Semua UMNO Bahagian Mestilah Bersuara itulah diantara petikan kata-kata calon Presiden UMNO iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah selepas diminta memberi komen berhubung penangguhan Pemilihan Agung UMNO yang ditangguhkan sehingga Mac 2009 nanti. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama Ku Li turut menggesa semua Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara menolak keputusan penangguhan yang diistiharkan oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
Selain Ku Li, anak kepada Mantan Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir juga mempersoalkan tindakan penangguhan itu. Pada pandangan penulis, pandangan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin ini sememangya ada asasnya. Lagipun berapa kali nak tangguh Pemilihan tersebut, kerja bertangguh tidak akan selesai dan matlamatnya tidak akan tercapai.
Sementara itu, penulis mendapat maklumat daripada beberapa forumer MYKMU yang mengatakan Datuk Seri Najib juga menentang penangguhan Pemilihan Agung UMNO tersebut. Namun, penulis tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Mengikut mereka lagi, Kenyataan-kenyataan Najib yang dikatakan 'menyokong penangguhan' tersebut sebenarnya hasil 'manipulasi media' yang di dalangi beberapa individu tertentu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB buat masa ini.
Berbalik pula dengan komen Ku Li yang mencadangkan supaya semua UMNO Bahagian menolak ketetapan penagguhan Pemilihan Agung UMNO yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Tersebut. Secara dasarnya penulis amat bersetuju dengan cadangan Ku Li tersebut, kenapa kita perlu tunggu lama lagi, tambahan pula punca masalah adalah Presiden AAB sendiri. Jadi untuk selesaikan masalah kita kena selesaikan punca masalah bukan simptomnya.
Bahagian-Bahagian UMNO mesti berani bersuara, usah difikirkan hendak menjaga hati sesiapa dalam menyuarakan pandangan. Sebelum kita menjaga hati seseorang pastikan orang yang kita jaga hatinya menjaga hati kita dahulu dan jangan pula hujan kain pelikat membuat sesebuah bahagian UMNO berubah kain pelikat boleh dibeli, tapi kuasa tidak boleh dibeli.

3 comments:
umno bahagian nak bersuara?? you silap..ketua-ketua bahagian yang dok ada semua,depan cakap lain belakang cakap..
UMNO Bahagaian perlu mengambil kira suara setiap Cawangan untuk menentukan calon no 1 & 2 di mesyuarat Bahagian nanti. Jangan pinggirkan suara Cawangan.
Jangan risau sgt..
Mula2 pun sy tak suka juga.. lepas tu saya suka..
Mungkin ada hikmahnya :-)
Dah nampak;-)
Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment