Bilangan Pengunjung:

Friday, September 5, 2008

Rintihan siswa UNITAR


Kali ini penulis ingin mengetengahkan artikel yang menyentuh berkenaan masalah yang timbul di kalangan siswa Unitar atau nama penuhnya Universiti Tun Abdul Razak yang dahulunya dikendalikan oleh KUB Malaysia Berhad dan kini ia dikendalikan pula oleh Yayasan PINTAR.

Bagi membuka artikel ini, izinkanlah penulis menceritakan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan universiti tersebut. Universiti Tun Abdul Razak atau Unitar ditubuhkan pada 18 Disember 1997, pengambilan pertama universiti tersebut ialah pada 21 Disember 1998 dan berjaya menarik minat seramai 192 orang siswa pertama. Pada 21 Disember 1998 universiti ini telah dibuka secara rasminya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada masa itu beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan. Universiti itu juga turut dikenali sebagai universiti swasta pertama negara yang menggunakan konsep pembelajaran virtual atau "Virtual Learning".

Itulah serba sedikit yang dapat penulis coretkan tentang sejarah penubuhan Universiti Tun Abdul Razak ataupun UNITAR. Namun, menceritakan sejarah penubuhan UNITAR bukanlah menjadi motif utama penulis menulis artikel ini, tetapi penulis merasa terpanggil berhubung masalah yang bertalu-talu menimpa siswa UNITAR sejak kebelakangan ini.

Selepas KUB mengabungkan UNITAR dengan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan meletakkan ITTAR sebumbung dengan UNITAR, beberapa masalah telah timbul namun oleh kerana kebijaksanaan KUB masalah-masalah tersebut dapat diatasi dengan seberapa segera.

Namun, panas tidak selalu ke petang, akhirnya hujan di tengah hari, oleh kerana KUB pada masa itu tidak mampu lagi menanggung kerugian akibat subsidiari-subsidiari syarikat itu yang lain, mereka telah menggambil langkah untuk menjual kepentingan mereka di dalam UNITAR kepada sebuah organisasi yang dikenali sebagai YAYASAN PINTAR dan apa yang menariknya Yayasan tersebut dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada mulanya, siswa UNITAR pada masa itu meramalkan dengan pengambil alihan UNITAR oleh Yayasan PINTAR daripada KUB akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul pada masa itu. Namun, selepas beberapa bulan pengambil alihan tersebut ternyata sangkaan siswa UNITAR tersebut meleset. Pelbagai masalah baru yang timbul selepas pengambil alihan tersebut.

Izinkan penulis senaraikan masalah-masalah yang timbul:

(1) Tekanan yang tinggi kepada Siswa UNITAR agar menjelaskan yuran pengajian, di mana siswa yang gagal membayar yuran pengajian akan ditahan daripada mendudki peperiksaan akhir semester.

(2) Kekurangan tenaga pengajar, menyebabkan pihak pengurusan UNITAR terpaksa menggajikan pensyarah sambilan untuk mengajar siswa UNITAR.

(3) Timbulnya pelbagai khabar angin dan spekulasi yang membuatkan siswa UNITAR tidak merasa tenteram.

(4) Kekurangan kemasukkan siswa baru, ini adalah disebabkan oleh tindakan UNITAR induk untuk tidak membenarkan lagi kursus bertaraf ijazah dan ke atas dijalankan di kampus-kampus cawangan.

(5) Akibat daripada keterangan no (4) menyaksikan kampus-kampus cawangan UNITAR menjadi lumpuh dan mengalami kemerosotan kemasukkan siswa hingga ada cawangan yang hidup segan mati tak mahu sebagai contoh cawangan Kota Bharu.

(6) Banyak subjek yang sepatutnya ditawarkan gagal ditawarkan berikutan kekurangan pensyarah dan kekurangan siswa sehinggakan ada siswa yang terpaksa berpindah ke kampus induk di akhir pengajian mereka.

(7) Fasiliti yang terkebelakang, contohnya ialah makmal komputer, komputer di makmal universiti ini bukan sahaja terkebelakang tetapi ada di antaranya gagal berfungsi dengan baik kerana penyelengaraan berjadual tidak dijalankan.

(8) Penghijrahan siswa ke universiti lain, akibat daripada masalah-masalah yang timbul ini ramai siswa UNITAR yang berhijrah ke universiti lain kerana sudah tidak tahan dengan permasalahan yang timbul.
Langkah baik pulih perlu dilakukan segera terhadap UNITAR sebelum nasi menjadi bubur. Memang penulis akui jarang sangat siswa UNITAR yang mengangur kerana walaupun universiti ini adalah universiti swasta ia tetap mengutamakan kualiti.

Universiti yang banyak berjasa kepada ramai ini hendaklah dipelihara dengan cermat dan berhemah, kerana universiti ini telah memberi sumbangan yang besar maknanya kepada rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya.

Penulis mengingati janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO pada Persidangan Agung UMNO beberapa tahun lepas. Beliau telah berjanji untuk membangunkan dan memberi nafas baru kepada UNITAR.

Namun, sehingga kini penulis belum nampak usaha-usaha ke arah itu, apa yang penulis nampak sekian hari UNITAR terus ditimpa pelbagai masalah. Sepertimana kata pepatah kalau lembu berpegang kepada tali, manusia berpegang kepada janji.

Setakat ini, belum ada usaha-usaha yang serius di dalam memberi nafas baru kepada Universiti yang dimiliki secara tidak langsung oleh UMNO ini. Apa yang ada hanyalah janji-janji retorik dan tidak lebih sebagai 'gula-gula' kepada siswa UNITAR.

Penulis mengetengahkan perkara ini bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi sebagai universiti yang pernah berjasa kepada penulis sendiri, penulis merasakan penulis bertanggungjawab untuk memastikan universiti ini diselamatkan dengan seberapa segera. Ayuh bangkitlah dari tidur.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

anip said...

memang betul bekas siswa UNITAR mempunyai masalah mahupun ketika dalam pengajian, start dr. loan yg diterima & yuran yang dikenakan berubah setiap masa, jumlah subject yang tidak relevan dan utk mendapatkan scroll selepas tamat pengajian(aku xde scroll lg), hutang tertunggak mesti dibayar terlebih dahulu. Sy adalah bekas siswa UNITAR Kota Bharu tahun 2000, Bachelor in IT, major in SE, selama sy disana, pelbagai masalah terpaksa dihadapi utk menamatkan pengajian, terutamanya kos yuran yg sentiasa berubah, melebihi jumlah loan yg diterima.Ramai rakan2 sy terpaksa menamatkan pengajian separuh jln kerana masalah trsbt, jumlah credit hour yg terpaksa diambil juga MENYUSAHKAN siswa, try compare la dgn IPT lain, kalau nak siswa lebih berkualiti bukan hanya jumlah subject perlu ditekan, tp kualiti & cara pembelajaran harus diberi penekanan, mmg la UNITAR ni mengamalkan sistem VIRTUAL, tp lecturer yg berkualiti perlu utk menjadi rujukan kami, kebanyakan lecturer mmg TIDAK LAYAK untuk menjadi sumber rujukan, sumber2 dr VIRTUAL LEARNING jg tidak boleh dimanfaatkan kpd pelajar sbb tiada info yg lengkap, kami terpaksa mencari inisiatif sendiri utk belajar, mmg la bagus tp kalau kami x guna facilities yg disedaikan x guna la kami masuk UNITAR. Apa keistimewaan yang kami dapat? komen ini rintihan dr sy, problem yg sy hadapi, x termasuk lg org2 lain yg menjadi MANGSA UNITAR. Patut la makin kurang orang join UNITAR, selagi sistem UNITAR yg sedia ada masih diguna pakai lg, mmg patut UNITAR terpaksa ditutup..

Blog Widget by LinkWithin