Bilangan Pengunjung:

Friday, October 2, 2015

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini Zahid Hamidi telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Tan Sri Muhyidin Yassin. Tahniah penulis ucapkan kepada beliau di atas perlantikanya itu. Penulis tidak ingin mempersoal tindakan DS Najib melakukan perlantikkan tersebut kerana penulis percaya sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk membuat perlantikkan tersebut.

Apa yang penulis ingin memberikan sedikit pandangan peribadi terhadap batang tubuh manusia bernama Zahid Hamidi ini. Apa yang penulis ingin tegur ialah cara beliau berpolitik semenjak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Penulis tiada niat lain cuma untuk kebaikkan masa depan politik beliau juga.

Terus terang penulis katakan cara Zahid Hamidi berpolitik selepas dilantik menjadi TPM ialah lebih kurang sama dengan budak-budak tadika hingusan yang baru dilantik menjadi Ketua Murid. Sebagai seorang TPM beliau sepatutnya lebih rasional dan bukanya emosional tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Penulis perhatikan sejak Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM ni dia kelihatan seperti kebudak-budakkan dan mengamalkan politik cabar mencabar yang sememangnya politik jenis ini sememangnya telah ketinggalan zaman dan lapuk dek hujan.




Zahid perlu ingat yang kedudukan beliau belum tentu selamat dan bila-bila masa sahaja beliau boleh tumbang. Ingatlah kalau kita nak tunjuk 'gedebe' sebagai TPM akan membuatkan seseorang itu berminat untuk beradu 'gedebe' dengan anda. Sebagai contoh di luar sana sudah banyak kes orang 'gedebe' telah dijatuhkan kerana orang membenci orang yang gedebe ini.

Penulis beri contoh sudah berapa orang Ketua Gangster sudah tewas kerana orang ramai membenci budaya gedebe ini. Sepatutnya sebagai TPM beliau kena bercakap sepertimana TPM dan bukanya budak-budak tadika yang hingusnya masih dikesat orang lain.

Budaya cabar mencabar ini sudah tidak laku di dalam arus politik moden. Rakyat-rakyat diluar sana dahagakan politik yang lebih moden dan bukanya politik yang berjalan mengundur kebelakang. Penulis sendiri atas alasan apa DS Najib melantik beliau menjadi TPM adakah DS Najib sendiri yang mahukan TPM yang berperangai seperti budak-budak tadika.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Blogger Mohd Sayuti Omar yang merupakan pemilik blog Merah Tinta MSO di dalam artikel blognya yang bertajuk "Apabila dua orang yang saya kenali bergaduh". 

Akhir kalam sememangnya Zahid Hamidi perlu mengubah corak beliau berpolitik untuk memastikan survival politik beliau berterusan. Jangan jadi TPM yang banyak bercakap daripada bekerja. Zahid Hamidi perlu menunjukkan bahawa dia lebih intelektual berbanding pemimpin yang lain. Ingatlah zahid berjalan biarlah kedepan dan jangan berjalan mengundur kebelakang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin