Image via WikipediaDiberitakan sekali lagi calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan dia tetap akan bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan Agung UMNO yang bakal mendatang. Nampaknya, keberanian Tengku Razaleigh atau Ku Li sememangnya wajar dipuji.
Tambahan pula Presiden AAB masih dengan pendirianya hanya akan melakukan "Peralihan Kuasa" pada Jun 2010 kelak. Memang ini masa terbaik ahli-ahli UMNO di akar umbi membuat pertimbangan yang sewajarnya demi menyelamatkan UMNO.
Apa yang penulis dapat lihat daripada Kerabat Diraja Kelantan ini yang juga diberi gelaran "Putera Raja Berjiwa Rakyat" ini ialah kenyataanya sentiasa konsisten dan tidak berubah-berubah tidak seperti Presiden AAB yang selalu membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung sesuatu isu atau turut di panggil "Flip-Flop" .
Ku Li memang terkenal dengan sikapnya yang tegas dalam menangani sesuatu isu, beliau juga ada semangat perjuangan Melayu yang kental bagi membela bangsanya. Selain itu, kepakaran ekonomi yang ada padanya juga merupakan satu kelebihan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas ekoran krisis dua syarikat Amerika iaitu AIG dan Lehman Brothers yang kini sedang ditimpa masalah.
Cara beliau berinteraksi dengan rakyat juga dapat menambat hati penulis dan ia menjadikan penulis kagum. Walaupun beliau adalah "Putera Raja" namun perkara tersebut tidak menjadikan Ku Li sebagai orang yang sombong. Kemesraanya dengan rakyat jelas terasa di dalam majlis-majlis Ku Li yang pernah penulis hadiri. Sifatnya yang sentiasa tersenyum membuatkan ia benar-benar pemimpin berjiwa rakyat walaupun sebenarnya adalah seorang putera raja.
Mungkin juga pada masa ini Ku Li merupakan satu-satunya 'bot penyelamat' yang dapat menyelamatkan anak-anak kapal UMNO daripada mati kelemasan. Mungkin tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang dengan adanya semangat yang ditunjukkan oleh Ku Li ia akan memberikan sejuta RAHMAT buat UMNO.

No comments:
Post a Comment