak perlu takut untuk meluluskan permohonan Pakatan Harapan. Kerajaan Barisan Najib juga kena jadi anak jantan, jangan mengelak untuk bertarung di medan pertempuran oleh itu sewajarnya dengan menyokong pendaftaran Pakatan Harapan diluluskan. Sekiranya Kerajaan Barisan Najib cuba mengelak pertandingan di medan tempur dengan meminta ROS untuk tidak meluluskan permohon pendaftaran Pakatan Harapan ternyata mereka adalah bacul dan pengecut atau dalam bahasa kasarnya Kerajaan Barisan Najib 'tiada telur' kerana tidak berani menghadapi pertempuran di medan yang sebenar.

Bagi penulis, ROS sewajarnya meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan bagi membuktikan mereka sebuah organisasi yang benar-benar telus dan tidak dipengerahi oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Penulis percaya sekiranya Pakatan Harapan diluluskan pastinya ia akan menyemarakkan lagi semangat demokrasi dalam negara kita Malaysia.

Akhirkalam, ROS perlu lebih rasional di dalam membuat keputusan demi memastikan kesuburan demokrasi di tanah tumpahnya darahku ini. Ia adalah untuk kebaikkan demi Malaysia.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin