Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label unitar. Show all posts
Showing posts with label unitar. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Sekitar Konvokesyen UNITAR 2009

Sekitar Konvokesyen UNITAR 2009
Oleh: yieMEGA

KONVOKESYEN Universiti Tun Abdul Razak telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau Putrajaya International Convention Center (PICC) di Putrajaya 31 Oktober 2009. Istiadat Konvokesyen UniRazak disempurnakan oleh Canselor UniRazak Tun Rahah ibu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvokesyen itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang timbul semasa konvokesyen tersebut, antaranya para graduan terpaksa menahan lapar kerana pihak penganjur tidak menyediakan sarapan pagi ini menyebabkan beberapa graduan marah-marah kerana terpaksa menahan lapar, tambahan pula mereka perlu datang seawal pagi.

Satu lagi kepincangan yang berlaku mengenai majlis konvokesyen tersebut adalah apabila Majlis Makan Malam Bersama Graduan diadakan di tempat yang berjauhan dengan PICC, ramai graduan yang merungut mengenainya, ini adalah kerana kebanyakkan ibu-bapa graduan sudah berkampung di Putrajaya, dan oleh kerana ia diadakan di kawasan yang agak jauh dari Putrajaya ibu-bapa memilih untuk tidak pergi ke majlis makan malam tersebut, penulis tertarik dengan satu kenyataan graduan Unitar yang berbunyi "Kenapa Majlis Diadakan Terus di Johor Bharu dengan nada menyindir, ni lah universiti lintah darat sanggup menyusahkan graduan agar mereka sendiri tidak susah".

Ada juga yang mencadangkan agar di masa akan datang Konvokesyen ini tidak diadakan di PICC lagi, adalah lebih baik ia diadakan di satu yang baru, yang berdekatan dengan bandar, yang penuh dengan hotel bajet dan juga kedai makan kos rendah, bukan semua graduan UniRazak adalah orang kaya.

Baca Lagi!

Monday, September 8, 2008

11 Tuntutan Siswa UNITAR


Sebelum ini Laporan Eksklusif Suara Generasi Muda Malaysia mengetengahkan isu yang menghimpit Siswa Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Kali ini penulis ingin mengetengahkan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Siswa UNITAR untuk tindakan UMNO yang memiliki UNITAR secara tidak langsung menerusi Yayasan PINTAR. Penulis berharap ia akan mendapat perhatian para perwakilan yang akan bersidang pada Persidangan UMNO 2008.

Setelah berjumpa dengan Siswa UNITAR, mereka mencadangkan agar penulis mengetengahkan beberapa tuntutan mereka untuk menjadikan UNITAR sebagai Universiti milik bumiputera yang berprestij dan mesra siswa.

Berikut adalah cadangan atau tuntutan siswa UNITAR:

(1) Meminta Yuran Tahunan sebanyak RM500 dihapuskan kerana bagi mereka untuk apa mereka bayar sedangkan mereka tidak dapat apa-apa kelebihan daripada bayaran itu. Bayaran untuk fasiliti merupakan salah satu sebab yuran tersebut dikenakan, tetapi fasiliti masih ditakuk lama dan fasiliti itu langsung tidak memberi sebarang faedah kepada siswa.

(2) Meminta Kampus Induk UNITAR di Kelana Jaya membenarkan kampus-kampus cawangan menawarkan kursus Ijazah kerana dengan ini ia akan menambahkan kembali kemasukkan siswa ke UNITAR.

(3) Menggesa Pihak Pengurusan UNITAR menambahkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan siswa-siswa UNITAR di kampus induk dan cawangan.

(4) Menggesa Pengurusan UNITAR membaik pulih kampus-kampus cawangan dan juga beberapa kelengkapan di kampus-kampus cawangan.

(6) Menggesa supaya semua kursus boleh diadakan di semua kampus cawangan.

(7) Penyediaan Teks yang lengkap kepada Siswa di dalam bentuk buku tanpa memerlukan Siswa membuat salinan fotokopi untuk dijadikan nota.

(8) Kurangkan karenah Birokrasi.

(9) Pendekatan Pihak Pengurusan hendaklah mesra siswa dan bukanya memaksa siswa.

(10) Sistem Belajar Dahulu Bayar Kemudian Hendaklah Diperkenalkan.

(11) Pengurangan atau Diskaun terhadap Yuran Pengajian juga hendaklah dilakukan.
Penulis berharap perkara ini juga diberi keutamaan oleh perwakilan UMNO semasa Persidangan UMNO 2008 nanti kerana Siswa UNITAR adalah sebahagian rakyat Malaysia dan mereka bakal menjadi pemimpin pelapis pada satu masa kelak.

Penulis juga berharap, agar pihak perwakilan tidak memandang remeh berhubung tuntutan ini. Sebagai Universiti yang menjadi tanggungjawab kepada UMNO secara tidak langsung hendaklah UMNO berbuat sesuatu agar Universiti ini tidak akan mengalami kepupusan tambahan pula universiti ini bernamakan seorang yang besar namanya dan jasanya kepada negara.

Baca Lagi!

Friday, September 5, 2008

Rintihan siswa UNITAR


Kali ini penulis ingin mengetengahkan artikel yang menyentuh berkenaan masalah yang timbul di kalangan siswa Unitar atau nama penuhnya Universiti Tun Abdul Razak yang dahulunya dikendalikan oleh KUB Malaysia Berhad dan kini ia dikendalikan pula oleh Yayasan PINTAR.

Bagi membuka artikel ini, izinkanlah penulis menceritakan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan universiti tersebut. Universiti Tun Abdul Razak atau Unitar ditubuhkan pada 18 Disember 1997, pengambilan pertama universiti tersebut ialah pada 21 Disember 1998 dan berjaya menarik minat seramai 192 orang siswa pertama. Pada 21 Disember 1998 universiti ini telah dibuka secara rasminya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada masa itu beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan. Universiti itu juga turut dikenali sebagai universiti swasta pertama negara yang menggunakan konsep pembelajaran virtual atau "Virtual Learning".

Itulah serba sedikit yang dapat penulis coretkan tentang sejarah penubuhan Universiti Tun Abdul Razak ataupun UNITAR. Namun, menceritakan sejarah penubuhan UNITAR bukanlah menjadi motif utama penulis menulis artikel ini, tetapi penulis merasa terpanggil berhubung masalah yang bertalu-talu menimpa siswa UNITAR sejak kebelakangan ini.

Selepas KUB mengabungkan UNITAR dengan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan meletakkan ITTAR sebumbung dengan UNITAR, beberapa masalah telah timbul namun oleh kerana kebijaksanaan KUB masalah-masalah tersebut dapat diatasi dengan seberapa segera.

Namun, panas tidak selalu ke petang, akhirnya hujan di tengah hari, oleh kerana KUB pada masa itu tidak mampu lagi menanggung kerugian akibat subsidiari-subsidiari syarikat itu yang lain, mereka telah menggambil langkah untuk menjual kepentingan mereka di dalam UNITAR kepada sebuah organisasi yang dikenali sebagai YAYASAN PINTAR dan apa yang menariknya Yayasan tersebut dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada mulanya, siswa UNITAR pada masa itu meramalkan dengan pengambil alihan UNITAR oleh Yayasan PINTAR daripada KUB akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul pada masa itu. Namun, selepas beberapa bulan pengambil alihan tersebut ternyata sangkaan siswa UNITAR tersebut meleset. Pelbagai masalah baru yang timbul selepas pengambil alihan tersebut.

Izinkan penulis senaraikan masalah-masalah yang timbul:

(1) Tekanan yang tinggi kepada Siswa UNITAR agar menjelaskan yuran pengajian, di mana siswa yang gagal membayar yuran pengajian akan ditahan daripada mendudki peperiksaan akhir semester.

(2) Kekurangan tenaga pengajar, menyebabkan pihak pengurusan UNITAR terpaksa menggajikan pensyarah sambilan untuk mengajar siswa UNITAR.

(3) Timbulnya pelbagai khabar angin dan spekulasi yang membuatkan siswa UNITAR tidak merasa tenteram.

(4) Kekurangan kemasukkan siswa baru, ini adalah disebabkan oleh tindakan UNITAR induk untuk tidak membenarkan lagi kursus bertaraf ijazah dan ke atas dijalankan di kampus-kampus cawangan.

(5) Akibat daripada keterangan no (4) menyaksikan kampus-kampus cawangan UNITAR menjadi lumpuh dan mengalami kemerosotan kemasukkan siswa hingga ada cawangan yang hidup segan mati tak mahu sebagai contoh cawangan Kota Bharu.

(6) Banyak subjek yang sepatutnya ditawarkan gagal ditawarkan berikutan kekurangan pensyarah dan kekurangan siswa sehinggakan ada siswa yang terpaksa berpindah ke kampus induk di akhir pengajian mereka.

(7) Fasiliti yang terkebelakang, contohnya ialah makmal komputer, komputer di makmal universiti ini bukan sahaja terkebelakang tetapi ada di antaranya gagal berfungsi dengan baik kerana penyelengaraan berjadual tidak dijalankan.

(8) Penghijrahan siswa ke universiti lain, akibat daripada masalah-masalah yang timbul ini ramai siswa UNITAR yang berhijrah ke universiti lain kerana sudah tidak tahan dengan permasalahan yang timbul.
Langkah baik pulih perlu dilakukan segera terhadap UNITAR sebelum nasi menjadi bubur. Memang penulis akui jarang sangat siswa UNITAR yang mengangur kerana walaupun universiti ini adalah universiti swasta ia tetap mengutamakan kualiti.

Universiti yang banyak berjasa kepada ramai ini hendaklah dipelihara dengan cermat dan berhemah, kerana universiti ini telah memberi sumbangan yang besar maknanya kepada rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya.

Penulis mengingati janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO pada Persidangan Agung UMNO beberapa tahun lepas. Beliau telah berjanji untuk membangunkan dan memberi nafas baru kepada UNITAR.

Namun, sehingga kini penulis belum nampak usaha-usaha ke arah itu, apa yang penulis nampak sekian hari UNITAR terus ditimpa pelbagai masalah. Sepertimana kata pepatah kalau lembu berpegang kepada tali, manusia berpegang kepada janji.

Setakat ini, belum ada usaha-usaha yang serius di dalam memberi nafas baru kepada Universiti yang dimiliki secara tidak langsung oleh UMNO ini. Apa yang ada hanyalah janji-janji retorik dan tidak lebih sebagai 'gula-gula' kepada siswa UNITAR.

Penulis mengetengahkan perkara ini bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi sebagai universiti yang pernah berjasa kepada penulis sendiri, penulis merasakan penulis bertanggungjawab untuk memastikan universiti ini diselamatkan dengan seberapa segera. Ayuh bangkitlah dari tidur.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin