Bilangan Pengunjung:

Thursday, September 11, 2008

Komen Pengunjung Mengenai Pakatan Tun Dr. M, Ku Li dan TS Muhyidin Yasin

Salam saudara Yie,

Saya juga sependapat dengan saudara yie bahawa inilah zaman Tengku Razaleigh Hamzah kembali dipersada kepimpinan UMNO setelah kewibawaan beliau selama ini cuba ditenggelamkan.

Saya masih ingat kata-kata TRH suatu masa dahulu antaranya berbunyi "sebagai seorang ahli politik kalau hari ini saya tenggelam, besok InsyaAllah saya akan timbul balik. Saya akan bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat."

Tidak mengejutkan untuk Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO seterusnya memberi sokongan penuh kepada Tengku Razaleigh. Jika dahulu TRH memberikan laluan kepada TDM untuk menjadi orang kedua kepada Tun Hussien Onn, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk TDM mengembalikan semula kepercayaan Tun Hussein Onn kepada TRH memimpin UMNO. UMNO akan kembali bersinar andai gandingan Tengku Razaleigh (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden) diketengahkan dalam keadaan parti yang boleh disifatkan nazak kini.

Saya juga pernah meramalkan gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO. Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara. Tulisan saya ini pernah dikirimkan di blog kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad.

http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/03/gandingan-muhyiddin-tengku-razaleigh.html

Wasalam.- Zeme (http://zarulzeme.blogspot.com/)

Komen yieMEGA:

Sepertimana janji yang penulis buat kepada Zeme yang penulis akan membincangkan komen beliau di blog ini, bagi merealisasikan janji penulis telah membuat keputusan untuk membincangkanya pada artikel penulis pada hari ini. Terlebih dahulu penulis memohon maaf kepada saudara Zeme kerana agak lambat sedikit membincangkan komen ini kerana kebelakangan banyak sangat isu yang timbul untuk penulis kupas satu persatu tetapi kata orang 'better late than never' .

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zeme kerana sudi memberi maklumbalas mengenai tulisan penulis sebelum ini. Penulis ingin meneruskan artikel penulis kali ini mengenai kata-kata yang pernah diungkapkan oleh YBM Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li.

"Sebagai seorang ahli politik kalau hari ini saya tenggelam, besok InsyaAllah saya akan timbul balik. Saya akan bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat."
YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Ahli Parlimen Gua Musang
Mantan Menteri Kewangan
Calon Presiden UMNO 2008
Penulis amat bersetuju dengan ungkapan Ku Li tersebut kerana di dalam dunia politik ini diibaratkan sebagai 'berlayar dan berenang di lautan' ada ketikanya kita ditimpa ombak yang kuat sehingga membuatkan kita hampir lemas, dan ada ketikanya kita berupaya mengharungi ombak dan badai sehingga kita berjaya sampai ke daratan".

Ku Li boleh dikatakan sebagai orang yang paling berpengalaman di dalam UMNO tambahan pula beliau sekarang sudah bergelar negarawan. Dari segi kelebihan jika nak dibandingkan Ku Li dengan Presiden AAB memang boleh diibaratkan 'jauh panggang daripada api' Ku Li sebagai seorang yang mempunyai kepakaran ekonomi dan juga digelar 'Bapa Ekonomi' semasa eranya menjadi Menteri Kewangan yang memperkenalkan perubahan dasar sepertimana lahirnya syarikat minyak bertaraf antarabangsa iaitu Petronas, mata wang Malaysia pada era beliau juga jika dibandingkan dengan Singapura adalah sama nilainya. Selain daripada itu, sumbangan beliau kepada UMNO tidak kurang besarnya kerana sudi mengorbankan tanah peribadinya untuk kepentingan UMNO (tanah PWTC dan Menara Dato Onn).

Namun, sampai kini jasa-jasanya tidak diiktiraf oleh UMNO dan beliau terus dilayan seperti 'Askar Gurkha' semasa berada di dalam UMNO. Namun 'layanan' tersebut langsung tidak mematahkan semangat juangnya. Kini tiba masanya ahli UMNO memberi 'layanan istimewa' kepada 'Putera Raja Berjiwa Rakyat ini'.

Penulis mengharapkan laungan 'Perubahan' bergema di setiap ahli UMNO dan laungan 'Berani Berubah' juga hendaklah disemai mulai sekarang bagi memastikan kepimpinan cacat dan bisu 'Presiden AAB' menemui penghujungnya pada Pemilihan Agung UMNO Disember nanti.

Akhir Kalam, "Manusia Tidak Gagal dengan merancang, Manusia gagal kerana tidak merancang". Beranilah berubah dan fikir-fikirkanlah.

3 comments:

zeme said...

Salam saudara yie,

Terima kasih saudara yie atas penulisan tersebut. Memang benar, ini fakta bagaimana jasa-jasa Tengku Razaleigh ke arah pembangunan awal Ekonomi Melayu dan Malaysia. Lawatan perdagangan usahasama pertama dengan negara China suatu masa dahulu, PETRONAS, PERNAS, Bank Bumiputera, Dewan Perniagaan Melayu, pembinaan bangunan UMNO PWTC adalah sinonim dengan jasa YBM Ku Li.

Jasa beliau bukan sekadar untuk orang Melayu, Malaysia bahkan tanyalah kepada kaum Orang Asli di Parlimen beliau Gua Musang. Seceruk mana Orang Asli di sana berada, pasti mereka mengenali YBM Ku Li. Tanyalah perpaduan orang Cina, India di Gua Musang juga. Kalau di England mendiang Puteri Diana dikenali Puteri Rakyat, di Gua Musang YBM Ku Li disanjungi sebagai Putera Raja Berjiwa Rakyat.

Wasalam.

Nasionalis said...

Mengajak bertukar-tukar pautan. Perjuangan kita sama, ayuh sokong menyokong.

Sutera Timur said...

Pada kami siapa-siapa pun yang menjadi PM KITA TAK KISAH ASALKAN ORANG ITU TAHU tanggungjawabnya sebagai orng yg mewakili kepentingan seluruh rakyat malaysia dan tiada pihak yg akan rasa mereka dipinggirkan seperti mana yang telah kerajaan terdahulu kita lakukan selama ini.Saya rasa apa yg rakyat majoriti mahukan ialah mereka boleh berniaga dan ada gerakan ekonomi yg membolehkan org berniaga untuk mereka mencari rezeki untuk keluarga mereka dan dimasa yg sama harga barangan dimalaysia tidak terlalu mahal setanding dgn ekonomi malaysia yang masih sederhana..S SEBENARNYA ITU JE YG DIPERLUKAN RAKYAT...tetapi jika kerajaan boleh meningkatkan lagi ekonomi rakyat kita itu dah dikira baik dan memperbanyakkan lagi peluang2 pekerjaan ,itu dah dikira bonus ..Bg. rakyat..isu -isu retokrik hendaklah dikurangkan......

Blog Widget by LinkWithin