Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Sultan Azlan Shah of Perak. Show all posts
Showing posts with label Sultan Azlan Shah of Perak. Show all posts

Friday, March 6, 2009

Kecelaruan Politik Malaysia

Pada artikel penulis yang lepas penulis telah memberikan komen mengenai senario yang berlaku di dalam arena politik Malaysia masa kini, artikel yang bertajuk "Politik Malaysia Hari Ini" mungkin sudah ramai pembaca setia blog ini sudah membacanya, pada artikel penulis pada kali ini juga akan memberikan komen berhubung politik di Malaysia yang menjadi semakin melucukan serta meragukan.

Hari ini kelembapan ekonomi dunia benar-benar memberi kesan kepada Malaysia amnya dan kepada Rakyat Malaysia khasnya. Kalau kita lihat pada hari ini semakin banyak kilang-kilang yang bertaraf multinasional sudah mengurangkan kos operasi mereka dengan bertindak membuang pekerja-pekerja mereka atau dengan istilah yang lebih lembut, mengurangkan bilangan pekerja mereka bagi menjimatkan kos operasi di dalam memngharungi kelembapan ekonomi dunia yang sedikit sebanyak telah mengurangkan pendapatan syarikat atau kilang tersebut dan ada diantaranya berlaku 'pengeluaran melebihi permintaan'.

Walaupun begitu, seolah-olah rakyat Malaysia tidak prihatin dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka selesa untuk berpolitik daripada memberi idea-idea kepada kerajaan untuk membantu membuat pemulihan ekonomi ataupun ransangan ekonomi. Politik di Malaysia pada hari ini semakin buntu dan kadang-kadang tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang politik Malaysia dewasa ini amat memalukan dan kebanyakkan pemimpin yang bertindak seolah-olah mereka adalah masih kanak-kanak.

Sidang Dun Bawah Pokok
Baru-baru ini dilaporkan bahawa beberapa ahli Pakatan Pembangkang di Perak telah membuat satu sidang Dewang Undangan Negeri di bawah pokok. Saling tak tumpah seperti pondok-pondok zaman kanak-kanak dulu.
Bagi penulis tindakan tersebut amatlah memalukan, dan langsung tidak melambangkan mereka sebagai pemimpin sepatutnya menjadi idola kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Penulis percaya mereka masih mempunyai pemikiran yang waras yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa dan mampu berfikir dengan elok serta profesional, tetapi kenapa mereka bertindak sedemikian seolah mereka masih berada di zaman kanak-kanak, adakah mereka masih berfikiran kanak-kanak ataupun mereka tidak puas menghadapi zaman kanak-kanak yang diketahui ramai indahnya zaman ini.

Penulis berharap selepas insiden melalukan seperti ini tidak akan berlaku pada masa-masa yang akan datang, tambahan pula kita sedang berada di dalam fasa kelembapan ekonomi dunia pada waktu ini, kejadian-kejadian seperti ini boleh mengudang malapetaka ekonomi kepada negara kita dan boleh juga mendatangkan kesan atau mudarat kepada kita sebagai Rakyat Malaysia, hentikanlah politikus, marilah bersama berganding bahu memulihkan ekonomi untuk kesejahteraan kita bersama.
Reblog this post [with Zemanta]
Baca Lagi!

Friday, February 27, 2009

Politik Malaysia Hari Ini

Sudah begitu lama penulis tidak memuatkan sebarang artikel di dalam blog ini memandangkan kesibukan tugas harian penulis dan masa lapang penulis agak terhad kerana kadangkala penulis terpaksa melakukakan tugas-tugas khas demi negara yang tercinta. Kebetulan hari ini penulis mempunyai sedikit masa terluang jadi penulis mengambil kesempatan ini untuk mengulas mengenai isu-isu politik semasa yang berlaku di negara kita.

Apa yang berlaku di Perak

Penulis percaya sudah ramai yang mengetahui apa yang berlaku di perak, namun bagi mereka yang ketinggalan ingin juga penulis menceritakan serba sedikit apa yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan itu.

Sebelum ini selepas Pilihan Raya Umum ke 12 Kerajaan Negeri Perak telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PAS walaupun PAS mempunyai hanya beberapa kerusi sahaja di DUN Perak, namun ia akhirnya ditumbangkan dan memberikan peluang kepada Barisan Nasional untuk kembali mentadbir Perak.

Namun keputusan tersebut nampaknya tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, berlaku protes besar-besaran di Perak, sehinggakan ada yang sanggup menahan kereta yang dinaiki oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Dr. Nadzrin.

Setelah beberapa hari isu tersebut menhangatkan arena politik tanah air, isu itu kembali reda, namun panas tidak selalunya ke petang apabila isu itu kembali hangat diperkatakan selepas Speaker DUN Perak bertindak Mengantung MB dan semua Exco baru BN dan dipercayai adalah satu strategi untuk mengadakan undi tidak percaya kepada MB Baru Perak dan menjangka ia akan berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana selepas pergantungan tersebut bilangan ADUN BN lebih sedikit berbanding ADUN Pakatan Rakyat maka ia akan memberi kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat.

Apa yang penulis dapat katakan disini, jelas sekali politik Malaysia pada hari ini terlalu banyak kecelaruanya. Jika pembaca masih ingat isu pemilihan MB Terengganu dahulu yang mana membawa kepada BN dilabelkan Penderhaka kerana tidak puas hati dengan perlantikan MB Baru, namun ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan "patik pohon derhaka" seperti yang dinyatakan oleh Bekas MB Perak Ir. Nizar. Begitu juga dengan aktivis-aktivis PAS semasa isu di Terengganu mereka lah paling banyak berusaha agar BN terus digelar penderhaka dengan mereka bergerak dalam Pertubuhan yang kononya ditubuhkan untuk membela Raja contohnya MAMPAT, walhal ia hanyalah sekadar strategi politik untuk mengalihkan sokongan rakyat Terengganu kepada mereka. Hari ini Allah itu Maha Adil apabila tiba giliran mereka digelar 'penderhaka' izinkan penulis mengelarkan mereka 'penderhaka terlampau'.

Apa yang berlaku di Parlimen

Semalam Buletin Utama TV3 menyiarkan laporan mengenai Insiden yang berlaku di Parlimen Malaysia yang juga menjadi tajuk utama Buletin Utama tersebut. Bagi penulis insiden memalukan kerana sebagai wakil rakyat yang menjadi ikon kepada rakyat sepatutnya tidak mempamerkan mereka sebagai gangster.

Kalau di zaman sekolah, jika pergaduhan seumpama ini berlaku, kedua-dua pihak akan dipersalahkan dan dihukum, penulis menuntut perkara yang sama patut dilakukan terhadap mereka yang terlibat, inilah baru boleh dikatakan satu tindakan yang adil disamping ia akan secara tidak langsung mengajar MP supaya menjaga tingkah laku kerana mereka adalah pemimpin.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin