Bilangan Pengunjung:

Monday, September 14, 2015

Himpunan Baju Merah

Himpunan Baju Merah
Oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September 2015 dijangka akan diadakan satu perhimpunan yang dikenali dengan nama "Perhimpunan Baju Merah". Mengikut maklumat perhimpunan tersebut diadakan untuk bertindak balas terhadap Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini boleh dikatakan didominasi oleh kaum cina. Paling mendatangkan kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu ialah semasa Perhimpunan Bersih 4.0 berlaku satu insiden yang tidak diingini yakni insiden memijak gambar Perdana Menteri dan juga Presiden PAS yang secara kebetulan kedua-dua mereka ini adalah orang Melayu.

Penulis difahamkan sepertimana yang dilaporkan oleh Dr. MiiM. Perhimpunan tersebut menyaksikan pesertanya membuat perarakan penyapu di dalam Perhimpunan Bersih 4.0. Penulis percaya ramai yang berada di luar sana masih ingat sebelum peristiwa 13 Mei 1969 kaum cina juga telah membuat perarakan penyapu. Dikatakan penyapu tersebut bermaksud "Sapu Melayu" hingga mendatangkan kemarahan Melayu. Pada perhimpunan Bersih 4.0 mereka mengulangi perkara yang sama ini juga mendatangkan kemarahan umat Melayu.

Penulis percaya di luar sana pembangkang pro DAP dan DAP sendiri telah berusaha keras untuk memastikan Perhimpunan Baju Merah ini gagal dan ramai juga yang melaungkan bahawa Perhimpunan Baju Merah ini berbaur perkauman dan hendaklah dielakkan. Penulis melihat secara terang lagi bersuluh DAP sememangnya mengamalkan sikap 'double standard' dengan berkata Perhimpunan Baju Merah berbaur perkauman.


Habis Perhimpunan Bersih 4.0 yang dimonopoli oleh kaum Cina itu bukan perhimpunan perkauman ke? Perarakan penyapu tu apa cerita? Pijak gambar pemimpin Melayu tu apa cerita? Adakah adil masa dia buat perhimpunan tak mengapa tapi masa kita nak buat perhimpunan dia kata Perkauman.

Inilah nasib Melayu di tanah air, kalau kaum lain buat tak mengapa tapi bila tiba giliran kita dia cakap perkauman. Pendek kata Melayu di negara kita sering dicop mengamalkan perkauman sedangkan mereka yang sememangnya Ultra Kiasu tidak pula dicop perkauman.

Melayu juga ada prinsip, Melayu juga ada hak tetapi tidak dapat bersuara nanti dikatakan "Perkauman". Masa kaum mereka membela hak mereka tidak pula mereka kata itu perkauman tapi bila kita bela nasib umat Melayu mereka sudah kata "Perkauman".

Pada pandangan penulis tindak-tanduk mereka ini tidak ubah seperti komunis yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan komunis berkuasa di bumi Malaysia tercinta ini. Ingat walaupun Komunis sudah lama meletak senjata namun tidak bermakna perjuangan mereka tamat di situ.

Mereka hanya letak senjata, namun mereka tetap berpegang kepada ideologi komunis dan perjuangan mengikut ideologi komunis mereka tidak akan tamat selagi mereka tidak boleh menguasai negara kita.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin