Bilangan Pengunjung:

Friday, September 12, 2008

Apabila Hishamuddin Mula Berani Bersuara!

Laporan UTUSAN ONLINE:

Suara akar umbi lebih penting tentukan hala tuju parti

12/09/2008 6:27pm

PUTRAJAYA 12 Sept. — Pucuk pimpinan UMNO hari ini perlu mendengar kehendak anggota di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju serta kepimpinan parti, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ini kerana mereka yang menentukan kedudukan parti sama ada ketika melalui pilihan raya umum atau semasa berhadapan dengan isu-isu kritikal yang menyentuh soal bangsa Melayu.

“Pendapat seorang atau dua pihak bukan penentu sebenar. Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) atau pucuk pimpinan cakap, tetap kena dengar suara mereka di bawah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-35 di sini hari ini.

Baru-baru ini Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tarikh peralihan kuasa memandangkan tarikh yang dijadualkan pada 2010 terlalu lama.

Semalam Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana menurutnya tarikh peralihan kuasa yang ditetapkan sebelum ini sudah dipersetujui kabinet dan juga MT. - Bernama{http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm}

KOMEN SGMM

Kenyataan ini sepatutnya dikeluarkan oleh DS Hishamuddin tidak berapa dahulu bukan pada masa ini. Namun, baguslah Hishamuddin sekarang sudah sedia mendengar suara akar umbi UMNO kerana pokok itu tidak akan dapat hidup tanpa akar umbi, kehidupan sesebuah pokok banyak ditentukan oleh akar umbi selain daripada kuasa Allah tuhan seru sekian alam.

Pada pandangan penulis untuk mendengar pandangan akar umbi perlulah dibuat melalui prinsip demokrasi yang sepatutnya disuburkan di dalam UMNO. Suara akar umbi itu tidak perlulah terbatas beberapa perkara tertentu sahaja tetapi ia hendaklah mencangkupi semua perkara yang ada kaitan dengan UMNO dari perkara yang sebesar kuman sehinggalah perkara yang sebesar dinosour.

Suara akar umbi juga hendaklah diambil kira di dalam menentukan pucuk pimpinan tertinggi UMNO kerana mereka bukanya bekerja untuk pucuk pimpinan tetapi sepatutnya pucuk pimpinan yang bekerja untuk mereka.

Dalam menghadapi suasana politik di Malaysia yang tidak menentu di Malaysia dewasa ini, akar umbi UMNO hendaklah diberikan 'hak untuk memilih' siapa yang layak menjadi pemimpin mereka. Di dalam keghairahan pemburu katak memburu katak untuk dijadikan pengikutnya agar mereka berkuasa juga haruslah tidak dipandang ringan oleh UMNO.

Dalam suasana politik yang begitu mencabar di era ini, tiada benda lain yang dapat dibuat oleh UMNO untuk 'menyelamatkan keadaan' selain daripada menukar pucuk pimpinanya. Pada pandangan penulis itu sahajalah jalan terbaik buat UMNO.

PERALIHAN KUASA

"Peralihan Kuasa" ini satu ungkapan yang begitu popular di dalam arena politik tanah air pada masa ini. Jun 2010 menjadi tarikh yang dikatakan akan berlaku apa yang dikatakan "Peralihan Kuasa" yang keluar daripada mulut birat Perdana Menteri atau Presiden AAB.

Ikhlas penulis berpendapat, apa yang dikatakan "Peralihan Kuasa" ini tiada maknanya sekiranya ia tidak dilakukan secara demokrasi sesuai dengan UMNO yang merupakan organisasi politik yang berjuang di atas platform demokrasi.

Sudah 51 tahun negara kita merdeka tetapi masih menggunakan cara yang lama dan kolot dan secara tidak langsung UMNO telah menafikan hak ahli UMNO akar umbi yang sepatutnya memilih pemimpin yang mereka suka bukan pemimpin yang disukai oleh pemimpin sekarang.

Ingatlah "Orang yang menggunakan cara yang sama dan mengharapkan hasil yang berlainan adalah orang Gila" (meminjam kata Pengurus Agensi AmAssurance D10 Nuzihan Consultancy Sdn Bhd Nuzihan Zakaria). Jadi penulis berpendapat dalam suasana politik seperti sekarang ia memerlukan kepada penyuburan demokrasi di dalam UMNO dan pemimpin hendaklah dipilih oleh akar umbi. Beranilah Berubah! dan fikir-fikirkanlah.

1 comment:

azlishukri said...

Inilah yang perlu kita fikirkan.

Blog Widget by LinkWithin