Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 30, 2015

Khir Toyo Mula Dipenjara

Khir Toyo Mula Dipenjara
Oleh: yieMEGA

SEMALAM bekas Menteri Besar Selangor semasa era Pemerintahan BN telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalankan hukuman penjara selama setahun atas dakwaan rasuah. Sebelum dipenjarakan Dr. Khir sempat membuat catatan di blognya. Catatan tersebut bertajuk "Catatan Di belakang Tirai Besi". 

Di dalam blog tersebut Dr. Khir memohon maaf kepada semua di atas kesilapanya. Selain itu, Dr. Khir juga hukuman ke atasnya atas sebab 'teknikal' kerana Pendakwa Raya belum dapat membuktikan kaitan kesnya dengan rasuah.

Penulis berharap para pembaca boleh membaca sendiri artikel blog Dr. Khir di pautan web yang telah penulis sediakan untuk pembaca-pembaca sekalian. Penulis mohon maaf penulis tidak boleh mengulas panjang lebar mengenai hukuman ke atas Dr. Khir kerana ia dikhuatiri akan jadi Cotempt of court. Dalam pada itu penulis politik terkenal negara iaitu Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO turut membicarakan hal yang sama di dalam blognya di bawah artikel yang bertajuk "Khir Toyo Berpindah Tempat Tidur Mulai Hari ini". 

Penulis tertarik dengan perkara no 4 di dalam catatan blog Dr. Khir: 

"Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya." - Dr. Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor.



 Penulis tertanya-tanya siapakah Pemimpin UMNO tersebut? Kenapakah beliau membuat tindakan tersebut? Dan mengapa beliau hendak menjatuhkan Dr. Khir. Bagi penulis orang seperti ini amat bahaya buat UMNO kerana ia boleh menjatuhkan siapa sahaja asalkan kemahuanya tercapai. Orang seperti ini tidak patut ada di dalam UMNO kerana jika ia terus dibiarkan kemungkinan besar ia akan menghancurkan UMNO. Ahmad Maslan kena siasat perkara ini kerana inilah yang dikatakan musuh di dalam selimut.

Pada masa yang sama saya meminta Isteri Dr. Khir mendedahkan siapa yang sebenarnya pemimpin UMNO tersebut bagi memudahkan kerja-kerja Ahmad Maslan. Minta-minta pemimpin itu bukanya Ahmad Maslan. Oh ya jangan lupa ya akronim NSB memang sesuai untuk Ahmad Maslan. Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan akronim NSB??? Jawapanya ialah Najib Semua Betul khas buat Ahmad Maslan orang yang paling kuat memuji Najib.

Kesempatan ini penulis berharap isteri Dr. Khir dapat bersabar dengan ujian ini dan terimalah ianya sebagai Qada' dan Qadar Allah. Penulis bersimpati dengan apa yang terjadi dengan Keluarga Dr. Khir tapi tak mengapa "Setiap benda yang berlaku itu ada hikmahnya" mungkin selepas Dr. Khir keluar penjara kelak dia akan mengetahui apakah hikmahnya disebalik insiden teknikal ini. Terus tabah menghadapi hari-hari mendatang Insya Allah orang yang dizalimi akan dibantu Allah.

Apa yang menimpa Dr. Khir semoga dapat dijadikan pedoman oleh Pemimpin-Pemimpin yang lain yang ada di Malaysia. Jangan lupa memerintah dengan adil dan saksama dan berhati-hatilah kerana musuh anda berada 'di mana-mana' tersilap langkah padah akibatnya. 

Pemimpin-pemimpin juga dinasihatkan supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh menghampiri kepada Rasuah tidak kiralah dari segi teknikal ke ataupun dari segi sebenar. Berhati-hatilah mungkin selepas ini jika anda Menteri Besar eloklah anda membuat rumah setinggan kerana kalau buat Rumah dikhuatiri akan didakwa menjalankan rasuah.

Akhir kalam, semoga Dr. Khir dapat menjalankan hukuman tersebut dengan jayanya dan penulis percaya penyokong-penyokong beliau akan terus berdiri di belakang beliau. Dalam pada itu, kepada Pemimpin UMNO yang disebutkan oleh Dr. Khir dengan nada yang keras penulis ingin berkata "Berambuslah daripada UMNO sekarang, Anda tak layak berjuang di dalam UMNO".  

No comments:

Blog Widget by LinkWithin