Bilangan Pengunjung:

Friday, July 7, 2017

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?
Oleh: yieMEGA

PRESIDEN Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan jolokan "Donald Trump Malaysia" dijangka akan berhijrah ke Parlimen Rantau Panjang sepertimana yang didedahkan oleh penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya yang bernama Merah Tinta MSO. Kalau pendedahan MSO ini menjadi kenyataan ini bermakna satu berita baik buat rakyat-rakyat di dalam Parlimen Rantau Panjang, dan satu berita buruk buat pengundi di Parlimen Pasir Mas.

Setelah sekian lama Ibrahim Ali bertapak di Pasir Mas sebagai kubu kuat politik beliau, mungkin kini sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah tambahan pula rakyat Pasir Mas telah menzahirkan bahawa mereka sudah tidak menyanyangi Ibrahim Ali lagi apabila dalam PRU13 yang lalu, pengundi-pengundi di parlimen ini sudah tidak lagi memilihnya sebagai wakil rakyat untuk Parlimen Pasir Mas sebaliknya mereka telah memberi undi yang tinggi kepada anak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Mungkin mereka yang berada di luar Pasir Mas tidak mengetahui bahawa kebanyakkan kemajuan-kemajuan yang ada di Pasir Mas hari ini adalah hasil daripada usaha-usaha dan titik peluh Ibrahim Ali antaranya ialah Jambatan Tendong, Jambatan Pasir Mas Salor, Bandar Baru Lubuk Jong, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubuk Jong dan Bangunan Mara di Pasir Mas. 


Keputusan PRU13 nyata sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat Pasir Mas tidak menghargai perjuangan Ibrahim Ali yang bertungkus lumus membangunkan Pasir Mas selama ini. Jasa-jasa beliau telah diabaikan oleh pengundi Parlimen Pasir Mas sebaliknya mereka memilih orang lain untuk menjadi pengemudi baru untuk Parlimen Pasir Mas ini. 

Bagi penulis, kalau tiada orang seperti Ibrahim Ali ini tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa Pasir Mas tidak akan semaju sepertimana pada hari ini. Ternyata tindakan pengundi Pasir Mas memilih orang lain menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas boleh dikatakan sebagai menolak tuah.

Mungkin perkara ini mendorong Ibrahim Ali untuk berhijrah ke Parlimen Rantau Panjang. Penulis menyokong penuh tindakan Ibrahim Ali ini kerana kalau orang tak suka buat apa kita tunggu lagi kita pergi carilah orang yang lebih menyukai kita.

Kiranya penghijrahan Ibrahim Ali ke Rantau Panjang ini menjadi kenyataan, penulis menyeru pengundi-pengundi di Parlimen Rantau Panjang untuk berfikir panjang pilihlah Ibrahim Ali sebagai Ahli Parlimen Anda, in shaa Allah Rantau Panjang akan membangun dan berkembang pesat. Kalau nak tahu Acu, Try, Test tengok kalau tak bagus tukar lah balik. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin