Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Himpunan Baju Merah

Himpunan Baju Merah
Oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September 2015 dijangka akan diadakan satu perhimpunan yang dikenali dengan nama "Perhimpunan Baju Merah". Mengikut maklumat perhimpunan tersebut diadakan untuk bertindak balas terhadap Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini boleh dikatakan didominasi oleh kaum cina. Paling mendatangkan kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu ialah semasa Perhimpunan Bersih 4.0 berlaku satu insiden yang tidak diingini yakni insiden memijak gambar Perdana Menteri dan juga Presiden PAS yang secara kebetulan kedua-dua mereka ini adalah orang Melayu.

Penulis difahamkan sepertimana yang dilaporkan oleh Dr. MiiM. Perhimpunan tersebut menyaksikan pesertanya membuat perarakan penyapu di dalam Perhimpunan Bersih 4.0. Penulis percaya ramai yang berada di luar sana masih ingat sebelum peristiwa 13 Mei 1969 kaum cina juga telah membuat perarakan penyapu. Dikatakan penyapu tersebut bermaksud "Sapu Melayu" hingga mendatangkan kemarahan Melayu. Pada perhimpunan Bersih 4.0 mereka mengulangi perkara yang sama ini juga mendatangkan kemarahan umat Melayu.

Penulis percaya di luar sana pembangkang pro DAP dan DAP sendiri telah berusaha keras untuk memastikan Perhimpunan Baju Merah ini gagal dan ramai juga yang melaungkan bahawa Perhimpunan Baju Merah ini berbaur perkauman dan hendaklah dielakkan. Penulis melihat secara terang lagi bersuluh DAP sememangnya mengamalkan sikap 'double standard' dengan berkata Perhimpunan Baju Merah berbaur perkauman.

Baca Lagi!

Sunday, September 18, 2011

HARI MALAYSIA


HARI MALAYSIA
oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September merupakan detik bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh keramat itulah negara bernama Malaysia ditubuhkan, kini Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

16 September 2011 sekali lagi sejarah diukir apabila sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak ini menjadikan sambutan Hari Malaysia lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dalam pada itu marilah kita bersama-sama bersatu untuk merealisasikan hasrat transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Penulis berharap sempena Hari Malaysia ini semua pemimpin-pemimpin tak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun oposisi hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi dan janganlah mereka kerja secara main-main lagi.

ISA DIMANSUHKAN

SEPERTIMANA yang anda semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu pengumuman yang boleh dikatakan berani iaitu mengenai pemansuhan undang-undang yang tidak disenangi oleh oposisi iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mungkin pihak oposisi akan mendakwa perjuangan mereka selama ini telah berjaya apabila DS Najib mengisytiharkan demikian rupa, namun mereka silap kerana pemansuhan tersebut dibuat ialah lanjutan daripada program-program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini.

Pihak oposisi tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berhasil kerana pemansuhan ini dibuat adalah sebahagian daripada plan transformasi Kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai pemansuhan ISA, penulis merasakan adalah lebih baik undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan untuk menggantikan ISA hendaklah lebih baik daripada ISA. Penulis percaya sudah tentu PM sudah ada cara yang terbaik untuk menggubal undang-undang untuk menggantikan ISA.


Baca Lagi!

Monday, August 15, 2011

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Oleh: yieMEGA

TINGGAL kurang dari 15 hari lagi negara kita akan menyambut detik yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia. Detik yang penuh bersejarah yang dimaksudkan ialah apabila 31 Ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan negara.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itulah tema sambutan Hari Kebangsaan negara kita pada kali ini. Apa yang menjadi kemerdekaan tahun ini lebih bermakna apabila ia berdekatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tertarik penulis kepada perkataan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", ia adalah bersesuaian dengan transformasi demi transformasi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, begitu banyak transformasi yang dilakukan oleh DS Najib sebelum ini. Persoalanya adakah semua transformasi tersebut sudah berjaya atau sebaliknya.

Penulis kejayaan program-program transformasi yang dijalankan Najib mungkin akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat untuk menentukan kesinambungan DS Najib sebagai Perdana Menteri pada PRU13 akan datang.

Memang benar, sekiranya transformasi berjaya rakyat akan sejahtera. Itulah hakikat yang perlu diakui oleh DS Najib Tun Razak. Persoalan pokok di sini, adakah transformasi-transformasi yang dilakukan telah berjaya atau tidak.

Jika transformasi berjaya, ini bermakna Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan rakyatnya akan terus kekal sejahtera. Tambahan pula kita menyambut Kemerdekaan kali ini berdekatan dengan Aidilfitri.

Dalam pada itu, mengikut maklumat yang penulis terima sambutan kemerdekaan pada kali ini akan ditunda kepada 16 September 2011, kebetulan pula pada 16 September adalah Hari Malaysia jadi maknanya Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan akan disambut serentak pada tahun ini.

Di dalam kita menunggu 15 hari lagi hari kemerdekaan negara kita, bersama-samalah kita ingat dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang pada waktu itu bertungkus lumus untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita.

Fahamilah erti kemerdekaan yang sebenarnya, ingatlah Merdeka bukan bermakna kita bebas merempit, kita bebas membuat apa yang kita suka yang melampaui undang-undang sivil mahupun undang-undang syariah.

Kepada anak-anak muda belia di luar sana marilah kita bermuhasabah sendiri dan cuba kita hayati kemerdekaan negara kita dalam ertikata kemerdekaan yang sebenarnya dan hayatilah perjuangan-perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan di masa lalu.

Satu perkara yang kita harus dan patut ingat ialah "Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan", Hayati dan renung-renungkalah ungkapan ini agar negara kita terus kekal bebas dan merdeka.

Pesan penulis kepada semua kakitangan awam di seluruh negara, marilah bersama-sama kita berusaha untuk memastikan program-program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan kita akan berjaya untuk membolehkan rakyat kita sejahtera. Fikir-fikirkanlah.....


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin